PENULIS: MAXEVAN
Selaras dengan matlamat Hari Mencuci Tangan Sedunia (Global Handwashing Day – GHD) yang diadakan pada 15 Oktober 2022, program yang diadakan ini bertujuan untuk memperkasakan amalan mencuci tangan dengan baik dalam kalangan murid sekolah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Selain bertujuan untuk berkongsi kemahiran mencuci tangan bersama dengan guru-guru KEMAS, matlamat utama program ini juga adalah untuk membolehkan mereka mengajarkan kemahiran tersebut kepada murid.
Unilever Malaysia melalui Lifebuoy telah bekerjasama dengan Guardian untuk menyumbangkan kit kebersihan yang mengandungi barangan keperluan harian seperti buku panduan Lifebuoy C Untuk Cuci tangan, Pencuci Tangan Antibakteria dan Sabun Buku Lifebuoy, serta tisu basah antibakteria daripada Guardian kepada Tabika KEMAS. Ini bagi menggalakkan penjagaan kebersihan tangan yang baik disamping dapat membantu meminimumkan risiko jangkitan dalam kalangan murid sekolah. Program ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Asri Bin Saleh, Pengarah KEMAS Wilayah Persekutuan, Cik. Lenny Chuah, Ketua Penjagaan Peribadi Malaysia, Singapura, Thailand (MYSGTH) & Ketua Unilever Malaysia dan Cik. Jessica Barnabas, Ketua Jabatan Penjagaan Peribadi, Guardian Malaysia.Lenny Chuah, Ketua Penjagaan Peribadi Malaysia, Singapura, Thailand (MYSGTH) & Ketua Unilever Malaysia berkata, “Sebagai sebuah syarikat yang mengutamakan aspek utama dalam meningkatkan kesihatan dan kebersihan bagi tujuan melindungi nyawa dan kehidupan, Unilever melalui Lifebuoy Malaysia berharap agar pelancaran program “C Untuk Cuci Tangan: Train the Trainers” dapat memberikan pandangan dan perspektif yang berharga untuk memperkasakan pendidikan kebersihan tangan dalam kalangan murid sekolah. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan KEMAS dan Guardian untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan kanak-kanak prasekolah tentang kepentingan mencuci tangan bagi mengelakkan penyebaran kuman. Selaras dengan tujuan kami untuk menyelamatkan nyawa, program kami akan memperkasakan ibu dengan kesedaran, pengetahuan dan maklumat berkaitan bagi membantu memastikan anak-anak mereka kekal sihat.
“Bagi menguatkan sokongan terhadap Matlamat Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertujuan untuk memacu perubahan tingkah laku positif terhadap amalan kebersihan tangan dalam kalangan kanak-kanak, Lifebuoy telah mencipta lagu tema Mari Lebih Sihat! yang dinyanyikan dalam bahasa tempatan daripada pelbagai kumpulan etnik di negara kita bagi mewujudkan pendidikan kebersihan yang paling inklusif di Malaysia. Pada masa ini, fasa kedua inisiatif Mari Lebih Sihat akan meneruskan matlamat ini untuk memacu perubahan tingkah laku mencuci tangan dalam kalangan kanak-kanak.”
Lenny Chuah berkongsi, “Lifebuoy percaya bahawa memberikan pemahaman dan menyemai kepentingan membangunkan amalan kebersihan tangan sepanjang hayat dalam kalangan kanak-kanak adalah pendekatan terbaik untuk mencegah penularan penyakit berjangkit di sekolah. Sejak bermulanya program jangkauan Lifebuoy pada tahun 2015 di seluruh Malaysia, program kami telah memanfaatkan 536,113 kanak-kanak berumur 4 hingga 9 tahun. Didorong oleh tujuan yang lebih besar, kami ingin membantu 1 juta orang mengamalkan amalan mencuci tangan yang baik menjelang 2025.
Yang Berusaha Tuan Asri Bin Saleh, Pengarah KEMAS Wilayah Persekutuan berkongsi, “Kementerian Pembangunan Luar Bandar melalui KEMAS sentiasa menitikberatkan aspek kebersihan dan keselamatan diri dalam kalangan murid KEMAS. KEMAS amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pihak swasta dalam menjalankan program mencuci tangan sebegini. Sebagai contoh, guru yang menjalani latihan yang ditawarkan oleh Lifebuoy Malaysia akan dapat membimbing murid-murid sekolah tentang cara yang betul untuk mencuci tangan dengan lebih cekap.
“Selain itu, kit kebersihan yang disumbangkan Lifebuoy dan Guardian akan membantu membentuk minda kelas pertama dalam penekanan terhadap aspek kebersihan diri dalam kalangan murid prasekolah. Dengan peningkatan penyakit tangan-kaki-dan-mulut (HFMD), para murid akan diingatkan untuk menggunakan kit kebersihan yang terdapat di kawasan sekolah untuk menjaga kebersihan tangan dari semasa ke semasa. Secara keseluruhannya, ini adalah merupakan salah satu contoh yang baik dimana kerjasama awam-swasta dapat memastikan persekitaran yang lebih sihat dan bersih untuk generasi masa hadapan kita.”
Lifebuoy tetap komited terhadap aspek inovasi dalam produknya demi meningkatkan usaha untuk melawan kuman. Baru-baru ini, Lifebuoy turut memperkenalkan varian produk Lifebuoy Fresh Coconut Water & Mint Antibacterial Bodywash dan Lifebuoy Lemon Fresh Antibacterial Handwash. Usaha ini memainkan peranan penting untuk merealisasikan visi Lifebuoy untuk membantu komuniti kekal selamat, segar dan bersih.
SUMBER: Jeslyn Teh, Associate Executive Edelman Malaysia