Share

PENULIS: MAXEVAN

Kejohanan Dunia MotoGP dan Ducati Grandstands kembali berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang “Mugello” dan di Litar Dunia Misano “Marco Simoncelli”. Tempat duduk barisan hadapan khas untuk peminat mengikuti dua pentas Itali dan merasai keseronokan MotoGP. Pentas luar biasa yang dibina berasaskan Borgo Panigale, untuk menceriakan juara Pasukan Ducati Lenovo Pecco Bagnaia dan Jack Miller, bersama semua pelumba lain yang berlumba di Motogp.

Pecco Bagnaia & Jack Miller

Sesi Meet & Greet bersama Pelumba Antarabangsa Ducati, Pecco Bagnaia & Jack Miller berlangsung di Naza Ducati Petaling Jaya. Acara menandatangani autograph dan sesi bergambar berlangsung meriah. Kemudian, Convoy Ducati oleh DOCM (Ducati Owners Club Malaysia) telah mengiringi Pelumba Antarabangsa Ducati  yang menaiki Lamborghini ke Putrajaya untuk sesi bergambar di hadapan Pejabat Perdana Menteri Malaysia.

Pihak kami telah berjaya menemubual tiga orang Ducati Girl Malaysia. Syazni Farhana yang lebih mesra dikenali dengan panggilan Nana, berumur 38 tahun merupakan seorang Engineer di Petronas, menunggang Ducati Panigale yang merupakan motosikal pertamanya.

Beliau menyatakan bahawa walaupun menunggang motosikal berkuasa besar di kalangan wanita masih baru, tetapi aktiviti tersebut mempunyai komunitinya tersendiri. Lelaki dan wanita menunggang motosikal dengan cara yang berbeza.

Bagi beliau, Ducati Panigale sempurna untuk wanita kerana selain ringan, reka bentuk dan ukurannya yang anggun dan langsing sesuai untuk ditunggang wanita sepertinya. “Walaupun menunggang motosikal, kita sebagai wanita perlu sentiasa kelihatan elegan. Imej sangat penting, sepentingnya cermin side mirror di sisi motosikal”, jelas Nana.

 

Caroline merupakan seorang Korean Mercedes AMG Instructor berumur 34 tahun yang menunggang Ducati Supersport S. Bagi beliau, menunggang motosikal adalah aktiviti untuk semua termasuk lelaki, wanita mahupun kanak-kanak. Katanya lagi, kelak mungkin akan ada GP khas untuk kanak-kanak.

“Mengunggang motosikal berkuasa tinggi adalah suatu aktiviti yang mencabar dan lasak bagi wanita kerana mempunyai bentuk tubuh yang lebih kecil, langsing dan lebih rendah daripada lelaki. Oleh itu, pemakaian alat pelindung diri dan ciri-ciri keselamatan amat penting bagi keselamatan diri.”

Manakala Bee merupakan anak perempuan pemilik syarikat Welly Bikes di Sungai Buloh berumur 28 tahun. Beliau telah menuggang beberapa jenis motosikal berkuasa tinggi antaranya Ducati Panigale V2, Panigale 959, Panigale 899 dan Kawasaki Japanese ZX-6.

Bagi beliau, menunggang motosikal berkuasa tinggi adalah sebahagian daripada aktiviti sukan. Selain lasak, cabaran untuk membawa motosikal yang berat dan tinggi memerlukan kekuatan fizikal yang lasso.

Katanya lagi, walaupun tidak seberani lelaki, wanita millennial itu juga masih boleh membuktikan bahawa wanita sepertinya mampu membawa superbike. Yang paling penting adalah perlu sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan dan tidak membahayakan diri sendiri. “Yang penting adalah kita ada PASSION FOR BIKES!”, tambah Bee.

Bagi semua Ducatisti yang membeli tiket, satu siri perkhidmatan dengan faedah dijamin bagi memanfaatkan sepenuhnya pada hari kejuaraan. Antaranya, mendapat akses percuma ke Grandstand pada bila-bila masa, kemudahan tempat letak motosikal yang ditempah (bersebelahan pintu masuk utama SIC), perkhidmatan bilik pakaian untuk pakaian teknikal.

Selain itu, peminat juga akan menerima “Kit Peminat” secara percuma, yang terdiri daripada kemeja-T, topi dan gajet. Diskaun tambahan istimewa turut diberikan bagi setiap pembelian barangan Ducati Official Merchandise.

MotoGP 3 hari di Sepang dengan Grandstand berbumbung, tempat duduk bernombor serta dilengkapi dengan skrin maxi untuk peminat melihat MotoGP dengan lebih jelas. Tempat letak kereta juga akan disediakan di peringkat Misano. Lounge area di mana tersedia juadah – makan dan minuman sepanjang hari yang disediakan oleh WTCKL.

Perlumbaan merupakan bahagian penting dalam dunia Ducati dan syarikat Borgo Panigale sentiasa menawarkan tempat istimewa kepada para peminatnya untuk menikmati pemandangan MotoGP di litar antarabangsa seluruh dunia.

#ForzaDucati7