Terlalu sibuk dengan urusan kerja dan keluarga sehari-hari membuatkan kamu jarang ke salon. Kadang-kadang kamu memerlukan bantuan yang pantas dan cekap.
Batiste semestinya memberi jalan penyelesaian mudah buat kamu bekerjaya. Memang rangkaian produk Batiste dicipta untuk kamu yang menjalani kehidupan sibuk. Pastinya Batiste mampu menjadi teman setia kamu menjalani kehidupan sehari-hari.
Saat kulit kepala mula berminyak, dapatkan bantuan Batiste yang mampu menyerap lebihan minyak. Berfungsi sebagai syampu dan hebatnya, ia tidak memerlukan air. Sesuai buat semua jenis rambut dan warna, produk ini sangat mudah digunakan sendiri.
Selain itu Batiste memberi volum pada rambut. Malah boleh dijadikan semburan untuk menggayakan rambut juga. Mudah di bawa ke mana-mana untuk dipakai di dalam kereta, pejabat atau di dalam tas tangan.
RANGKAIAN PRODUK BATISTE
Floral & Flirty Blush: paling laris di pasaran, mudah menyembur dengan kesegaran semula jadi dan rambut lebih bertekstur.
Fruity & Cheeky Cherry: diperkaya bau-bauan cherry yang memberi haruman segar pada rambut. Pastinya lebih bertekstur dan terurus.
Clean & Classic Original: menjadikan rambut lebih bersih, segar dan bertekstur cantik.
A Hint of Colour Divine Dark: menjadikan akar rambut baru yang ditumbuh uban sebati hitam juga rambut tampak lebih segar.
Show-Stopping Heavenly Volume: volume rambut lebih besar dari syampu kering lain dengan menambah kesegaran rambut.
TIGA LANGKAH MENGGUNAKAN BATISTE:
- Goncang & Sembur pada hujung rambut.
- Urut menggunakan jari jemari.
- Berus & gayakan rambut.
Hey, apa kata Michael Poh, Batiste Malaysia Brand Spokeperson:
BLUSH bersama Wangian Floral & Flirty
Half & Half. Separuh di atas dan separuh di bawah, biasanya rambut ini digayakan di permaidani merah namun apa salahnya nak melaram sesekali. Langkah Penggayaan:
- Pastikan rambut kering; gayakan ketika rambut kerinting atau lurus. Lakukan pembahagia horizontal rambut dari telinga.
- Tinggikan rambut atas dan sisir dengan sikat seinci dari akar ke bawah rambut (setahu saya secara zig zag).
- Guna Batiste Blush Dry Shampoo untuk tambah body dan tekstur ketika menggayakannya. Sembur di hujung akar rambut dan sikat arah bertentangan.
- Kemaskan rambut dan kemaskan dengan mengepit enam bobby pins.
- Sembur sekali lagi Batiste Blush Dry Shampoo di akar rambut untuk kuatkan bobby pins. Gaya ini ringkas tapi menggoda.
ORIGINAL bersama Wangian Clean & Classic
Blow out! Tampak kamu seperti baru keluar dari salon dengan rambut yang kemas di blowout. Mudah sahaja melakukannya:
- Basuh rambut dan lap dengan tuala kering, cukup agar tidak basah meleleh jatuh.
- Asingkan rambut dua bahagian. Kalau rajin bahagikan enam untuk impak lebih dan bergantung juga pada panjang atau pendek rambut.
- Mulakan bahagian belakang, bermula dari bawah ke atas. Ambil berus dan angkat rambut 90 darjah dan mulakan sehingga hujung rambut.
- Keringkan dengan pemanas diarahkan tepat ke rambut. Pastikan di hujung rambut berombak sedikit.
- Setelah semua bahagian rambut di blow, sembur akan rambut dengan Batiste Original Dry Shampoo seolah-olah kamu menyuntik rambut dengan volume.
- Akhir sekali uruskan rambut dengan hujung jari dan voila!
CHERRY bersama Wangian Fruity & Cheeky
Vintage Pin Curls. Oin beralun untuk penampilan lebih istimewa dan glamor. Cara menggayakannya:
- Letak gel pada bahagian akar rambut.
- Simpulkan rambut dengan jari dengan anggaran mahu rambut beralun seperti yang kamu mahukan.
- Kerinting kamu buat tadi diletakkan pada akar rambut dengan bobby pin. Sembur Batiste Cherry Dry Shampoo agar cengkaman pin lebih kukuh.
- Ulang langkah tadi pada semua ahagia rambut.
- Biarkan rambut kering. Lebih lama dibiarkan lebih kerinting rambutmu.
- Lepaskan pin rambut dan nikmati gaya rambut berinspirasi retro kamu itu.
KEISTIMEWAAN BATISTE
Sebagai web editor (glam.my) dan blogger (www.marinimz.com), memang banyak undangan perlu dipenuhi dan Batiste menjadi sahabat terbaik saya akhir-akhir ini. Pendek kata setiap hari kamu boleh memilih untuk memulakan hari dengan Batiste dan memilih salah satunya.
Setiap Batiste mempunyai keistimewaan tersendiri dari segi bau, tekstur dan volum. Kadang-kadang terlalu sibuk untuk menguruskan rambut, saya jarang punya kesempatan mewarna akar rambut. Saya paling menggemari Batiste Divine Dark kerana mudah menyorok putih rambut dan mendapatkan rambut lebih volume.
Batiste Cherry pula pasti menyinar hari saya. Memulakan Monday blues contohnya, saya lebih gemarkan bau-bau menyenangkan seperti Cherry. Andai ada acara dan kamu mahu berdandan sendiri di rumah, Batiste Blush pasti membantu menggayakan rambutmu.
Harganya pun berpatutan, RM31.70 (200ml) dan RM10 (50ml). Rangkaian Batiste boleh dibeli di Guardian. Untuk dapatkan maklumat lanjut boleh layari http://www.batistehair.com/