Sepatu Jelly Bunny pertama saya dibeli dengan sahabat baik di One Utama dua tahun lalu. Seronok mencuba beberapa pasang sebelum memilih nude colour yang sangat comel. Saya masih menyimpannya dengan baik di rak sepatu. Sangat bertuah rasanya kerana berpeluang minum petang dengan team Jelly Bunny baru-baru ini. Dan ini kisah saya…
Bersuasanakan Inggeris dengan dekorasi comel Fullhouse, Sunway Pyramid, kami seperti berada di dunia fantasi. Sajian ringan dihidangkan dan pemanis mulutnya mewah pelbagai warna dan rasa. Meja dihiasi indah sepatu dan tas tangan Jelly Bunny. Gula-gula berwarna pelangi tersusun cantik menyerikan suasana. Minum petang itu memang cukup sempurna buat saya.
Sementara itu stylist dan juga blogger fesyen Haida Yusof berkongsi tip suai padan pakaian dengan tas tangan dan sepatu Jelly Bunny. Acara santai itu berakhir dengan kami dibawa ke butik untuk diperkenalkan dengan koleksi terbaru Jelly Bunny.
Ternyata koleksi baharu Jelly Bunny penuh mimpi dan fantasi. Persembahan video Koleksi Musim Luruh & Panas 2015 membawa kami terbang ke awanan. Konsep Sweet Glam diterapkan dalam rekaan kali ini yang sungguh charming dan playful. Warna-warna digunakan juga sungguh manis antaranya warm violet, French blue, light purple dan pelangi.
Lantas saya teringatkan gula-gula berwarna pelangi di atas meja tadi. Oh, itulah signifikasi yang mahu disampaikan. Tema kali ini boleh disesuaikan dengan apa juga acara. Contohnya pakaian siang kamu diubah sedikit untuk disesuaikan pada malam tetapi tas tangan dan sepatu Jelly Bunny adalah tetap sama dan tetap cantik kelihatang siang ke malam. Tak kisahlah siang tadi kamu minum petang bersama teman dan malamnya pula bertemu janji penuh romantis.
Kalau singgah ke Jelly Bunny jangan lupa mencuba sepatu dan tas tangan Dreaming in the Cloud, Koleksi Musim Luruh & Panas 2015 ini. Kalau ada yang berkenan, beli dan kongsikan dengan saya pilihanmu itu.































