Biskut Julie’s dengan adunan coklat Hershey’s sememangnya enak dimakan petang-petang. Ketika bertugas di majalah dahulu, saya membawa pulang ke pejabat berkotak-kotak Julie’s (terima kasih daun keladi BB). Kemudian saat deadline sedap sungguh dengan team minum petang buat kopi atau teh cicah dengan biskut ini. Yumm! Rindu sungguh saat-saat di Jalan Setiabistari 2, Damansara Height itu.
Biskut Julie’s apabila bergabung dengan jenama coklat tersohor Amerika Hershey’s telah mencipta enam varian biskut enak kini menembusi pasaran global. Biskut ini boleh ditemui di 10 negara Asia termasuk Taiwan dan Mongolia. Julie’s kini mengembangkan pasaran di Asia dan sekali gus memastikan kadar pertumbuhan perolehan meningkat sebanyak 15-20%. Perfect Food Manufacturing Director, Martin Ang berkata penglibatan lima tahun mengikuti International Expo anjuran Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) telah banyak membantu mendedahkan jenamanya di peringkat antarabangsa. Rekod Julie’s mengeksport dari 35 negara asalnya kepada lebih 70 buah luar negara hari ini, termasuk ASEAN, Asia Timur, Timur Tengah dan rantau Asia Pasifik, dengan itu syarikat sudah mencapai melebihi satu kali kadar pertumbuhan.
Gambar – Dari kiri, Director of Food, BioTech & Halal Section MATRADE – Encik Mohd Aminuddin Sham Tajudin, Puan Ibu Iratriani (Foreign Trade Representative Indonesia), Puan Susila Devi – Deputy CEO of MATRADE, Ms. Louie Brigida (Foreign Trade Representative Philippines), Mr. Nguyen Son Ha (Commercial Counselor Vietnam), YBhg. Datuk Dr. Wong Lai Sum – CEO of MATRADE, Mr Martin Ang – Director of Perfect Food Manufacturing (M) Sdn Bhd, YBhg Datuk Dzulkifli Mahmud – Deputy CEO of MATRADE, Mr. Yoshihida Takenaga (JETRO) & Mr. Wajihullah Kundi (Commercial Counselor Pakistan)
Sangat membanggakan apabila Julie’s sebagai produk Malaysia mampu menghasilkan biskut enak dan menembusi pasaran dunia. Ditubuhkan pada tahun 1981, syarikat ini telah memulakan operasi exportnya pada tahun yang sama dan telah diiktiraf dengan pelbagai pensijilan kualiti, prosedur dan keselamatan makanan seperti ISO 9001:2000, GMP, OSHA, Halal dan HACCP. Ketiga-tiga kilang syarikat ini dibina atas 15 ekar tanah di Melaka yang dilengkapi dengan 5 baris ketuhar, 12 ketuhar wafer gulung, satu ketuhar wafel, ketuhar wafel buku dengan barisan coklat salutan, beberapa mesin sandwic dan beberapa mesin pembungkus. Dengan lebih daripada 100 produk, Julie’s terus memenuhi selera pengguna melalui biskut signature seperti biskut sandwic mentega kacang, biskut sandwich keju, biskut keju, kuih belanda, biskut oat coklat dan sebagainya.
Perfect Food Manufacturing juga merupakan syarikat yang sangat percaya dengan tanggungjawabnya terhadap pekerja, pelanggan dan masyarakat. Komitmen syarikat untuk Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporat Social Responsibility) dicerminkan oleh tindakan-tindakan dan berbagai projek-projek yang menjanjikan ke arah penambah baikan berterusan dalam keselamatan makanan, kualiti, kebajikan pekerja, mengekalkan standard etika yang tinggi dan juga ke arah kebaikan masyarakat.







COMMENTS ARE CLOSED