LET A THOUSAND FLOWERS BLOOM: KERAIAN SENI MERENTAS BUDAYA

Share

Kuala Lumpur bakal menjadi saksi kepada sebuah pameran seni yang bukan sekadar visual, tetapi sarat dengan jiwa dan makna. Let a Thousand Flowers Bloom, yang dibawakan oleh Sutra Foundation, menghimpunkan 21 artis dari India dan Malaysia dalam sebuah dialog seni yang unik.

Menggabungkan fotografi, lukisan dan lakaran yang diinspirasikan daripada keindahan tarian klasik Odissi. Lebih daripada sekadar pameran, ia adalah penghormatan kepada mendiang Dr. Dinanath Pathy, tokoh yang memperjuangkan pluralisme dan hubungan seni merentas budaya antara dua negara ini.

Malam pembukaan yang dijadualkan pada 25 April 2026 di ONE Bangsar menjanjikan pengalaman yang cukup istimewa. Selain ucapan pembukaan oleh Datuk Ramli Ibrahim dan tetamu kehormat, pengunjung turut berpeluang menyertai sesi walkthrough bersama artis dan kurator, serta menyaksikan pratonton dokumentari Radha Unbound.

Setelah berjaya dipamerkan di Lalit Kala Akademi di Chennai dan menjelajah beberapa lokasi di India, Kuala Lumpur menjadi destinasi terakhir—seolah-olah membawa pulang naratif seni ini ke ruang yang lebih dekat dengan audiens tempatan.

Dalam dunia yang semakin sibuk berbicara tentang identiti, warisan dan hubungan global, pameran ini hadir sebagai satu refleksi yang halus tetapi mendalam. Ia membuktikan bahawa seni tidak mengenal sempadan, malah menjadi jambatan yang menghubungkan budaya, sejarah dan emosi manusia. Let a Thousand Flowers Bloom bukan sekadar pameran—ia adalah pengalaman, sebuah perjalanan yang mengajak kita melihat dunia melalui lensa yang lebih luas dan penuh empati.

TERAPI MENERUSI MEDIUM LUKISAN BERSAMA RATNA RASHIDI

Share

Kesempatan bertemu sendiri artis Ratna Rashidi, yang berfokus pada botani dan chinoiserie termasuk burung tempatan yang terancam dengan gaya realisme dalam lukisannya.

KAIMIRRA TUTAN DI MIDVALLEY MEGAMALL

Tanggal 24 September 2022, jenama itu telah membuka butik utamanya di Midvalley Megamall Kuala Lumpur, mempamerkan barangan kemas buatan tangan yang teliti dengan permata eksklusif Ammolite, emas berkualiti tinggi dan pelbagai permata berharga.

Share

PENULIS: MAXEVAN

TELEFILEM API CINTA RAMADAN 2022

Kisah kekeluargaan yang pasti mencuit hati. Kisah pasangan yang baru berkahwin sebelum masuk Ramadan dan mengalami pelbagai dugaan.

Share

PENULIS: MAXEVAN

Bakat Korea Beraksi Dengan Pelakon Tony Eusoff

Share

Selepas menjadi juri DramaNovela Acting Challenge, Tony Eusoff menguji bakat baru Korea dengan berlakon bersama Misha Choi dan Paul An. Malah, penerbit Patricia Sargunan dan pengarah Adrian J Williams turut serta dalam sesi reheasal memberi bimbingan penuh kepada mereka.

Tahniah kepada pemenang utama DramaNovela Acting Challenge, Misha Choi dan naik juara Putra Paul An. Mereka akan beraksi pada Sabtu, 11 September jam 10 malam di Clubhouse @dramanovela dalam lakonan skrip penuh berjudul 3 Tribes, tulisan Marini Mat Zain.

Respirasi Cantik

Share

beauty

Pemalas…

Share

 

Pemalas itu aku… Dah lama gila tak update blog ni… Banyak perkara dah berlaku… Terlalu banyak! Sekarang pun dah sampai ke hujung tahun. November… Desember…. Dah masuk Januari 2011… Tarikh cantik nak kahwin… 20.11.2011 katanya… Tarikh graduasi aku dari UiTM 2001. Masa tu aku baru kerja jadi wartawan. Dari setahun ke setahun aku jadi penulis, penolong editor, penulis skrip, lakun layar, penerbit… penulis blog… omputih kata bloggers… tp blogger paling pemalas lah.

Kalau 2011 tolak 2001 rasa-rasanya berapa tahun dah? BIG 10 YEARS… huraah…

Sudah 10 tahun aku bergelumang sebagai orang Media, sebagai penulis dan hanya setahun dua ini sahaja aku masuk di dalam dunia produksi yang tidak kurang banyak pancarobanya. Menyakitkan hati pun ada seperti baru-baru jadi ni. Macam-macam lah… Kalau kau pandai…

Ni penyakit baru datang lagi.. Nak masuk tahun baru memang macam ni lah… Tak boleh tidur memikirkan banyak benda. Nak tambah umur, nak tambah duit, nak dekat dengan mak ayah, nak mesra-mesra dengan famili, nak lebih produktif, nak hibur kawan-kawan sama rata… semua nak tapi aku ni agak pemalas… Nak keluar novel pun berjanggut dah… apa nak jadi ni wahai MMZ… aku lah tu Marini Mat Zain…

Esok, Eh, hari ini, lepas ni aku mesti pasang azam lebih awal. RAJIN, RAJIN, RAJIN… Ok lah, setakat ini saja pagi ini. Nak telefon kakak cleaner minta tolong cuci rumah. Huh, alah tak semua kena rajin buat kan? uhuk….

aku serba tiada

Share

frustLelaki takkan boleh terima pendekatan Siti Khadijah yang mengorak langkah melamar cinta Nabi. Perempuan apa ni yang terkejar-kejar lelaki seperti perigi mencari timba. Lelaki hanya boleh terima sunah Nabi kahwin empat itu sahaja.

Apabila Kita dibeza-bezakan

Share

339721

Ada org dilimpah Kurnia kasih sayang. Di sisinya sentiasa ada yang sayang. Mana-mana pergi mendapat kasih dan manja. Patah tumbuh hilang berganti. Tidak putus rasanya cinta di dada. Tiada putus juga cinta diberikan. Hingga terkadang sukar membuat pilihan. Betapa banyaknya org mahu mencurah cinta. Ada sahaja yang menghulurkan manja. Begitulah nilainya dilahirkan cantik.

Ada pula yang sering sendiri. Cinta tidak pernah datang walaupun tak mencari. Kalau mencari pun takkan ketemu. Ada-ada sahaja yang tidak kena. Yang indah-indah hadir cuma sementara. Esok dia kan kembali sendiri. Hanya bertemankan setiap kenangan yang dikutip. Tiap kenangan itu pula memakan diri. Memamah hati jadi lumat. Dia mengukur nasib diri di badan sendiri.

Apa dirasa…

Share

AKU HARUS
Kedinginan menggigit seluruh tubuh
Aku mendongak merenung langit
Mata tak berkedip menyaksikan bulan
Sangat indah
Leka aku di situ
Meratap merindukan bulan
Sehinggalah titis-titis air jatuh
Ada butir hujan menjamah pipi
Aku bagai tersedar
Pantas memaksa kaki melangkah
Berat mahu berlalu
Hati jadi sebal
Aku enggan pergi
Tetapi aku harus