Hari terakhir di Bintulu, Sarawak, Kembara Cuti-Cuti 1 Malaysia dan Tourism Malaysia membawa kami membuat liputan — The 9th Borneo International Kite Festival Bintulu bermula 5 – 8 September 2013. Ketika kagum dengan layang-layang dan wau bertebaran di udara, saya sempat meninjau sekitar.
Sepanjang bertugas sebagai penulis/wartawan, semua negeri telah saya kunjungi kecuali Sarawak. Kali pertama menginjakkan kaki ke Kuching kerana tugas membuat liputan konsert Maher Zain.
Kesempatan mengikut Kembara Cuti-Cuti 1 Malaysia ini membawa saya ke Sibu, Sarawak. Ini kunjungan pertama saya ke Rumah Panjang Bawang Assan
Ngajat. Upacara menyambut tetamu dan tarian ngajat diadakan. Kemeriahan acara dicipta persis sambutan hari Gawai.
Sebelum tiba di rumah panjang kami dipesan pemandu pelancong cara-cara menolak dengan beradab minuman tuak yang bakal dihidang. Sepatu pula di simpan di dalam rumah tepi pintu. Kami disambut mesra dua gadis dan seorang lelaki dalam pakaian tradisi mereka. Marek Empang disarung si gadis dengan perhiasan menawan.
Lima peserta KCC1M dipanggil ke depan untuk satu upacara tradisi di sini. Upacara Miring adalah bertujuan memuja Tuhan mereka untuk meminta segala kebaikan seperti kenaikan gaji, perlindungan dan sebagainya.
Sedang upacara berlangsung perut saya tiba-tiba saja lapar. Saat tetamu disajikan Manok Pansoh, saya paling depan mahu mencubanya. Manok Pansoh dimasak dalam bambu dengan bunga kantan, halia dan garam.
Selepas ziarah di rumah panjang kami check-in ke hotel Paramount. Esok kami akan bertolak ke destinasi seterusnya, Mukah. Pagi di Paramount menikmati sarapan laksa Sarawak sangat enak.
Sepanjang penerbangan Air Asia menaiki pesawat AK5876 ke Sibu selama dua jam saya menghabiskan waktu dengan… tidur. Semalaman tidak tidur, selesai Kembara Kraf Selangor, saya menyambung urusan di Kuala Lumpur seterusnya ke LCCT jam tiga.
Persinggahan pertama di kedai Rajang Park Kompia, melihat bagaimana Kompia diadun. Bangunan-bangunan disekeliling juga kelihatan usang tetapi menarik dikunjungi.
Kelainan kali ini, kami diberi RM10 untuk merasai sendiri betapa barangan di Sibu Central Market Complex sangat murah. Selain jamu mata dengan pelbagai barangan keperluan, saya menikmati beberapa sajian tempatan seperti mi katok yang yang di goreng mahupun dibuat sup. Paling menarik perhatian saya adalah ayam hidup yang dibungkus dan siap diletakkan harga, bermula RM10, RM12, RM13 dan lain-lain. Ulat sagu jiga dijual hidup-hidup. Kata penjualnya, kalai goreng sedap. Hm…
Makan tengah hari kami di Rafie Cafe. Selain menyediakan sajian makan, terdapat juga merchandise shop Razz Chopper serasi buat penunggang motosikal besar. Sekarang saya hendak mencuba bagel kompia.
Bersambung…

































