PENULIS: NADYA
Musim perayaan pastinya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti, daripada makan malam bersama keluarga, percutian hujung tahun hinggalah menerima tetamu di rumah. Untuk menjadikan rutin harian lebih mudah dan praktikal, Dyson memperkenalkan empat pilihan produk menarik yang sesuai dijadikan hadiah untuk orang tersayang atau sebagai hadiah istimewa untuk diri sendiri. Daripada penjagaan rambut hingga peralatan pembersihan rumah, setiap produk direka untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih mudah, selesa dan efisien.
Bagi mereka yang gemar tampil kemas tetapi mempunyai masa persiapan yang terhad, Dyson Airstrait™ menjadi pilihan menarik untuk upgrade rutin penggayaan rambut. Kini hadir dalam warna Plum dan Copper edisi hadiah terhad, diinspirasikan daripada batu permata Kyawthuite yang sangat jarang ditemui, peranti ini mampu meluruskan rambut daripada basah ke kering menggunakan aliran udara tanpa hot plate. Ia membantu menghasilkan rambut yang lembut dan licin dengan 2 kali ganda kilauan, tanpa kerosakan haba, selain menjimatkan sehingga lapan minit setiap sesi penggayaan. Produk ini ditawarkan pada harga runcit RM2,599.
Untuk mereka yang gemar melancong, Dyson Supersonic™ Travel Hair Dryer pula menawarkan kemudahan penggayaan rambut dalam saiz lebih kompak. Ia 32% lebih kecil dan 25% lebih ringan berbanding Dyson Supersonic™ asal, menjadikannya lebih mudah dibawa dalam beg perjalanan. Dilengkapi kawalan haba pintar untuk membantu melindungi rambut daripada kerosakan haba ekstrem serta voltan universal yang menyesuaikan dengan destinasi berbeza, ia sesuai untuk mengekalkan rutin penjagaan rambut ketika bercuti. Produk ini dijual pada harga runcit RM1,499.
Bagi mereka yang sering menerima tetamu atau ingin memastikan lantai rumah sentiasa bersih, Dyson Clean+Wash Hygiene menawarkan penyelesaian pembersihan lantai yang lebih praktikal. Ia mampu menyedut kotoran dan membersihkan tumpahan basah dalam satu langkah, tanpa perlu menyedut habuk terlebih dahulu. Roller mikrofiber sentiasa diperbaharui dengan air bersih ketika proses pembersihan, membantu menghasilkan lantai yang cepat kering dan bebas kesan streak. Dengan reka bentuk yang boleh diratakan sehingga 113mm untuk membersihkan kawasan bawah perabot, fungsi pembersihan kendiri serta dock pengeringan udara panas 85°C, ia ditawarkan pada harga RM2,699.
Selepas musim perayaan berakhir, Dyson V10 Optic™ Cordless Vacuum pula menjadi teman ideal untuk memastikan rumah kembali bersih dan segar. Dilengkapi Fluffy Optic™ cleaner head yang membantu menampakkan habuk dan kotoran halus yang sukar dilihat pada lantai keras, ia menawarkan kuasa sedutan 150 air watts serta sistem penapisan tertutup yang menangkap 99.99% zarah mikroskopik. Sama ada untuk membersihkan rumah selepas majlis atau mengekalkan kebersihan sepanjang tahun, ia merupakan pilihan praktikal untuk rutin harian. Dyson V10 Optic™ ditawarkan pada harga runcit RM2,499. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai promosi terkini Dyson, layari dyson.my/promotions. Pelanggan juga boleh menikmati penghantaran percuma seluruh Malaysia serta mengunjungi Dyson Store untuk mencuba produk sebelum membuat pembelian.








COMMENTS ARE CLOSED