Share

PENULIS: MAXEVAN

Audio drama: DAKAPAN SENJA AIDILFITRI

Penerbit: Abrar Sanusi

Penerbit Eksekutif: Ayyu Wahid

Penulis Skrip: Marini Mat Zain

Siaran: Nasional.fm & Salam.fm

Tayangan: 2 Mei 2022 (1 syawal 1443H)

Masa: 12:15 T/Hari (Nasional.fm) & 11:15malam (Salam.fm)

Episod: 1 episod

Pelakon audio/suara: Amerul Affendi, Isaac Shahril, Ilham Irfan Halim & Azmeer Hamzah.

SINOPSIS

Audio drama ini berkisar tentang kisah seorang peniaga bernama Kamel. Ekoran pandemik COVID-19 , kematian dua insan tercinta iaitu isteri dan ibunya, memberi kesan drastik kepada kemerosotan perniagaan Kamel. Dia kini tinggal bersama anaknya Izzat yang berusia lapan tahun. Sebelum ini dia merupakan seorang peniaga yang berjaya walaupun sepanjang hidupnya lalai dan tidak pernah beribadah kepada yang Maha Esa. Anaknya Izzat yang masih kecil itu sering menasihatinya namun tidak diendahkan. Selain itu dia dikejar oleh Ahlong kerana berhutang. Asbab kecewa, dan sering diganggu Ahlong, emosinya sangat terganggu. Dia hampir menggantung diri. Dalam keadaan semua serba tidak kena, Izzat memberikannya kekuatan untuk berubah. Kamel sebenarnya mengalami kemurungan akibat trauma kehilangan Izzat. Dia tidak dapat menerima hakikat kehilangan anak lelakinya akibat banjir besar di musim covid-19 berlaku tahun lalu.

Kamel teringat akan janji terakhirnya pada arwah anaknya Izzat, dia mahu menjaga solatnya. Dia berpegang pada janjinya untuk berubah. Dengan bantuan jiran yang sering diabaikannya dulu, hutang Kamel diselesaikan dan dia mula bangkit serta berubah menjadi lebih baik.

Dari kiri: Ilham Irfan Halim, Azmeer Hamzah, Isaac Shahril & Amerul Affendi

DRAMA RADIO DAKAPAN SENJA AIDILFITRI

‘Dakapan Senja Aidilfitri’ merupakan sebuah audio drama khas sempena Hari Raya Aidilfitri 2022 hasil karya Marini Mat Zain, yang telah di siarkan ke corong radio Nasional.fm & Salam.fm pada 1 Syawal 1443H (2 Mei 2022) jam 12:15 T/Hari di Nasional.fm & 11:15 malam di Salam.fm. Kemudian, audio drama ini ke ruang udara semula secara ulangan pada 3 Syawal 1443H di radio Nasional.fm jam 12:15 T/Hari manakala jam 12:15 T/malam pada 4 Syawal 1443H.

Antara barisan pelakon yang terpilih sebagai watak utama adalah Amerul Affendi (Kamel), adik Isaac Shahril (Izzat), Azmeer Hamzah (SIAPA?) dan Ilham Irfan (Ahlong). Empat individu berbakat ini telah berjaya merangkul watak utama sebagai protagonis dan antagonis. Majoriti peserta yang terlibat di dalam audio drama ini berlatar belakangkan dari dunia seni lakonan dan suara latar.

Sumber MMZ: Ilham Irfan Halim

Salah seorang talent daripada komuniti @dramanovela, Ilham Irfan Halim telah berjaya dipilih sebagai salah seorang pelakon drama radio terbitan Jakim, dengan membawa watak Ahlong. “Saya rasa terharu dan sudah ada impian untuk meneruskan dalam bidang ini menurut peluang yang ditawarkan penerbit”, kata Ilham dalam sesi temubual ‘online’ bersama wartawan.

Beliau berkongsi bagaimana cara beliau mendapatkan chemistery bersama watak lain  untuk memhidupkan watak tersebut dengan melalui flashback dan meneliti cara pergaulan mereka. Beliau juga menyatakan pernah terdedah dengan industri perfileman dan pernah berlakon bersama para artis tempatan sewaktu arwah ayahnya mengarahkan telefilem dan drama. “…kalau ada watak ganas atau gembira, lakonan saya pun akan seiiring bersama berdasarkan kesesuaian”, katanya lagi dalam sesi temubual tersebut.

Sumber MMZ: Ilham Irfan Halim

Selain itu, beliau juga pernah mengikuti aktiviti-aktiviti bersama kenalan sekolah dan komuniti untuk meningkatkan keyakinan dan kemahiran untuk get along bersama mereka. Setelah menceburi bidang ini, beliau dapat mengenal pasti kelebihan yang ada pada diri dan amat bersyukur dengan segala kurniaan yang Maha-Esa. “…dengan kemahiran yang ada, saya akan sentiasa teruskan dan mencari segala peluang yang wujud dalam bidang yang diminati,” jelas beliau dalam sesi temubual yang dijalankan.

Allah SWT telah mengaturkan segala rezeki dalam kehidupan kita. Beliau menjelaskan bahawa rezeki Allah itu luas dan tidak salah untuk mencuba. Di dunia ini sentiasa ada peluang untuk anak-anak muda menceburi apa jua bidang yang diminati, selagi ia tidak melanggar hukum syarak. “Kalau sudah cuba plan A sedaya upaya, tetapi tiada peluang yang ditawarkan, masih ada pilihan untuk mereka. Samada untuk teruskan dengan plan tersebut atau move on ke plan seterusnya”. “We’re not living in small world nor we have limitations to try something we always dream of.” Harapannya untuk anak-anak muda diluar sana.