{"id":277,"date":"2009-03-28T17:42:44","date_gmt":"2009-03-28T09:42:44","guid":{"rendered":"http:\/\/marinimz.com\/blog\/?p=277"},"modified":"2015-04-28T22:08:13","modified_gmt":"2015-04-28T14:08:13","slug":"infidelity","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/infidelity\/","title":{"rendered":"Infidelity"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/marinimz.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2009\/03\/new-infidelity1.jpg\" alt=\"\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-family: Times New Roman; font-size: small;\">Perkara paling  mahu dihindari dalam sesebuah hubungan adalah infidelity atau kecurangan.  Namun bagaimanakah keadaannya jika ia tetap terjadi? Sebuah kisah yang dambakan penyertaan anda&#8230; Sudi-sudikan berkongsi pendapat anda mengenainya&#8230;. <\/span><span style=\"font-family: Times New Roman; font-size: small;\"> <\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: Times New Roman; font-size: small;\">Lingkaran hidup penuh kisah  tidak terduga. Ada hubungan berantakan, ada juga bahagianya berpanjangan.  Sebagai seorang setia, pastinya kecurangan oleh pasangan hidup atau  kekasih sangat melukakan. Kecewa tidak terkira, kalau boleh mahu hilangkan  diri daripada dunia. Tetapi bagi kamu jika dipihak yang melakukan kecurangan,  dirasakan hadirnya perasaan kasih sayang kepada insan baru bukan kemahuan  diri. Keadaan yang sukar diungkapkan kerana ia hadir dengan sendirinya.  Kononnya! <\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: Times New Roman; font-size: small;\">Aril dan Melissa ialah sepasang  kekasih yang telah mengikat tali pertunangan setahun lalu. Mereka bagai  tidak boleh dipisahkan lagi. Seluruh keluarga dan sahabat taulan menganggap  mereka paling ideal, romantis dan tidak boleh dipisahkan lagi. Segala-galanya  berjalan lancar sehinggalah Melissa memperkenalkan teman lamanya Zalea  kepada Aril. Sejak hari itu, kedua-duanya tertarik di antara satu sama  lain. Tanpa pengetahuan Melissa, Aril sering mencuri peluang bertemu  Zalea. Manakala Zalea sendiri hanya mengikut rentak lelaki kacak itu. <\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: Times New Roman; font-size: small;\">Bukan dia buta dengan keakraban  tunangannya dengan teman baiknya. Bagi Melissa yang mengetahui latar-belakang  Zalea pula hanya membiarkan keadaan itu. Dia sekadar berbaik sangka.  Zalea hanya memerlukan perhatian kerana kehancuran keluarganya. Takkan  dia sanggup berlaku curang dengan sahabat baiknya sendiri. Sedangkan  perkataan itu adalah satu kepantangan dalam hidupnya. Ibunya diceraikan  kerana dihukum berlaku curang. Setidak-tidaknya si ayah mempercayai  keadaan itu berlaku. Malah Zalea tidak pernah diakui anaknya. Bagi si  ayah, Zalea adalah anak hasil hubungan si isteri dengan lelaki lain.  Dia meninggalkan Zalea ketika dia masih bayi dan membawa anak lelaki  sulungnya sahaja. Sehingga kini jejak si ayah dan abang tinggal bayang  untuk dikejar. Biarpun telah berpuluh tahun berlalu, Zalea kekal tidak  diakui anak gadisnya. <\/span><\/p>\n<h2><span style=\"font-family: Times New Roman; font-size: small;\"><strong>Melissa dipuja lelaki,  Hidup Zalea Kosong <\/strong><\/span><\/h2>\n<p><span style=\"font-family: Times New Roman; font-size: small;\">Itu sekadar anggapan Melissa.  Sebaliknya, kecurangan si ibu hanyalah secebis alasan sahaja. Ternyata  ibunya tidak pernah curang dan menjadi mangsa keadaan. Memang benar  dia pantang mendengar perkataan curang itu. Apa pula keadaan dia dan  Aril yang dipandang orang sekeliling sebuah kecurangan? Benar, dia berasa  diri sangat istimewa setiap kali di sisi lelaki itu. Kekurangan diri  berbanding Melissa membuatkan Zalea merasakan dirinya sering ketinggalan.  Manakan tidak, Melissa sering menjadi perhatian lelaki. Dia hanya jatuh  nombor dua atau tidak tersenarai langsung. Zalea selama ini kurang kasih  sayang lelaki dalam hidup, pastinya sangat menghargai kehadiran Aril.  Hanya kerana itukah atau tersimpan maksud lain? Tidak! Zalea tahu batas-batasnya  ketika bersama Aril. Dia sedar dia terbawa-bawa dengan kekosongan hidup  yang mula dirasakan terisi. <\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: Times New Roman; font-size: small;\">Melissa pula terlalu naif dan  baik dalam mempertimbangkan sifat orang sekelilingnya. Apabila Aril  kelihatan berdampingan dengan gadis lain, sahabatnya sendiri, ahli keluarga  dan teman terdekat sangat bersimpati dengannya. Kebaikannya itu sangat  dikagumi. Zalea punya alasan mengapa dia perlu mendampingi Aril. Melissa  pula ada persepsinya sendiri terhadap Zalea dan kebaikannya memang tidak  boleh dipertikaikan. Aril pula memang dia lelaki dan kerana itu sifatnya  begitu. Tidak perlu ada alasan mengapa lelaki curang atau memandang  wanita lain. Sememangnya itulah dia lelaki. <\/span><\/p>\n<h2><span style=\"font-family: Times New Roman; font-size: small;\"><strong>Benarkah Aril yang Curang?<\/strong><\/span><\/h2>\n<p><span style=\"font-family: Times New Roman; font-size: small;\">Nanti dulu! Bersikap adil terhadap  lelaki juga perlu. Menuduh melulu mereka sifatnya begitu, pasti ada  yang marah. Dalam keadaan ini, Aril punya alasan tersendiri mengapa  dia begitu tertawan dengan eksotiknya Zalea. Dia tertanya-tanya mengapa  lelaki tidak memandang wanita beraut wajah seperti Zalea sangat cantik.  Nampaknya dia salah seorang daripada mereka yang hanya memandang kecantikan  seperti dimiliki Melissa paling ideal di pandangan mata. Selepas mengenali  Zalea, dia jatuh simpati pula dengan latar belakang kehidupannya. Bagaimanakah  agaknya jika tiba harinya Zalea mahu bernikah? Dia ada dua wali yang  kuat tetapi mereka pula menafikan dia darah daging mereka? Dunia ini  kadangkala tidak berlaku adil. Allah berikan akal tetapi disalahgunakan  atau tidak mempertimbangkannya dengan sewajarnya. <\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: Times New Roman; font-size: small;\">Setelah itu Zalea juga menyedari  Aril merapatinya kerana simpati. Mula-mula ada kenakalan, tarikan di  antara lelaki dan perempuan. Begitu pun dia menyedari akan hubungan  Aril dan Melissa tidak boleh dipisahkan. Zalea sendiri sering akur dengan  kejelitaan Melissa dan dia akan kalah beribu-ribu kali. Hendak dibandingkan  mereka berdua bagaikan langit dan bumi. Lalu Zalea kembali jadi penunggu  sepi yang mengharapkan lelaki sebaik Aril muncul jadi penyelamatnya.  Pastinya diri Aril yang telah menjadi milik Melissa takkan disentuh.  Malah, kasih sayang Aril bagaikan kehadiran kasih si abang yang dipisahkan  daripadanya. <\/span><\/p>\n<h2><span style=\"font-family: Times New Roman; font-size: small;\"><strong>Aril Tak Bermaksud untuk  Curang , Tapi\u2026<\/strong><\/span><\/h2>\n<p><span style=\"font-family: Times New Roman; font-size: small;\">Aidil, adik kepada Aril yang  menyaksikan abangnya semakin intim dengan Zalea naik berang. Dia pula  asalnya sahabat baik Melissa. Kerana memperkenalkan Melissa kepada keluarga,  Aril telah jatuh hati kepada sahabatnya itu. Pasti sahaja dia benci  melihat Melissa diperlakukan begitu. Zalea terang-terangan menjemput  Aril keluar dari kediaman mereka. Aril pula menunjukkan kasihnya depan-depan  mukanya. Sehinggalah berlaku pertelagahan antara Aidil dan Aril. Sudahnya  Aril mula mengesyaki Aidil sebenarnya menaruh hati kepada Melissa. Hm&#8230;  Memang rumit keadaan ini.. <\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: Times New Roman; font-size: small;\">Jadi, siapakah perlu dipersalahkan?  Atau tiada siapa yang bersalah tetapi keadaan itu hanyalah kebetulan  dan telah disuratkan terjadi? Masing-masing punya alasan kukuh. Hati  kita pastinya ada rasa kasihan kepada Melissa, benci dengan Zalea dan  menyalahkan Aril seperti Aidil. Ada pula yang kasihankan Zalea dan menyanjung  Aril kerana pemikiran positifnya itu. <\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: Times New Roman; font-size: small;\">Tetapi lazimnya memang Melissalah  heroin di sini. Dan ada pula yang mahu Melissa berdampingan dengan Aidil  saja. Lupakan Aril yang semudah itu terjatuh hati dengan gadis lain  hakikatnya Melissa lebih cantik dan menawan. Orang paling marah dalam  soal ini tentunya mereka yang pernah dicurangi. Tidak pun kita satukan  saja Zalea dan Aidil. Sebetulnya subjek ini sukar dicari siapa salah  dan siapa yang benar. <\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: Times New Roman; font-size: small;\">Pada pendapat kamu, adakah  benar Aril yang curang terhadap Melissa? Apakah Zalea sebenarnya mengambil  kesempatan atas simpati orang lain? Adakah pula Melissa yang tolol membenarkan  kecurangan berlaku di depan matanya? Pada pendapat kamu, siapa sebenarnya  yang bersalah? <\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: Times New Roman; font-size: small;\">Siapa yang paling terluka? <\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perkara paling mahu dihindari dalam sesebuah hubungan adalah infidelity atau kecurangan. Namun bagaimanakah keadaannya jika ia tetap terjadi? Sebuah kisah yang dambakan penyertaan anda&#8230; Sudi-sudikan berkongsi pendapat anda mengenainya&#8230;. Lingkaran hidup penuh kisah tidak terduga. Ada hubungan berantakan, ada juga bahagianya berpanjangan. Sebagai seorang setia, pastinya kecurangan oleh pasangan hidup atau kekasih sangat melukakan. Kecewa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[150],"tags":[],"class_list":["post-277","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-fotografi"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/277","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=277"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/277\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2141,"href":"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/277\/revisions\/2141"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=277"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=277"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=277"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}