Share

Catatan hari ini…

 

Aku punya bermacam-macam rancangan untuk tahun ini. Jalan aku mahu terbuka luas dan aku sedang menyusurinya kini. April sering menjadi bulan paling bertuah buat aku. Masih aku ingat, hari pertama aku bertugas di Malaysia Airlines dulu pada tarikh hari lahirku, 3 April. Lupa pula kala bertugas di Karangkraf, tapi masuk Berita Publishing juga pada hujung April. Masuk Astro pula menjelang April.

 

Tahun ini aku tertunggu-tunggu April menjengah. Mahu memulakan destinasi baru pada pertengahan April dan April tahun ini juga aku ingin beberapa perkara berlaku selain ulang tahunku. Insya-Allah! Hm, dirasakan masa sudah terlalu suntuk dan sudah-sudahlah saat enjoy. Banyak sangat bulan madu dalam kehidupan, nanti keciciran semua. “Kotak Hitam”… Mereka sedang menantiku. Tunggu!?! Aku kan datang…

 

Fasa kehidupan yang menguja. Kalau dulu asalnya kerja dalam perakaunan (MAS), aku bertukar kerja ke penulis majalah (Karangkraf, Berita Publishing dan Astro). Kini aku menghabiskan tempoh sebulan sebagai Penolong Editor majalah sebelum meninggalkan dunia Media. Aku tetap menulis tetapi bukan sebagai orang Media lagi. Pertukaran kali ini nyata bukan asing bagiku. Malah jadi pengalaman berharga dalam hidup. Rasa tak percaya pun ada. Pelik? Mendebarkan? Ke mana aku nak pergi biarlah aku simpan sampai pertengahan April.

 

Sudah-sudahlah spekulasi aku pergi majalah A, majalah B, majalah C. ya?