Segarnya Salmon Sashimi di Cinnamon Coffee House ini sampai dua kali saya ulang makan. Tetapi paling tidak boleh dilupakan rasa tiga jenis satay dihidangkan, satay ayam, daging dan kambing. Rasanya sangat lembut dan lemak dikunyah dalam mulut. Pemenang!
Executive Sous Chef, Saiful Bahrain Abdul Wahid ternyata benar-benar berjaya membawa Citarasa Timur ke Barat di dalam satu ruang ini. Ohya, saat sudah kekenyayang saya disuruh cuba teman merasa Sup Gearbox di dalam kawah disediakan. Dengar-dengar ada yang sampai bertambah dua mangkuk. Sebaik sahaja dihirup tengah panas-panas, memang sedap terutama isinya yang lembut dan urat yang lemak manis.
Banyak menu disedia termasuk Bubur Lambuk, Daging Dendeng dan Pulut Serawa Durian. Ada juga Rojak Pasembur, assorted Kerabu, Ikan Panggang Percik, Ayam Rendang Minang dan Sotong Kalio. Selain mewah dengan menu tempatan, ada juga sajian Cina, India, Japun dan Barat.
Bab pemanis mulut pun memang wajib rasa dari pastri Perancis hinggalah menu tradisional seperti Sago Gula Melaka, Bubur Nangka, Ais Cendol, Ais Kacang dan banyak lagi. Kiranya selepas membeli-belah di 1 Utama boleh lah kamu memilih One World Hotel ini untuk berbuka puasa.
Harga promosi Citarasa Timur Ke Barat adalah RM111.00 seorang dewasa dan RM56.00 untuk seorang kanak-kanak berusia 4 – 12 tahun bermula 8 to 17 Jun 2015. Harga RM158.00 dan RM79.00 masing-masing bermula pada 18 Jun to 16 Julai 2015. (Harga dalam ringgit Malaysia dan termasuk 10% caj servis dan 6% goods dan services tax). Bufet makan malam bermula 6.30pm sehingga 10.30pm. Untuk pertanyaan dan tempahan, hubungi di talian 03 – 7681 1157.
Sementara itu dua hari pada hari Lebaran pula akan diadakan bufet Ceria Aidilfitri juga di Cinnamon Coffee House. Pada sesiapa yang terpaksa beraya di KL, boleh lah memilih tarikh 17 atau 18 Julai 2015 untuk menikmati juadah Lebaran seperti Lemang, Ketupat Palas, Nasi Himpit,Serunding juga istimewa menu Aidilfitiri seperti Nasi Ulam, Nasi Dagang, Daging Dengdeng dan Otak –otak. Jangan lupa mencuba Kambing Briyani, Burung Puyuh Berempah, Sup Daging Sapi dan sambal belacan.
Manikan mulutmu dengan Sago Gula Melaka, Kurma Cake, Bubur Pengat Pisang, Bubur Kacang Hijau, Assorted Malay Kuih, Ice Kacang dan Dodol Durian serta Pulut Serawa Durian.
Ceria Aidilfitri Hi – Tea
12 noon to 4.30 pm
RM99.00 nett per adult
RM50.00 nett per child aged 4 -12 years
Ceria Aidilfitri Buffet Dinner
6.30 pm – 10.30 pm
RM128.00 nett per adult
RM64.00 nett per child aged 4 – 12 years
Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi Cinnamon Coffee House di 03 – 7681 1157.





















COMMENTS ARE CLOSED