Share

Kesempatan bertemu sendiri artis Ratna Rashidi, yang berfokus pada botani dan chinoiserie termasuk burung tempatan yang terancam dengan gaya realisme dalam lukisannya.

Ratna akan berkongsi ilmu di dalam dunia melukis menggunakan cat air. Sebagian dari acara ini akan ditonjolkan, bagaimana teknik dasar melukis dengan cat air dipraktikkan. Ratna akan mendemonstrasikan dan membimbing peserta dalam melukis cawan teh dari paket lukisan yang dibekalkan dan dapat dibawa pulang.

Mengimbas kembali perjalanan Ratna di dalam dunia seni, dia bermula pada usia matang, 46 tahun selepas membuat keputusan meninggalkan kerjaya. Ratna mengembangkan kemahiran melukis menggunakan cat air pada awalnya dan mengajar dirinya sendiri melukis menggunakan cat minyak semasa pandemik.

Tea & Talk Session 2 bersama Ratna Rashidi ini berlangsung di Bisou Bake Shop IOI City Mall. Aktiviti melukis dipantau semestinya oleh Ratna Rashidi sendiri. Dia memperkenalkan teknik asas lukisan cat air dengan fokus pada melukis cawan teh yang cantik.

Sesuai untuk pelukis baharu, Ratna akan menunjukkan dan membimbing peserta untuk melukis cawan teh mereka sendiri. Semua kit lukisan boleh dibawa pulang termasuk templat cawan teh yang telah dicetak di atas kertas cat air, berus dan titik cat bergred profesional.

Sajian ringan juga disediakan Oleh Bisou Bake Shop dan semestinya anda peluang untuk bertemu dan berbual dengan tetamu-tetamu sealiran lain.