{"id":267,"date":"2009-03-06T11:26:51","date_gmt":"2009-03-06T11:26:51","guid":{"rendered":"http:\/\/marinimz.com\/blog\/?p=267"},"modified":"2021-07-17T17:30:35","modified_gmt":"2021-07-17T09:30:35","slug":"ciao-come-stai","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/ciao-come-stai\/","title":{"rendered":"Ciao!! Come Stai?"},"content":{"rendered":"<p>Hello! Apa khabar? Maknanya&#8230; Nah tataplah koleksi cerpen aku yang pernah tersiar di majalah. Komen ya? Sebab seorang teman cakap, aku asyik tulis cerita mesti sad ending. Tak pernahnya ada happy ending. hmm..<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/marinimz.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2009\/03\/women_cry.jpg\" alt=\"\" \/><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Majalah Bola Sepak<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Cerpen<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">1996<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Marini Mat Zain<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><strong>KIRANYA KU TAHU<\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Fikiran Shila melayang jauh. Dia mengeluh dan mengubah posisi duduknya, meniarap ditilam empuk. Apa sudah jadi dengan aku sehingga rosak satu hubungan baik antara dua sahabat. Memang benar dia terlebih dahulu mengeli Feyroz, namun dirinya ragu-ragu kerana ternyata perbezaan antara mereka amat ketara bagai langit dengan bumi. Siapalah dia sedangkan Feyroz bila-bila masa boleh dapatkan seorang ratu.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Shila kurang pasti kenapa dia masih lagi mahu bersama dengan lelaki ego itu padahal berjela-jela banyaknya yang negative dari positif tentangnya. Terpengaruh kerana popularitinya atau tidak, diam tidak diam sudah empat tahun dia menjadi milik Fayroz. Err\u2026 pembetulan!! Salah seorang dari puluhan gadis yang menjadi milik lelaki itu. Ada satu kali tu, Feyroz menjalani latihan di Jerman Barat. Hampir tiga bulan lamanya di sana.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Sebelum Feyroz pergi memang mereka ada krisis. Siapa tidak sakit hati\u2026 berbulu biji mata Shila membaca gossip Feyroz dengan seorang gadis di majalah. Siap dengan gambar sekali. Comel budaknya\u2026 mesranya bukan main.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cAlaa\u2026 Peminat biasa tu. Kebetulan saja. Kau tidak boleh percaya sangat, biasalah wartawan.\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Ah, Feyroz. Dia memang tidak pandai goring orang. Bijak mereka-reka bermacam cerita tetapi satupun tidak masuk akal. Ingat aku bodoh! Shila mengamuk sakan\u2026 Tahu sendirilah, mulut lazer Shila kalau dia sudah naik hantu. Semua bahasa kotor keluar.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cTak adalah! Takkan kau nak percaya cerita-cerita macam tu. Shila, mulut tu jaga sikit.\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cMulut aku, aku punya sukalah nak kata apa. Kau tu\u2026 Entah bohsia mana yang dia pungut.\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cKau jangan cemburu buta\u2026\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cHey! Kau ingat aku tidak tahu perangai setan kau tu. Jantan tak guna\u2026\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cShila!\u201d Celah Feyroz geram\u2026<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cKenapa? You want to beat me? Beat me\u2026 Beat me.\u201d Tempik Shila bagai dirasuk.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cKau jangan Shila\u2026\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cBeat me! Beat me!\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Akhir sekali, Shila mendapat satu penangan. Sedap saja penampar hinggap ke pipi gebunya. Ini bukan pertama kali\u2026 Kadang-kadang Shila rasakan dia tidak ubah seperti bola yang tiap-tiap hari Feyroz sepak terajang di padang tu. Salah aku juga\u2026 mulut cabul\u2026<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><strong>Warkah<\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Selama tiga bulan Feyroz di Jerman, tiada satupun khabar berita yang Shila terima. Tiada panggilan telefon. Tiada juga warkah-warkah biru mengundang. Apakah dia sudah putus asa melayan kerenahku. Shila tahu dia memang berperangai buruk, kasar, mulut cabul dan macam-macam\u2026<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Barangkali Feyroz dambakan seorang gadis lemah lembut, pemalu dan ayu seperti gadis manja bersamanya di majalah itu. Sebaliknya semua itu bertentangan dengan sifatku. Aku juga tidak pandai bermanja-manja. Akhir sekali, Shila yang putus asa.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Shila membuat kesimpulan sendiri\u2026 Antara dia dan Feyroz tiada lagi kemesraan, dan dia tidak boleh lagi mengharapkan kepadanya. Tapi dua minggu yang lepas, Feyroz dan pasukannya kembali\u2026<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Sementara itu Azam Shah yang tidak turut serta bersama pasukan ke Jerman Barat akibat kecederaan di lutut kanan, sekadar menjalani latihan dengan pasukan pelapis selain Azam, Izat dan Kamal yang mengalami nasib sama.<\/p>\n<p>Pada awalnya dia sedikit terkilan tapi kini tidak lagi. Sejak tiga bulan kebelakangan ini, Azam semakin intim dengan seorang gadis.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Sesingkat waktu dia Berjaya mengubah si gadis dari seorang yang macam-macam kepada yang lebih baik.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Azam tahu, Shila adalah teman wanita Feyroz tapi dia punya alasan tersendiri bahawa dia bukanlah seorang perampas. Ini kerana dia sendiri tidak pasti siapa sebenar teman wanita paling istimewa Feyroz. Mungkin bukan Shila\u2026lagipun dia tidak bertepuk sebelah tangan. Tapi dua minggu sudah Feyroz kembali\u2026<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cApa ni\u2026 Mana satu yang kau nak?\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cDua-dua boleh?\u201d Shila sengih.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cKau ni!\u201d Nora menumbuk bahu Shila. Orang tanya betul-betul, dia main-main pula.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cEntahlah Nora. Aku sendiri serba salah.\u201d Air muka Shila berubah.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cDari pandangan aku\u2026 Tidak guna kau berkawan dengan Feyroz semula. Ramai sangat teman wanita.\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cTapi dia baik terhadap aku.\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cBaik kata kau\u2026 yang selalu kena sepak terajang tu bukan kau?\u201d soal Nora sinis.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cItu masa bergaduh. Lagipun aku yang mulut cabul,\u201d bela Shila tetaqpi mendatar.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cOrang lainpun gaduh juga, tau taqk? Tapi tak adalah sampai jadi macam kau\u2026 makan penampar.\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Suasana sunyi seketika. Masing-masing melayan perasaan\u2026<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cShila, semenjak kau rapat dengan Azam banyak perubahan yang aku lihat.\u201d Nora memecah kesunyian kala itu.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cAh, Nora! Manusia ni boleh berubah.\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cNyata Azam Berjaya didik kau lebih baik dari Feyroz, dan aku harap jangan kau buang masa dengan si Feyroz tu lagi.\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><strong>Tersentuh<\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Kau tidak faham Nora, soal hati dan perasaan tidak boleh dipaksa-paksa. Ingatan Shila kembali menerawang kejadian dua minggu lepas. Hati Shila benar-benar tersentuh kerananya.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Sebuah teksi berhenti betul-betul di luar pagar rumah Shila. Feyroz membayar tambang setelah mengeluarkan beg-beg besar dari perut kereta. Bulat mata Shila memerhati. Feyroz sudah balik! Shila membuka pintu pagar, dapat dirasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Feyroz. Nyata kesayuan terpancar dari anak mata beningnya. Feyroz mencapai beg kertas. Dikeluarkan satu persatu isi beg itu. Beberapa botol minyak wangi dicampaknya. Berkecai-kecai botol-botol itu pecah di atas jalan bertar. Bebrapa helai baju T pula dicampak ke dalam longkang yang sarat dengan air longkang. Apa sudah jadi ni\u2026Shila menghitung sendiri\u2026<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Rupa-rupanya sebaik sahaja tiba di bumi Malaysia, Feyroz telah mendapat satu cerita dari seorang rakan. Siapa tidak kecewa bila mendengar\u2026 \u201cFeyroz, Shila kau keluar dengan budak baru\u2026\u201d Tanpa pulang ke rumah. Feyroz bergegas ke rumah Shila di Cheras.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Minyak-minyak wangi dan baju-baju T itu adalah cenderahati yang dibelinya dari Jerman khas buat Shila. Shila tidak menduga sama sekali Feyroz masih mengingati dirinya. Aku tidak tahu apa yang telah merasuk fikiranku. Maafkanlah\u2026 maafkanlah diriku. Aku tidak tahu\u2026 Jika tidak mungkin semua ini tidak akan terjadi\u2026<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cDaud! Saya nak awak berterus terang. Punca sebenarnya\u2026\u201d coach Karim tidak sudah-sudah bimbangkan kejadian tempoh hari. Dia tiada cara lain selain dari bertanya kepada rakan terdekat Feyroz dan Azam.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Daud tergaru-garu kepala yang tidak gatal\u2026 serba salah jadinya. Bukan tidak boleh buka cerita tetapi ada satu cerita lain lagi terbongkar kelak.<\/p>\n<p>\u201cWell\u2026ceritalah!!\u201d Desak coach Karim dengan renungan semacam. Kumis tebalnya pun, Daud Nampak semacam. Ini yang Daud tidak sanggup nii\u2026 Nak tak nak\u2026<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cSebenarnya.. Sebenarny\u2026\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cSebenarnya apa?\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cSebenarnya berkaitan dengan Feyroz.\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cYa, teruskan\u2026\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cFeyroz naik angina bila dapat tahu Azam rapat dengan kawan dia sepanjang dia berada di Jerman.\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cLagi\u2026\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Ada lagi ke? Daud menggaru kepala\u2026 \u201cKawan Feyroz tu perempuan.\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Itu yang aku hendak dengar. \u201cJadi semua gara-gara perempuanlah?\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Aku seperti tidak percaya\u2026 coach Karim tidak sangka. Tidak pernah terlintak dibenaknya semua itu angkara seorang gadis. Lelaki apa ni\u2026 coach Karim mengomel panjang pendek.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cTapi dia bukan sembarangan perempuan\u2026\u201d celah Daud.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cKenapa? Dia anak datuk ke?\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cBukan!\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cRatu cantik atau artis jelita? Apa yng luar biasanya gadis itu?\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cDia\u2026\u201d Daud teragak-agak.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cDia apa?\u201d jerkah coach Karim tidak sabar lagi.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cDia anak coach!\u201d Melopong mulut coach Karim tidak percaya. Anak aku! Anak Aku\u2026! Coach Karim terduduk\u2026<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Majalah Keluarga<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Cerpen<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Jun 2002<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Marini Mat Zain<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><strong>SEANDAINYA MASIH ADA CINTA<\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Wahida terjengket-jengket mencapai Johnson\u2019s Baby Oil di atas kabinet. Sesak nafas dibuatnya. Kebelakangan ini cepat benar dia kepenatan. Perut berusia tujuh bulan dirasakan senak. Terik kerana hendak membesar lagi. Aduh, cukuplah! Sekarang ini pun dirasakan tak larat nak bawa.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Perlahan-lahan dia menghampiri katil mengangkat kaki bersarung, selesa berlunjur beralaskan bantal. Badan disandar kemas dengan dua biji bantal. Baju diselak menampakkan perut yang memboyot. Baby oil dituang ke tapak tangan. Kemudian dilumur ke perut yang terdedah tadi.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Diusap perut yang memboyot itu perlahan-lahan. Bibir munggil Wahida menguntum senyuman. Matanya melekat di pertu seolah-olah tembus ke dalam. Bagaimanakah agaknya rupa penghuni di dalam. Biarlah ikut rupa ayah tapi jangan pula ikut perangainya sudah.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cYou are the special gift that given to me in my life. Of course your father was the first gift came into my life,\u201d bisik Wahida penuh kasih sayang. Pandangannya beralih ke luar jendela. Salji mulai turun sejak semalam mengundang rasa sejuk lebih dari kebiasaan. Pengalaman pertama bagi Wahida sejak menjejakkan kaki ke kota London.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cAlong!\u201d Anna menyiku Along, manakala Along mencuit Wahida yang sedang leka menggonggong buku-buku kuliah.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cAssalamualaikum,\u201d sapa Ammar.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cWaalaikumsalam,\u201d sahut Along dan Anna hampir serentak dengan senyuman melerek.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cNak ke mana ni?\u201d Ammar ramah menegur seperti kelazimannya.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cNak baliklah. Kami dari perpustakaan.\u201d Along sebagai yang tertua menjadi jurucakap. Anna angguk menyokong Along, seraya membetulkan jaket tebal melindung diri dari kesejukan cuaca awal tahun. Wahida pula kelihatan agak resah.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cCuaca sejuk ni. Apa kata kita pergi pekena minuman panas. Saya belanja,\u201d pelawa Ammar tersenyum lawa.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Ah, bukan dia tidak tahu maksud di sebalik kebaikan Ammar.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cWai balik dulu. Kalau you all nak join Ammar, pergilah. Jumpa di rumah nanti,\u201d Wahida segera melangkah meninggalkan Along, Anna dan Ammar dalam tanda tanya.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Along sudah masak perangai Wahida. Dia sering mengelak jika ada lelaki yang berminat untuk mendekatinya. Bukan seorang yang menjadikan Along tempat mereka merujuk apabila kecewa dengan tingkah Wahida, menolak bulat-bulat kasih mereka. Along tunggu saja giliran Ammar dating menghadapnya kelak.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Siapa yang tidak kenal Alongl, kakak paling senior di kalangan mereka yang bertindak sebagai pelindung terutama kepada adik-adik yang baru hendak memulakan corak langkah di kota London. Along tidak pernah lokek berkongsi pengalaman dan sentiasa senang memberi tunjuk ajar. Di rumah sewaan, Alonglah kakak dan ibu kepada Wahida, Anna dan Zalia.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Ketika balik bercuti ke Malaysia, Wahida beria-ia mahu mengikut Along balik ke UK. Nak sambung Master katanya. Tapi sebelum itu, dia mahu menyesuaikan diri dengan kota London terlebih dahulu dengan mencari kerja sambilan dan ambil kelas Bahasa Inggeris. Seperti yang Along buat masa mula-mula dating ke London dulu. Sanggup Wahida berhenti kerja sebagai pegawai kanan bahagian penempahan tiket, di Penerbangan Malaysia lebih awal setahun dari kemasukan pengajiannya.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Setelah berbulan di sini barulah Wahida berterus terang dengan Along. Antara sebab dia mahu merantau adalah kerana perutnya yang semakin membesar. Bumi Malaysia pastinya tidak mungkin menerima keadaan dia mengandungkan anak di luar nikah. Namun Along tidak pernah tahu siapa bapa kepada Hafizi, si comel yang kini menjangkau usia dua tahun.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><strong>Serik Dengan Lelaki<\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Wahida sendiri tidak pernah tidak mahu menyebutnya jadi Along tidak berhajat untuk bertanya sahabatnya itu. Lebih-lebih lagi Wahida sememangnya seorang perahsia dan pemendam rasa. Biarlah. Tiba masanya pasti Wahida sendiri akan bersuara. Nyatanya melihatkan Hafizi, Along pasti anak petah itu memiliki rupa paras ayahnya. Kulit yang putih melepak, membuatkan bibirnya sedikit merah. Tatkala tersenyum terbit dua lesung pipit kecil di kiri kanan bawah bibir. Rambut sedikit perang, lembut apabila dibuai angin. Hidungnya yang mancung menyerlahkan ketampanan yang diwarisi daripada si ayah. Kesemua ciri yang tiada pada Wahida.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cWai apa khabar?\u201d tegur Ammar dari belakang.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cTerkejut Wai. Baik saja,\u201d acuh tak acuh Wahida melayan Ammar. Kaki terus mengorak langkah keluar dari perkarangan Westminster University.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cAku temankan kau pulang,\u201d Ammar menawarkan diri.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cTak usahlah. Aku tahu jalan sendiri,\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cApa salahnya aku menemani kau.\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cUsah buang masa kau Ammar.\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cAku ikhlas ni!\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cAku ikhlas\u201d. Ungkapan itu membawa Wahida ke alam lain. Suatu ketika dulu Izi pernah cuba menyakinkan dirinya seperti yang cuba Ammar lakukan sekarang.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cTak percaya? Kat meja makan nanti you tengok dalam-dalam ke anak mata I, I nak teruskan,\u201d katanya begitu menyakinkan. Izi menjeling manja ke arah Wahida di sebelahnya sambil memutarkan stereng membelok ke sebuah restoran di USJ.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cAku ikhlas!\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Ikhlas konon. Ammar membawa Wahida kembali ke alam nyata.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cNak aku tengok ke dalam anak mata kau?\u201d. Ah, dia sudah hilang kepercayaan terhadap laki-laki sejak tiga tahun dahulu. Sehingga hari ini dia benar-benar serik,<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cKenapa dengan kau ni? Besar sangat ke dosa aku menyayangi kau?\u201d Wahida mempercepatkan langkah meninggalkan Ammar terpingga-pingga. Cakaplah apa pun namun nama nak percaya kau, tidak sekali. Untuk kesekian kalinya, Wahida pergi lagi kea lam lain.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cI tak menjanjikan apa-apa tapi kita akan teruskan dan tiba suatu peringkat kita akan bincangkan, to go more deeper. Who knows! Wai, I tak akan lepaskan you. I will take care of your fragile heart,\u201d Izi mencium jemari Wahida.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cPerkenalan Along, Hafizi kawan saya dari Universiti Manchester,\u201d Ammar sopan memperkenalkan sahabatnya itu kepada seisi rumah.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cIni Along, Anna dan Zalia,\u201d mereka bersalaman.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Kacak sungguh kawan Ammar ini. Di manakah dia bersembunyi selama ini? Tersenyum sumbing Anna menyiku Zalia. Sesuai sungguh dengan namanya Hafizi, seorang Hafiz Al-Quran. Zalia membalas senyuman Anna saling memahami apa di fikiran masing-masing.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cNak neneng!\u201d semua mata bertumpu kea rah suara itu. Hafizi merenung wajah kecil itu dalam-dalam dengan debaran di dada. Comel sungguh anak ini. Anak siapakah ini?<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cHuh, ini pun Hafizi namanya. Hafizi junior. Sini sayang,\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cNak neneng,\u201d pelat suara halus itu mencuit hati sesiapa sahaja.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cZalia, ambilkan botol susu dia,\u201d Along menunjukkan arah dan menunggu sehingga Zalia menghulurkan botol susu ke tangan.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cNanak! Nak neneng!\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cEh, meragam pulak budak ini. Isk! Nak neneng yang itu kena tunggu mama kamu balik,\u201d mencuit pipi si kecil.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cSalam uncle, sayang,\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Elok pulak dia bersalam dengan Ammar dan kemudian mendapatkan Hafizi pula. Tangan dipegang erat dan dicium. Si kecil menggetarkan sanubari Hafizi. Semua mata bertumpu arah mereka. Hafizi bertemu Hafizi dan sesungguhnya raut wajah mereka mempunyai banyak persamaan.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><strong>Terlalu Percaya<\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Perlahan Wahida membuka pintu. Dia menyangkut jaket dan matanya bertumpu kepada dua lagi jaket kulit bergantung di situ. Salah satunya amat dia kenali, milik Ammar. Buat apa lelaki itu berada di sini. Sayup-sayup Wahida terdengar ada perbualan di antara Ammar dan Along.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cTakkan dia tak ceritakan langsung pada Along.\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cEntahlah Ammar. Kau harus faham. Tidak semua perkara hendak dikongsi bersama. Dia berhak untuk tidak menceritakan ksiah silamnya.\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cAlong tak kenalkah siapa ayah Hafizi?\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Tersirap darah Wahida apabila soal sesulit itu mahu diselidiki Ammar. Siapa dia untuk mempersoalkan siapa ayah kepada anak aku, gerutu hatinya. Pantas Wahida melangkah ke arah mereka diruang tamu. Perbincangan tentang dirinya perlu diberhentikan segera.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cCukup!\u201d semua mematikan diri melihatkan Wahida merah padan mukanya menahan rasa.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cTidak ada sesiapapun perlu tahu siapa ayah Hafizi. Aku sendiri tidak tahu siapa dia. Di mana hendak dicari dia. Kerana segalanya terjadi hanya dengan semalam.\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cMama!\u201d sapa Hafizi seolah-olah mengerti perihal dirinya dibicarakan.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Wahida menoleh kea rah suara halus si anak yang sedang di dalam ribaan.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Sungguh rapat seolah-olah ada pertalian di antara mereka. Si kecil juga begitu mesra memaut tengkuk lelaki itu. Mencium pipi lelaki itu sebelum turun dari ribaan untuk mendapatkan mamanya. Agak lama mata Wahida di situ. Lelaki itu juga kelihatan kaget.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cPerkenalan singkat itu mengubah hidupku. Tapi aku tidak betah menceritakannya kerana aku yakin semua orang akan menuduh aku ini tolol kerana jatuh cinta hanya dengan sekali pertemuan. Gila kerana percayakan dia. Bodoh kerana mudah termakan kata-katanya sehingga terpedaya,\u201d Wahida menundukkan muka sebelum mengalih pandangan ke anak mata si kecil dan merangkulnya ke dalam pelukan.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cTakkan kau tidak tahu langsung tentang dirinya?\u201d Along mengumpan Wahida. Dia mahu wanita itu meluahkan apa yang berbuku di hati sepanjang tiga tahun ini.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cDengan hanya semalam, 12 jam shaaj, tidak banyak dapat diketahui. Aku sangkakan kami masih punya waktu untuk mengenali diri masing-masing lebih mendalam. Mungkin di pertemuan-pertemuan yang akan dating. Tanpa aku mengesani ini adalah pertemuan pertama dan juga merupakan pertemuan terakhir bagi kami,\u201d sesuatu mula bertakung dibirai mata.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cHanya semalam kamu bermadu kasih. Meluahkan isi hati, menyelami dasar hati, membina satu ikatan dan aku seolah dapat melihat adanya masa depan kami bersama yang tidak pernah aku Nampak ketika bersama laki-laki lain.\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cSegalanya kelihatan sempurna. Kami mempunyai banyak persamaan, sealiran sehinggakan ada ketikanya kami terkeliru. Kami sama-sama bercita-cita untuk menyambung Master di UK. Segala-galanya terbentang luas di hadapan.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cRupanya hanya aku berperasaan sebegitu. Sehari selepas, dua hari selepas, kami masih berhubungan. Hari ketiga, keempat dan seterusnya dia menghilangkan diri. Dia pernah menyebut akan ke UK dalam waktu terdekat dan aku yakin dia telah pergi dulu, meninggalkan aku terus, dengan seribu pertanyaan. Aku hampir separuh gila mencarinya. Separuh mati merinduinya dan hampir sasau apabila tanda ini yang ditinggalkan.\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cApabila pasti perut ini berisi. Aku jadi berani walaupun kelak dicemuh masyarakat. Terus aku nekad untuk menyimpan dia kerana inilah satu-satunya yang ada ditinggalkan oleh Izi,\u201d pipi gebu Hafizi dicium penuh kasih sayang.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Tak sangka pula wajah Hafizi mirip sekali wajah Izi.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cYa sayang!\u201d Wahida memeluk erat anak kecilnya.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cIzi?\u201d nama itu dibibir Ammar. Matanya bulat memandang Wahida dan si kecil. Kemudian beralih pada Hafizi. Rupa sudah ada. Kalau letak anak kecil itu dengan Hafizi di khalayak ramai, tidak ada yang menyangkal bahawa mereka adalah ayah dan anak.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cIzi?\u201d sekali lagi di bibir Ammar. Hafizi tahu apa di kotak fikiran Ammar.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cKami panggil kau Izi. Semua rakan-rakan terdekat kami memnggil Hafizi, hanya Izi.\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">a tergambar di raut wajahnya. Air mata lelaki Hafizi tertumpu juga akhirnya. Dia merapati Wahida dan seorang lagi Hafizi. Dia memeluk Wahida dan si kecil penuh penyesalan dan ditelinga Wahida, Hafizi memohon untuk menebus segalanya.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cHe is the special gift to me in my life. Of course you are the first gift above of all,\u201d Wahida hanyut seketika dalam anganannya. Orang yang dirindu dan dicinta bertahun lamanya, kini sudah ada di depan mata. Ternyata doanya agar dipertemukan dengan ayah Hafizi, termakbul. Sememangnya di hati kecilnya, masih ada cinta yang membara pada lelaki ini.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Majalah Keluarga<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Cerpen<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Disember 2002<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Marini Mat Zain<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><strong>BERSAMAMU<\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Deringan sebuah melodi membingitkan telinga. Yanti meraba di dalam kegelapan mencari telefon bimbitnya. Mata dibuka sedikit demi sedikit. Objek bercahaya itu pantas dicapai. \u201cHello!\u201d sambil tangannya menarik selimut.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cGila! Keluar ke mana? Dah pukul tiga pagi.\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cBolehlah kita sahur sekali. Aku dah depan rumah kau, okay. Pantas sikit,\u201d Shafiq menarik brek tangan. Selang beberapa minit, barulah Nampak kelibat Yanti muncul membuka pintu kereta. Aduh! Kenapa dia bawa Ain sekali. Kasihan budak itu dikejutkan pagi-pagi buta.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cKenapa bawa Ain sekali,\u201d luah Shafiq sebaik sahaja Yanti menutup pintu kereta di sebelahnya. Yanti menghadiahkan jelingan menyampah kepada Shafiq, kemudian menoleh ke tempat duduk belakang. Ain yang lena dibaringan di kerusi belakang dibelai penuh mesra.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cKau gila! Nak biarkan dia sendirian di rumah. Tak ada maknanya.\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cAik! Kita pula\u2019 yang gila.\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cAsal dekat raya je kau muncul. Patutlah tadi macam tergerakhati nak off handphone,\u201d usik Yanti.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><strong>Keseorangan<\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Hidangan yang dipesan Shafiq kelihatan lazat sekali. Bagaimanapun, awal pagi begini tekak Yanti tidak mampu menelannya. Dia hanya menceduk sesenduk nasi dan lauk. Nasi bercampur sedikit kuah digaul lambat-lambat.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cRaya ni..\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cFiq, aku bukanlah apa. Tapi sudah tiga kali raya macam ni. Kalau boleh tahun ini aku nak bawa Ain balik kampong aku.\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cEm, baiklah.\u201d Shafiq akur.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Belas pula di hati melihatkan Shafiq. Dia tahun Shafiq akan meminta tetapi dia bukan jenis yang suka mendesak. Kadangkala dia terlalu lurus. Itu yang membuatkan Yanti selalu kalah. Dia tahu betapa pentingnya Ain bagi Shafiq. Tanpa Ain, Shafiq akan keseorangan menyambut Aidil Fitri. Tanpa Ain, hari raya tiada ertinya.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Genap tiga tahun Shafiq tidak menjenguk keluarganya gara-gara Yanti. Itulah antara penyebab dia berasa serba salah setiap kali Shafiq meminta dan akhirnya dia mengalah. Setiap kali menggambarkan Shafiq akan bersendirain di hari raya hatinya terluka. Biarlah, tahun ini Ain bersama Shafiq laig. Dia redha walaupn sudah masuk empat tahun menahan pilu berhari raya tanpa anak di sisi. Bagi anak kecil seusia Ain, pastinya dia tidak mengerti apa-apa. Dia tidak akan dapat merasai kepahitan yang terpaksa diharungi oleh Yanti dan Shafiq.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Ibu pun sering menangis setiap kali mendengar takbir bergema menjalang subuh. Ain kan satu-satunya cucu ibu. Keluarga Yanti pun hanya ibu dan Yanti. Tanpa Ain, hari raya pastinya sunyi sepi. Sejak dilahirkan empat tahun lalu, Ain tidak pernah berada di sisi setiap pagi raya. Shafiq akan membawa Ain bersamanya. Ibu pun tidak pernah membantah keputusan Yanti membenarkan Ain bersama Shafiq. Dia tahu Shafiq tidak ditemani sesiapa. Sekurang-kurangnya, Yanti masih punya ibu. Biarlah Ain menemanni abahnya.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><strong>Hati Luka<\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Habibah bermenung panjang di meja menantikan suara azan maghrib tiba. Semua hidangan sudah terhidang rapi di atas meja. Dua cucunya sugul duduk di meja menantikan waktu berbuka. Penat seharian tidak makan. Aida menghampiri meja membawa dulang minuman sirap sejuk dan meletaknya di ruang paling hujung. Sekilas dia memandang ibunya yang sedang bermuram durja. Ayah pula hamper setiap hari berbuka di surau atau di rumah jiran.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Ah, setiap kali hujung bulan Ramadan, ibunya mula didatangi angau. Aida tahu siapa yang berada di fikiran ibu sekarang terutama mengenangkan bulan puasa hanya tinggal dua hari saja lagi. Bukan dia tidak cuba tetapi sudah kehabisan ikhtiar. Pelbagai cara dia lakukan untuk mengembirakan hati ibu. Namun hanya adiknya sahaja dapat mengubati penyakit ibu. Dia kasihankan Shafiq, namun tiada siapa berani membantah ibu walaupun ayah. \u201cMama, dah azan!\u201d jerit Daniel dan Hakim serentak.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><strong>Berpisah<\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Dia tidak pernah pedulikan leteran Habibah namun dia tidak betah untuk tinggal di rumah itu lagi. Terutama setelah peristiwa hitam itu. Bukan dia tidak sayang ibu Cuma api kemarahnnya masih belum padam. Shafiq sukar menerima hakikat bahawa ibunya sanggup meminta dia meninggalkan Yanti dan Ain. \u201cMata tua mak tidak pernah silap, Fiq. Yanti tu tidak punya bapa. Dia anak luar nikah.\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cMana mak dapat cerita yang bukan-bukan ni.\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cYang penting mak tidak mahu anak seperti itu menjadi ahli keluarga kita.\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cTapi Yanti sedang sarat sekarang. Bila-bila masa dia akan melahirkan. Bukan salah Yanti kalaupun cerita itu benar.\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cMak malu dengan sanak saudara. Mak mahu kau tinggalkan Yanti dan anak itu juga.\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><strong>Redha<\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Yanti faham perasaan ibu mertuanya. Kebetulan pula, pada hari menyambut Aidil Fitri buat pertama kali bersama keluarga suami, Yanti membawa ibunya bersama. Satu insiden telah berlaku apabila jiran ibu di kampong, Roziah merupakan sepupu kepada Habibah. Hari itu telah membongkar segalanya. Terbongkar sudah rahsia Yanti adalah anak luar nikah. Bila disoal, dia gagal menjawab satu persoalan. Kenapa dia merahsiakan latar belakangnya? Itu yang membuatkan Habibah berang. Tidak patut mereka merahsiakan perkara sebesar itu.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Bagi ibu pula kenapa kisah peribadi itu perlu dihebahkan kepada semua orang. Dia mengandungkan Yanti pun bukan di atas kerelaan dirinya tetapi hasil satu perkosaan. Bagaimanapun, dia tidak boleh membunuh satu nyawa. Lalu satu keputusan diambil. Dia akan melahirkan anak ini walaupun dicemuh oleh masyarakat kampong. Lalu mereka berpindah hidup di kota. Ibu sanggup menanggung semuanya sendirian.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Namun, Yanti tidak setabah ibu tatkala menghadapi hinaan keluarga Shafiq. Akhirnya, Yanti sendiri yang mengambil keputusan. Dia minta dibebaskan. Shafiq mengalirkan air mata ketika menjatuhkan talak. Dia juga habis ikhtiar memujuk Yanti. Ketika itu tiada lagi air mata jatuh di pipi Yanti. Dia mahu jadi seorang yang tabah seperti ibu. Bermula detik itu, Shafiq berpatah arang dengan keluarganya. Dia tidak lagi menjejakkan kaki ke rumah keluarganya. Dia hanya akan bertemu kakaknya Aida dan anak-anaknya di luar saja. Apabila menjelang bulan mulia, Ainlah yang menjadi teman setia Shafiq. Dia juga tidak akan beraya bersama Yanti dan ibu kerana rajuk yang masih bersisa. Merajuk panjang pada Yantik kerana mahu berpisah dengannya.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Bersamamu<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Shafiq bersiap sedia untuk berangkat. Barang-barang keperluan dia dua beranak awal-awal lagi sudah disediakan. Setiap hari raya dia sengaja mengambil cuti panjang melarikan diri bersama Ain ke luar Negara. Rutin itu menjadi satu kewajipan sejak empat tahun lalu.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cAin, jangan!\u201d Shafiq memarahi lembut Ain. Anak ini semakin nakal. Ada sahaja benda yang mahu disentuh.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Udara New Zealand begitu menyegarkan. \u201cAin!\u201d sekali lagi Shafiq menjerit kecil terus mencapai tangan anak kecilnya. Habis satu kelopak bunga diramas dan ditabur di lantai.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cSay sorry to auntie,\u201d terpaksalah dia membeli sejambak bunga kerana kenakalan Ain merosakkan sekuntum bunga di kedai tepi jalan pinggir kota. Memegang sejambakk bunga ini mengingatkan dia pada mula perkenalan dengan Yanti. Bagaimana dia cuba memenangi hati gadis idamannya dengan bunga ketika meluahkan perasaan. Ah, saat itu sudah berlalu menjadi memori luka.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Shafiq membawa Ain bersiar-siar di sekitar taman menghijau. Sengaja dibiarkan Ain bebas berlari di situ. Melihatkan gelagat Ain menghiburkan hatinya. Pastinya, Kuala Lumpur sudah sunyi kerana semua warga kota pulang ke desa menyambut hari gembira bersama keluarga. Dia pula sengaja melarikan diri. Dia tidak sanggup mendengar suara takbir raya yang pastinya akan memilukan.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cAin!\u201d tiba-tiba dia tersentak dari lamunan. Ain sudah hilang di mata. \u201cAin!!!\u201d laung Shafiq mula panik.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cPapa!\u201d suara anak itu tiba-tiba dari belakang. Shafiq berpaling pantas.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cYanti!\u201d Shafiq terpegun. Yanti sedang merenungnya sambil mendukung Ain. Shafiq bagai hilang kata-kata hanya mampu menghla nafas dan menggeleng-gelengkan kepala, tidak percaya.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Majalah Keluarga<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Cerpen<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Oktober 2003<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Marini Mat Zain<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><strong>GAMITAN SYAWAL<\/strong><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cA-ah, tak boleh!\u201d keputusan abah selalunya muktamad.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cC\u2019mon dad!\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cPanggil abah sayang. You\u2019re Malaysian. Orang Melayu.\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cBut daddy!\u201d masih tidak berpuas hati.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cAnna!\u201d abah tinggikan sedikit nada suara.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cPlease abah! Just for a few days.\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cMasalahnya Hari Krismas. They\u2019re celebrating Christmas. You are a muslim my dear. Honey! You can go anytime you want, but not on Cristmas eve.\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cAnna tahulah. But I\u2019ve already promise mom. Dia minta Anna temankan dia ke rumah mereka.\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cO great! Mak kamu pun nak celebrate juga ke? She\u2019s too much!\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Kedegilan abah mengundang kekecohan. Mama mengamuk. Apa tidaknya, terpaksa dia menghampakan harapan kedua ibu bapanya. Aku sendiri sudah lama tidak ke Birmingham. Kali terakhir ialah ketika aku mencapai usia 15 tahun. Aku hanya memerhati abah sedang bertekak dengan mama di talian.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Aku sayang abah. Aku tahu niat baik abah. Dia memang tegas di dalam mendidi anak-anaknya. Tapi aku juga sayangkan mama. Pasti mama sedang bersedih sekarang ini. Hanya pada Nelisa tempat aku mengadu.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cSalah ke?\u201d aku terkeliru.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cBiar bangsa apa sekali pun, tidak salah kalau sekadar berkunjung seperti kita meraikan jiran-jiran dan kawan-kawan kita di sini. Asalkan kita tidak menyertai upacara keagamaan mereka. Tapi kau ke sana sepanjang perayaan itu. Mungkin abah kau tak suka kau terdedah dengan budaya mereka,\u201d komen Nelisa ringkas tapi mampu membuat aku menyedari hakikat itu.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Ringgg! Brakk!<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Bunyi bising dari kamar sebelah menyentak lena Ferouz. Itu pasti bunyi jam loceng yang dicampak ke ceruk dinding. Ferouz bingkas dan menggeliat kecil. Malas sekali dia pagi ini.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cAnna! Bangun! Semalam beria nak aku kejutkan,\u201d mencapai jam loceng di bawah meja sisi dan meletak kembali ke atas meja. Dia menggeleng kepala melihatkan Anna yang masih lena di bawah selimut tebalnya. Budak tidur buas! Harapkan jam saja besar. Bunyinya sikit punya kuat tetapi haram nak bangun sendiri. Sebelum keluar sekali dia menepuk punggung Anna.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cBangun!\u201d jeritnya.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cAduh!\u201d sakit pinggul aku. Digagahnya juga \u2013 bingkas dan mengekor Ferouz ke dapur.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cMorning daddy! Err\u2026 Abah!\u201d mencium pipi si abah.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Aku lihat abah senyum. Ketika leka memerhati abah menyediakan sajian, aku terpandangkan Ferouz sedang terkial-kial membuka penutup tin susu pekat. Dia ditugaskan membantu abah menyediakan minuman panas. \u201cSini Anna buat. Nak tunggu abang buat, alamat tak sempat sahur kita nanti.\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Aku membalas senyuman dengan abah. Perasaan yang mendalam terhadap lelaki ini menyelinap ke dasar hati. Sayang sungguh aku terhadap abah. Aku membesar di depan mata abah. Tangan lelaki itu yang mengasuh sendirian sehingga aku dan Ferouz mampu hidup berdikari.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Aku baru keluar dari bilik air dengan pajama. Segar rasanya setelah sehari suntuk di kolej dan menyambung pula ke perpustakaan. Jam sudah menunjukkan angka 12 malam, aku menarik kerusi menghadap computer. Sejenak aku berteleku di situ. Hari ini aku berbuka puasa di kolej sahaja. Sememangnya kami sekeluarga jarang dapat besama sebelah petang. Waktu ini pun abah belum pulang. Ferouz pula mungkin di dalam kamarnya atau masih di pejabat.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Dum! Daun pintu utama dihempas kuat dan jelas di pendengaran. Lamunan aku berhenti \u2013 terkejut. Aku bergegas keluar. Aku dapati Ferouz sudah terpacak di hadapan pintu kamarnya. Tentu saja dia terkejut seperti ku. Kami berpandangan.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Abah berdiri dengan sut lengkap ke pejabat, baru pulang dari mana tidak kami ketahui kerana tiba-tiba saja mengamuk. Tentu ada saja yang tidak kena. Begitu pun abah jarnag membawa masalah di tempat kerja sehingga ke rumah. Abah merenung kedua anaknya. Tanpa sepatah kata dia menghulurkan sekeping telegram ke dalam tangan Ferouz sebelum berlalu ke biliknya.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cMom is coming to visit us. He has a bad feeling about this,\u201d komen Ferouz seraya menghulurkan telegram kepada Anna dan berlalu ke pintu kamarnya kembali.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Amanda membalas senyuman pemuda berbaju seragam. Dia selesa sepanjang penerbangan ke Kuala Lumpur. Di sambut baik pula oleh kaki tangan bertugas yang ramah tamah.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cThank you madam! Welcome to Malaysia!\u201d pemuda tadi tunduk hormat.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cTerima kasih kembali!\u201d dalam slang British. Amanda sememangnya pernah menetap di Malaysia hampir 13 tahun dan dia masih fasih berbahasa Melayu.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Tidak sabar rasanya di hati. Setelah mendapatkan bagasi, dia bergegas ke laluan pemeriksaan imigresen sebelum ke pintu balai ketibaan. Dari jauh dia boleh Nampak kedua anak Eurosian itu. Wajah mereka berbeza sama sekali dengan wajah orang tempatan \u2013 ada sedikit rupa orang putih. Ada rupa aku, bisik hati kecilnya. Warna rambut yang keperang-perangan asli. Kulit mereka pun agak putih, kemerah-merahan dim amah cuaca panas Kuala Lumpur \u2013 kota keuda terpanas di dunia. Tetapi apabila mereka berada di dalam kelompak bangsanya, barulah dapat dilihat ada darah Asia mengalir dalam diri mereka \u2013 rupa Asmel. Itulah istimewanya anak campuran dua benua.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Ferouz tekun melihat jadual penerbangan melalui skrin TV dib alai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Sekejap saja lagi. Dia menjeling Felicianna Freda di sebelah. Dibiarkan adiknya mengelamun. Ferouz melilau sekeliling melihat keadaan penuh sesak dengan kehadiran sanak saudara atau sahabat taulan tidak sabar-sabar menyambut ketibaan orang tersayang. Seperti juga mereka berdua saat ini.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cAbang! There she is!\u201d mata membulat ke pintu ketibaan.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Di dalam keributan puluhan pelbagai bangsa penumpang yang keluar dari balai ketibaan, aku cukup kenal dengan wanita yang satu ini.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cMom!\u201d sepatah keluar dari bibir manis Ferouz.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Mereka tiga beranak berpelukan melepaskan rindu dendam tidak dipedulikan orang sekeliling. \u201cI miss you mom!\u201d mencium pipi si mama.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Dipeluknya kedua anak itu penuh kasih sayang. Kasih seorang ibu yang melahirkan. \u201cI miss you too honey. I really do!\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Di atas tilam empuk, aku terbaring terlentang di dalam kamar Ferouz yang serba biru. Kertas hiasan dinding menggambarkan suasana laut yang luas dan awan nan biru. Susun atur kamar ini menggambarkan jiwa seorang lelaki yang penyayang. Begitulah yang terlintas di fikiran \u2013 sentimental juga abang aku ni!<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Manakala di luar sana (ruang tamu) jelas di pendengaran pertelingkahan antara abah dan mama. Ferouz yang duduk berkongsi tilam denganku, tunduk berpeluk lutut. Suara abah dan mama tenggelam timbu dalam bahasa yang berlangkan Inggeris.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cI\u2019m not gonna let you ruin her life,\u201d suara abah bergema.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cI\u2019m her mother. I know how to take care of my kids. Look at Ferouz. He lived with me before. Dia berpelajaran tinggi. Hidup dia sempurna. Ada dia pernha kurang ajar dengan you?\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cHabis! I ni tak pandai jaga anak? Mereka tak ada future kalau bersama I?\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cI tak maksudkan begitu. Gosh! You\u2019ve never change, dari dulu sampai sekarang.\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cCuma you saja yang berubah. Totally different!\u201d agak mendatar menjeling sekilas Amanda Phillips atau nama Islamnya Siti Amanda Abdullah, masih jelita walau seawall usia 40-an.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cKita patut bergilir-gilir menjaga mereka. You ada hak, I pun ada hak. I mama mereka. It\u2019s not fair. My parent sudah bertahun tidak melihat cucu-cucu mereka.\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cIt\u2019s Christmas eve, you jangan nak rosakkan budak tu.\u201d<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cI\u2019m still a muslim okay and you know that. Tahulah I menjaga akidah dia. Kenapa you saja mencari kesalahan I? suka memecah pergaduhan?\u201d ternyata lelaki ini telah membuat dia hilang sabar. Mujurlah dia masih ingat, mereka kini berda di dalam bulan yang mulia, bulan Ramadan.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">Syawal menjelang tiba. Dia kembali kerana mengenangkan suasana indah ketika menyambut hari raya di bumi bertuah ini. Merindui seisi keluarganya. Amandlihat abah dan mama saling bermaaf-maafan. aka mengeluh berat setelah pertelingkahan mereka tempoh hari dia meneyediri di kamar hotel. Hatinya remuk kerana niatnya disalahertikan. Dia memahami perasaan Asmel. Begitu pun tidak adil kiranya bekas suaminya itu tidak pernah mahu memahami perasaan kedua ibu dan ayahnya yang merindui cucu-cucu mereka. Pagi ini dia mengenakan baju kurung moden yang bersulam indah. Dia duduk berteleku di birai katil ketika bunyi loceng bilik kedengaran.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cMama!\u201d Mendengar suara manja si anak, hatinya tiba-tiba tidak keruan. Dia menangis sayu.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cKenapa mama sedih, kan hari raya!\u201d aku mendakap erat mama yang sedang terisak dalam tangisan.<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\u201cMaafkan I Siti!\u201d suara garau dari belakangku menarik perhatian mama. Aku tersenyum melihat abah menghampiri mama dan mengambil tempatku. Aku merapati Ferouz. Hati kami berbunga bahagia melihat abah dan mama saling brmaaf-maafan. Aku dapat melihat kasih mereka yang masih ada. Masih kental. Moga Aidilfitri Al-Mubarak dapat menyatukan mereka semula.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Hello! Apa khabar? Maknanya&#8230; Nah tataplah koleksi cerpen aku yang pernah tersiar di majalah. Komen ya? Sebab seorang teman cakap, aku asyik tulis cerita mesti sad ending. Tak pernahnya ada happy ending. hmm.. Majalah Bola Sepak Cerpen 1996 Marini Mat Zain KIRANYA KU TAHU Fikiran Shila melayang jauh. Dia mengeluh dan mengubah posisi duduknya, meniarap [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[150,588],"tags":[1218,640,390],"class_list":["post-267","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-fotografi","category-gajet-dan-teknologi","tag-carpet","tag-marinimz","tag-novel"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/267","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=267"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/267\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5860,"href":"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/267\/revisions\/5860"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=267"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=267"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=267"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}