Share

Ini keluaran terbaru Maskulin (Mixie, aku support majalah kau tau). Cover terbaru Miller pelakon Indonesia berasal dari Malaysia.

Aku terjumpa artikel aku menulis untuk majalah Maskulin suatu masa dulu. Masa tu pun aku masih bertugas di Karangkraf. Hm, lama juga tu. Ruangan Perhubungan itu aku isi setiap bulan. Judul dia aku sudah lupa tetapi artikelnya seperti di bawah….

Ejoy your reading…

Ketika mengikuti kursus bina insan anjuran kerajaan Selangor sebulan lalu, salah seorang fasilitator membentangkan topik yang cukup menarik, ‘Soal Hati’. Semua yang hadir ditanya, pernah kah hati terusik melalui pandangan pertama? Padahal itulah pertama kalinya bersua, belum pernah kenal atau berbual-bual. Tiba-tiba sahaja hati jatuh suka pada si dia. Lahir sebuah perasaan halus yang sukar untuk dimengertikan. Tidak mengapa katanya. Soalnya hati! Bagaimana pula jika pertemuan yang berlangsung di tempat dan waktu yang salah.

Kembali kepada hati mulus seorang wanita yang mudah terusik terutama mendapati anda adalah orangnya. Dia yakin dengan hatinya, bukan lagi perasaan yang datang dan pergi seperti sebelum ini. Sesuatu yang luhur telah hadir meresap ke lubuk hati di luar sedar si gadis. Dasyat sungguh penangan cinta. Sekali lagi, soalnya hati. Dia tidak pernah mengundang rasa cinta atau sayang itu bertandang. Lebih-lebih lagi kalau datangnya diiringi sebuah penyeksaan dan penderaan jiwa dek pertemuan yang berlangsung di sebuah kelab di mana semua orang hanya mahukan hiburan yang berbentuk sementara. Sayangnya perkenalan di ruang ini juga hanya berteraskan, ‘touch and go’.

Tamparan lebih hebat lagi apabila si gadis tahu pandangan masyarakat terhadap wanita yang berada di tempat serupa itu. Biarpun cara sosial atau niat seseorang takkan serupa, yang hitam itu tetap hitam. Malah, anggota sosial itu sendiri memandang serong sesama mereka biarpun sedang berada di bawah satu bumbung. Padahal sama-sama berbuat ‘hevoc’. Mungkinkah masing-masing merasakan diri paling bagus. Ah, aku kemari hanya untuk suka-suka. Aku gemar berdansa diiringi dengan muzik segar lagi terkini. Apabila hati sudah terusik, maka jiwa tidak lagi tenteram biarpun berada di dalam suasana yang bingit. Dia menjadi murung kerana menerima hakikat perhubugan ini tidak akan ke mana-mana. Kesal sekali dengan situasi begini. Alangkah indah sekiranya pertemuan berlangsung di dalam suasana yang berbeza. Tidaklah diri dipandang serong sebegini oleh si pujaan hati.

Lelaki! Buat lelaki yang hebat dari segi sosial. Tidak mengira pergaulan atau adaptasi gaya hidup. Sejahat mana pun dia, wanita suci juga yang bakal dicari. Bukan menuduh tetapi sebuah hakiki. Seorang rakan yang juga dari kaum lelaki selalu menegaskan pendiriannya. Setiap kali pulang dari kelab, akan merungut mahu lekas bertemu jodoh. Angan-angannya tinggi, mahukan seorang gadis yang baik-baik. Kami sebagai teman yang terdiri dari wanita yang tidak tergolong dalam gadis yang ingin dicarinya tentu saja kurang bersetuju. Jenuh dia dikutuk sebagai lelaki tidak sedarkan diri. “Jeff, awak tu jahat. Beranganlah nak dapat perempuan suci,” bangkang Anne penuh emosi.

“Dapat! Mesti dapat punye. Gua akan cari gadis yang cantik lagi suci,” ujar Jeff separuh sedar. Diri sendiri tidak mampu memandu lagi. Pulang pun terpaksa di hantar kami. Anne seraya memandu tidak habis-habis mengomel panjang pendek. “Orang yang baik hanya akan dijodohkan dengan insan yang baik sahaja. Sudah tertulis begitu Jeff. Orang jahat akan dapat yang jahat lah. Mana you tahu dia baik. You berkenalan dalam situasi yang berbeza. Benarkah dia tidak pernah melalui zaman silam yang penuh godaan. You’ll never know. She might be has their own social life with other group in different ways. You tidak boleh bersikap tidak adil terhadap gadis-gadis yang lebih terbuka seperti kami. Tidak semua dalam satu tandang itu busuk. You mesti bagi peluang. Gadis yang you berkenalan di dalam kelab tadi nampak okay saja,” Anne cuba bertolenrasi. “Wa tak minah ah. Gua tak minta pun nombor telefon dia,” dush, tertidur sebelum sempat isu ini dikupas lebih lanjut.

Niat sebenar Jeff ada kebenarannya. Siapa yang mahu cari pasangan hidup yang tunggang-langgang. Wanita sendiri tidak kurang begitu. Kalau boleh mahu mengelak dari memilih lelaki seperti Jeff untuk dijadikan teman lelaki. Anna sendiri tentunya inginkan lelaki yang mampu membimbingnya kelak. Namun, jika masing-masing mahu yang terbaik, diri sendiri perlu memiliki personaliti baik. Mulalah segala keburukan mahu disembunyikan. Maka wujud pula sifat-sifat hipokrit. Bukan kah lebih selesa jika anda menerima seadanya diri pasangan masing-masing. Seperti yang diketahui, wanita mungkin mampu menerima keburukan diri pasangannya. Tidak mengapa baginya kerana masing-masing boleh memperbaiki diri. Setiap orang memiliki masa silam yang hitam.

Begitulah yang dialami si gadis yang mula-mula tadi. Soalnya hati! Hati dia terbuka untuk menerima baik buruk anda. Ternyata wanita masih boleh bertoleransi di dalam apa jua perkara. Wanita sering mengalah! Mereka juga lebih penyayang! A’ah, lelaki usah menafikan kerana sifat wanita yang satu ini telah diriwayatkan oleh Rasulullah sendiri sebagai memiliki sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Sebab itu juga lah doa ibu yang lebih berkesan.