Share

Saya diberitahu, Dorsett Regency Kuala Lumpur ingin mengembalikan nostalgia Bintang Legenda Tan Sri P. Ramlee dengan berkongsi cita rasa beliau di dapur Checkers Cafe. Ingin juga saya tahu apakah selera bintang kegemaran saya ini? Bagi saya konsep sebegini sangat mencabar kerana cef perlulah memastikan menu kesukaan beliau tidak menghampakan kami.

Kesukaan Tan Sri P. Ramlee semestinya menu Whole Roasted Lamb ‘Kuzi’ style, Gulai Kawah Sotong Sumbat, Burung Puyuh Percik, Ayam Goreng dan Serawa Durian Pulut. Saya suka Serawa Durian Pulut tetapi bagi tekak orang Kelantan semestinya kuah tu kalau boleh nak lebih manis (jangan amalkan selalu tapi).

IMG_3119 IMG_3118 IMG_3102

Checkers Cafe menawarkan lebih 100 menu bufet Ramadan dari pembuka selera, menu utama dan pemanis mulut bermula 18 Jun sehingga 16 Julai 2015. Warung-warung di Checkers Cafe turut menyajikan pelbagai hidangan lain seperti Gulai Ikan Talang Masin, Udang Goreng Sos Keju, Nasi Kerabu Bunga Talang, Burung Puyuh dan Ayam Percik, Bubur Lambuk dan banyak lagi.

IMG_3099 Sedap IMG_3096

Kafe ini juga membariskan kerabu yang dibuat dari betik, mangga dan pucuk paku, ulam-ulam kampung dan rojak. Antara pemanis mulut tradisional Melayu adalah Serawa Pisang, Chilled Peach dengan Sago dan kelapa,  kuih-muih Melayu dan Nyonya, biskut, Bubur Cha Cha, Bubur Pulut Hitam, buah-buahan segar dan banyak lagi.

Pemenang! Nasi kerabunya setanding dimakan dekat Kelantan. IMG_3086 IMG_3087 IMG_3088

Selain mewah dijamu dengan sajian tempatan Melayu, ada juga menu barat dan Jepun. Memang malam ini saya tidak memilih sajian Jepun kerana petangnya sudah makan tengah hari dengan sajian itu. Lalu memilih untuk menikmati sajian Melayu. Memang terbaik nasi kerabu di sini kerana memang sukar hendak memenuhi selera orang Kelantan di KL ini.

IMG_3109 IMG_3114 IMG_3112 IMG_3113 fraser Ini memang kuih Melayu kesukaan. IMG_3116

Bufet buka puasa ini dibuka setiap hari dari 7 petang sehingga 10.30 malam dengan harga RM105 nett untuk orang dewasa. Early Bird akan menerima diskaun pada harga RM70 seorang untuk tempahan sekarang sehingga 17 Jun 2015. Harga sudah termasuk 6% GST.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan meja, hubungi Checkers Cafe di 03 2716 1000 sambungan 188.