{"id":5248,"date":"2016-12-08T18:21:59","date_gmt":"2016-12-08T10:21:59","guid":{"rendered":"http:\/\/marinimz.com\/blog\/?p=5248"},"modified":"2016-12-11T15:36:24","modified_gmt":"2016-12-11T07:36:24","slug":"5248-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/5248-2\/","title":{"rendered":"Frozen Lamb Enak Agro World"},"content":{"rendered":"<p>Agro World Channel Sdn Bhd yang berasaskan agro pertanian mensasarkan lebih 100 tan dengan \u00a0nilaian lebih kurang RM6 juta sebulan hasil ternakan kambing di negara ini bakal \u00a0di eksport ke luar negara terutama ke China mulai tahun hadapan.<\/p>\n<p><!--more--><\/p>\n<p>Pengerusi Eksekutifnya, Dato\u2019 Seri Abd Majid Zainal Abidin berkata, jumlah tersebut untuk nilai daging sahaja belum termasuk tulang, daging bahu dan bahagian dada kerana kambing dikategorikan kepada bahagian tertentu sebelum dipasarkan.<\/p>\n<p>\u201cKambing\u00a0 mendapat permintaan yang baik dari negara luar\u00a0 seperti China malah telah menempah sebanyak\u00a0 50 tan atau RM3 juta tahun hadapan\u00a0 malah boleh mencapai sehingga ke 500 tan,\u00a0 namun buat masa ini kita berhadapan dengan masalah menyediakan hasil ternakan tersebut.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/marinimz.com\/blog\/5248-2\/_kin7555\/\" rel=\"attachment wp-att-5251\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1277\" height=\"850\" class=\"aligncenter size-full wp-image-5251\" src=\"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2016\/12\/KIN7555.jpg\" alt=\"????????????????????????????????????\" srcset=\"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2016\/12\/KIN7555.jpg 1277w, https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2016\/12\/KIN7555-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2016\/12\/KIN7555-768x511.jpg 768w, https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2016\/12\/KIN7555-1024x682.jpg 1024w, https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2016\/12\/KIN7555-200x133.jpg 200w, https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2016\/12\/KIN7555-600x400.jpg 600w\" sizes=\"auto, (max-width: 1277px) 100vw, 1277px\" \/><\/a><\/p>\n<p>\u201cBuat masa ini seluas 100 ekar tanah di Pekan, Pahang diusahakan di samping 50 ekar di Bagan Datuh, Perak akan dijadikan pusat penyembelihan dan pembungkusan bagi \u00a0pasaran tempatan dan luar negara,\u201d katanya pada majlis pelancaran rasmi kambing sejuk beku (Frozen Lamb) danperjanjian persefahaman antara Agro Word Channel Sdn Bhd dengan\u00a0 Pertubuhan Peladang Kawasan Raub, Pahang di sini hari ini.<\/p>\n<p>Turut hadir, Pengerusi Konsortium Koperasi Wanita, Dato\u2019 Seri\u00a0 Dr. Hajah Siti Zaharah Sulaiman , Pengarah Eksekutif Agro World Channel Sdn Bhd, Datin Seri Siti Nur Cahaya Ramlan dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Raub, Zulkifli Mohd Yusuf dan Chef Eksekutifnya, Mohd Shafik Mohd Taufik.<\/p>\n<p>Abd Majid berkata,\u00a0 syarikatnya\u00a0 kini mencari\u00a0 lebih banyak tanah\u00a0 untuk dimajukan sebagai kawasan penternakan di seluruh negara.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/marinimz.com\/blog\/5248-2\/_kin7637\/\" rel=\"attachment wp-att-5252\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1277\" height=\"850\" class=\"aligncenter size-full wp-image-5252\" src=\"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2016\/12\/KIN7637.jpg\" alt=\"????????????????????????????????????\" srcset=\"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2016\/12\/KIN7637.jpg 1277w, https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2016\/12\/KIN7637-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2016\/12\/KIN7637-768x511.jpg 768w, https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2016\/12\/KIN7637-1024x682.jpg 1024w, https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2016\/12\/KIN7637-200x133.jpg 200w, https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2016\/12\/KIN7637-600x400.jpg 600w\" sizes=\"auto, (max-width: 1277px) 100vw, 1277px\" \/><\/a><\/p>\n<p>\u201cKita mesti merebut peluang tersebut kerana permintaan memang sangat menggalakkan. Justeru kami mengambil pendekatan berkerjasama dengan pertubuhan peladang kawasan dan penternak persendirian.<\/p>\n<p>\u201cKaedah penternakan moden digunakan dengan \u00a0membina\u00a0 rumah sembelihan dan kilang pemprosesan daging berteknologi tinggi \u00a0berhampiran ladang untuk mengekalkan kualiti dan kesegarannya .<\/p>\n<p>\u201cPenternak akan diberi bantuan membaik pulih dan menaik taraf kawasan penternakan di samping bantuan baka. \u00a0Hasil ternakan akan dibeli semula oleh Agro World Channel Sdn Bhd untuk penyelesaian masalah pasaran.\u201d katanya.<\/p>\n<p>Majlis pelancaran frozen lamb itu katanya,\u00a0 bertujuan mempopularkan lagi daging kambing segar selepas menjalani proses sejuk beku denganmenggunakan teknik vakum dan orang ramai boleh memperolehinya di Bazar Agro seluruh negara.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/marinimz.com\/blog\/5248-2\/_kin7904\/\" rel=\"attachment wp-att-5249\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1277\" height=\"850\" class=\"aligncenter size-full wp-image-5249\" src=\"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2016\/12\/KIN7904.jpg\" alt=\"????????????????????????????????????\" srcset=\"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2016\/12\/KIN7904.jpg 1277w, https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2016\/12\/KIN7904-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2016\/12\/KIN7904-768x511.jpg 768w, https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2016\/12\/KIN7904-1024x682.jpg 1024w, https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2016\/12\/KIN7904-200x133.jpg 200w, https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2016\/12\/KIN7904-600x400.jpg 600w\" sizes=\"auto, (max-width: 1277px) 100vw, 1277px\" \/><\/a><\/p>\n<p>Buat masa ini Agro World Channel Sdn Bhd\u00a0 menjalankan aktiviti perladangan buah naga di Ulu Tiram , Johor Bahru seluas 2000 ekar dan\u00a0 mensasarkan penanaman 10 ribu ekar pada tahun 2022 dengan nilai jualan sebanyak RM150 juta sebulan.<\/p>\n<p>\u201cSejak tiga tahun lalu, hasil dalam bentuk minuman kesihatan di eksport ke Taiwan. Pada tahun hadapan, syarikat akan menaik taraf kilang di Kulim High-Tech Park untuk mengeluarkan hasil buah naga dalam bentuk kapsul sebagai \u00a0makanan tambahan dan bahan asas\u00a0 kosmetik. Syarikat menjalankan penyelidikan bersama dengan\u00a0 Universiti Sains Malaysia (USM),\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>\u201cDi samping itu, ternakan sangkar lobster dan kerapu sedang giat dibesarkan seluas 50 ekar di Pulau Timun dan sedang beroperasi sebanyak 200 sangkar di Penarah, Langkawi.<\/p>\n<p>Sebanyak 300 ekar tanah di Rompin, Pahang pula \u00a0ternakan udang harimau, udang kertas dan udang Kara. Hasilnya ternakan dalam sangkar tersebut dieksport ke Hong Kong dan Taiwan.<\/p>\n<p>Abd Majid menambah dengan kerjasama Pertubuhan Peladang egeri Pahang, MARDI dan MATRADE syarikat bakal melebarkan pasaran ke luar negara seperti Timur Tengah, Korea, Eropah dan Jepun untuk memenuhi pasaran halal di sana, Pihaknya juga telah memeterai kerjasama dengan Halal Hub di negara China bagi memenuhi permintaan yang tinggi .<\/p>\n<p>\u201cSokongan pelbagai agensi kerajaan dan swasta berkaitan dalam pelbagai bentuk sangat diperlukan kerana syarikat mempunyai kumpulan doktor vaterinar, kumpulan pekerja yang berpengalaman,dan juga kumpulan pelabur dari dalam luar negara seperti Taiwan, Hong Kong , China dan Singapura dalam usaha meningkatkan negara Malaysia sebagai pembekal makanan halal antara yang terbaik di dunia,\u201d ujarnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Agro World Channel Sdn Bhd yang berasaskan agro pertanian mensasarkan lebih 100 tan dengan \u00a0nilaian lebih kurang RM6 juta sebulan hasil ternakan kambing di negara ini bakal \u00a0di eksport ke luar negara terutama ke China mulai tahun hadapan.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5250,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[1131,148,1132,1133],"class_list":["post-5248","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-news","tag-agro-world-channel","tag-elegan","tag-frozen-lamb","tag-marini-mat-zain"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5248","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5248"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5248\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5254,"href":"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5248\/revisions\/5254"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5250"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5248"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5248"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.marinimz.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5248"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}