Share

PENULIS: FAIZAL YUNOS

Minggu ini, kita masih lagi kita di sekitar sesi pemilihan warna terbaik untuk ruang kediaman sendiri. Dalam soal pemilihan warna seelok-eloknya kita kembali ke asas dahulu. Ini bagi memudahkan kita menyesuai padan segala aspek dalam kediaman terutama kesesuaian warna di antara elemen dekorasi yang lain. Jadi apa lagi yang perlu kita ambil perhatian?

  1. Suai Padan Karakter Penghuni.

Kini ramai di kalangan kita, yang bukan sahaja mempunyai anak istimewa seperti Autism. Begitu juga yang menjaga ibu bapa yang sakit mahu pun sudah tua. Ada juga yang mempunyai sikap panas baran dan gangguan emosi. Jadi pemilihan warna yang serasi sedikit sebanyak membantu merangsang karakter mereka ke  arah positif lagi menyihatkan.

Adakala rona  pudar atau pastel mampu memberi kesan rasa senang dan selesa kita  dalah sebuah kediaman. Malah bagi kediaman ruang terhad, ia membantu menjadikan ruang lebih selesa dan luas. Jadi tolak ke tepi dahulu warna kegemaran anda. Sebaliknya tumpukan kepada keperluan domestik anda dan apa yang anda mahu daripada sebuah ruang.

  1. Kawasan yang mahu dicat.

Ruang tamu, kamar beradu, ruang dapur, ruang makan mempunyai keperluan yang berbeza. Berdasarkan pelan lantai adakala dinding berdekatan kawasan lembab seperti dapur dan kamar mandi boleh menjadikan cat kita berbelak dan berkulat. Jadi langkah-langkah awal sebelum mengecat perlu kita ambil kira.

Elakkan daripada terus memalitkan cat ke dinding. Sebaliknya kikis dahulu cat lama, kemudian lapisan asas berwarna putih bagi serlahkan lagi rona Baharu yang bakal dicat. Andai dinding anda bermasalah, sapukan dulu dengan bahan anti kulat atau lembab. Jangan lupa semak ramalan kaji cuaca sebelum mengecat.

Kini lantai juga boleh dicat bagi menukar mood ruang anda dan pilihan cat mesra kanak-kanak yang boleh dibersihkan kembali sekiranya diconteng mereka. Terdapat juga cat bebas bau dan anti bakteria yang sesuai bagi kanak-kanak. Bahkan cat seumpama ini juga sesuai bagi yang mempunyai alahan dan sebagainya.

  1. Kumpul-Kumpul Sample

Selain membelek katalog, jangan malas untuk mencari sample visual untuk menjadi rujkukan anda. Pun begitu anda perlu ingat, carilah sample visual yang sama dengan jenis kediaman anda. Ini bagi membantu anda  mendapatkan contoh yang realistik.

Anda juga boleh membeli beberapa warna cat dalam tin kecil bagi tujuan sample. Catkan pada board atau dinding dan pilih biasan warna yang paling sesuai serta berkenan di hati. Biar pun sekadar warna putih, kini terdapat banyak biasan putih yang anda boleh pilih seperti putih gading, putih susu, almond, merpati, isi epal hijau dan lain-lain. Sila lihat ke katagori Shades Of White jika ada mahu bermain dengan biasan rona lain tetapi masih mahu ruang tampil cerah bersih.

CUIT – CUIT : Minggu depan kita ke pilihan warna semula jadi.