Share

Seminggu ini memang kita akan berbuka di rumah sahaja dengan keluarga. Menikmati sajian dimasak sendiri di rumah memang satu kemestian. Ada juga mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman. Tetapi masuk minggu kedua dan seterusnya, kita akan mahu beralih selera mahu membawa keluarga menikmati sajian di luar. Tidak pun perancangan rancak diatur untuk berbuka dengan teman-teman.

Bagi kamu yang meminati sajian Timur Tengah, apa kata singgah ke restoran Relish yang terletak di lantai bawah Fraser Residence Kuala Lumpur. Hotel ini sememangnya menjadi tumpuan pelancong dari Timur Tengah, jadi tak hairanlah Relish menyajikan menu seperti Kabsa Laham, Tajine Barkouk, Shish Taook, Babosa dan Baklava.

IMG_3260 IMG_3255Permandangan dari Fraser Residence Kuala Lumpur.

Begitupun Chef Ishak juga tidak lupa dengan menu tempatan seperti gulai tempoyak ikan patin, ayam percik cik siti wan kembang, rendang tok dan laksa Johor. Sambil menjamu selera, kamu akan dihiburkan dengan dendangan lagu ghazal, asli dan moden oleh kumpulan Ghazal Seri Kenangan dari jam 6.45 sehingga 9 malam.

Kala melangkah masuk ke lobi hotel, kami disambut dendangan merdu kumpulan Ghazal. Sempat juga dibawa melawat sekitar Fraser Residence yang baru dibuka beberapa bulan. Penginapan yang cukup sempurna buat semua terutama seisi keluarga.

IMG_3279

IMG_3278

Kegemaran… Wajib makan…

IMG_3273 IMG_3284 IMG_3288

Apa yang menambat hati saya di sini, semua kakitangan Fraser Residence ramah tamah. Kamu akan selesa sepanjang menjamu selera. Relish mampu memuatkan 166 orang dengan tiga tempat duduk yang berbeza. Boleh pilih yang mana satu jadi idaman.

IMG_3275 IMG_3276

fraser

Secara peribadi saya sangat sukakan Puding Roti yang rasanya enak luar biasa. Saya memang hantu Puding Roti jadi lidah sudah kenal dan sampai ke hari ini rasa itu masih meletak difikiran. Kamu juga patut mencubanya jika memilih untuk berbuka di sini.

IMG_3289IMG_3270

Kambing Panggang juga lembut dan masih dirasakan manis lemaknya ditambah sos pudina enak. Memang pemenang!

Bufet Seribu Satu Malam ini bermula 22 Jun sehingga 12 Julai 2015 setiap jam 7 malam sehingga 10 malam.

Harga:
• RM 98 nett (Adult) / RM59.00 nett (Child 6 – 12 years old) – Advance Purchase of 2 days

  • RM138 nett (Adult) / RM 82 nett (Child 6 – 12 years old)
  • Free meal for children below 6 years old

*Semua harga termasuk 6% GST.

Kemudahan solat ada di tingkat lima. Untuk tempahan, telefon +603 2191 0893 (9:00 pagi – 5:00 petang sepanjang weekdays) dan +603 2191 0959 (9:00 pagi – 11:00 malam) atau e-mel fb.frkl@frasershospitality.com