PENULIS: NADYA
Kecantikan bukan sekadar tentang penampilan, tetapi turut merangkumi keyakinan diri, kesejahteraan dan bagaimana kita menghargai diri sendiri. Mengangkat inspirasi ini, Isetan Kuala Lumpur memperkenalkan Isetan Beauty Fest 2026, sebuah festival kecantikan istimewa yang meraikan 140 tahun warisan Isetan di Jepun dengan pelbagai pengalaman menarik buat peminat dunia kecantikan.
Berlangsung dari 13 hingga 29 November 2026 di Isetan KLCC dan Isetan The Gardens, festival sulung ini menghimpunkan 100 produk kecantikan ikonik menerusi pameran khas Wall of Fame. Pengunjung berpeluang meneroka pelbagai pilihan produk merangkumi penjagaan kulit, kosmetik, penjagaan rambut dan wangian daripada jenama kecantikan terkenal di peringkat antarabangsa.
Antara jenama yang mencuri perhatian termasuk Burberry Beauty, Chantecaille, Clarins, Estée Lauder, Hermès Beauty, Lancôme, La Prairie, NARS, Shiseido dan SK-II. Setiap jenama membawa keunikan tersendiri menerusi inovasi, kepakaran serta warisan yang telah membentuk industri kecantikan dunia. Pastinya, ini menjadi peluang menarik untuk mengenali produk kecantikan ikonik dan mendapatkan inspirasi penjagaan diri mengikut keperluan masing-masing.
Menariknya, Isetan Beauty Fest 2026 turut mengetengahkan tema “Seni Menjadi Cantik Luar & Dalam”, yang membawa perspektif bahawa kecantikan sebenar tidak hanya tertumpu kepada kulit yang sihat atau solekan sempurna. Sebaliknya, ia turut berkait rapat dengan kesejahteraan, keyakinan diri, fesyen dan gaya hidup sihat. Melengkapkan pengalaman festival ini, Isetan WELLife turut menampilkan 10 produk terlaris daripada kategori kecantikan, penjagaan diri dan kesejahteraan sebagai inspirasi untuk mengamalkan rutin penjagaan diri yang lebih holistik.
Penganjuran festival ini juga cukup bermakna bersempena ulang tahun ke-140 Isetan, yang terus membawa nilai kualiti, perkhidmatan dan inovasi dalam memenuhi keperluan pelanggan. Menerusi mesej ulang tahun “WAKU WAKU Untuk ANDA”, Isetan meraikan keterujaan dan kegembiraan dalam setiap pengalaman membeli-belah sambil mengekalkan identiti serta warisan Jepunnya. Jadi, jika anda peminat kecantikan dan ingin meneroka pelbagai jenama serta produk ikonik, jangan lepaskan peluang mengunjungi Isetan Beauty Fest 2026 di Isetan KLCC atau Isetan The Gardens sehingga 29 November ini.








COMMENTS ARE CLOSED