PENULIS: NADYA
Musim perayaan pastinya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti, daripada makan malam bersama keluarga, percutian hujung tahun hinggalah menerima tetamu di rumah. Untuk menjadikan rutin harian lebih mudah dan praktikal, Dyson memperkenalkan empat pilihan produk menarik yang sesuai dijadikan hadiah untuk orang tersayang atau sebagai hadiah istimewa untuk diri sendiri. Daripada penjagaan rambut hingga peralatan pembersihan rumah, setiap produk direka untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih mudah, selesa dan efisien.

