PENULIS: NADYA
Kita mengenakan pakaian hampir sepanjang hari, tidak kira untuk bekerja, melancong, bersantai atau melakukan rutin harian. Justeru, pemilihan pakaian yang selesa amat penting kerana ia bukan sahaja mempengaruhi pergerakan dan keselesaan fizikal, malah memberi kesan kepada keyakinan diri serta emosi sepanjang hari. Pakaian yang tepat membantu kita bergerak lebih bebas, fokus dengan aktiviti, dan menikmati setiap momen tanpa rasa terganggu.
UNIQLO kembali dengan koleksi Spring/Summer 2026 LifeWear yang menampilkan konsep “Intelligent Simplicity”, mengangkat gaya ringkas yang praktikal untuk kehidupan seharian. Koleksi ini direka khas untuk cuaca panas dengan fokus kepada keselesaan, potongan santai dan material ringan—sesuai untuk gaya hidup moden yang sentiasa bergerak.
Untuk musim bunga, tema Urban Rome mengetengahkan pakaian versatil yang sesuai digayakan dari bandar ke percutian. Antara item utama termasuk jaket ringan, denim, seluar paras buku lali dan polo rajut dalam palet warna yang lebih matang, diserikan dengan sentuhan warna segar untuk penampilan yang kemas tetapi tidak terlalu formal.
Sementara itu, Amalfi Coast membawa mood musim panas yang lebih ceria dan santai, diinspirasikan oleh suasana pesisir pantai. Fabrik linen dan kapas menjadi pilihan utama bagi memberikan keselesaan maksimum, digabungkan dengan warna-warna cerah seperti kuning dan oren yang menaikkan seri gaya kasual musim panas.
Melengkapkan koleksi ini ialah rangkaian denim baharu, pakaian dengan perlindungan UV, cermin mata hitam bergaya, serta UT graphic T-shirt dan UNIQLO C oleh Clare Waight Keller. Kesemuanya mencerminkan identiti UNIQLO sebagai jenama LifeWear yang menawarkan gaya ringkas, mudah digayakan dan relevan untuk dipakai setiap hari.











COMMENTS ARE CLOSED