Share

Ya, kamu boleh menikmati lima sajian enak cef Adam Liaw di sekitar Lembah Klang dari trak makanan Mission Foods. Ada lima menu wrap yang mengambil inspirasi resipi tempatan kerana cef Adam sendiri biasa didedahkan dengan sajian Malaysia. Dan, dia yakin kamu akan sangat menyukai rasanya.

Cef Adam Liaw diterbangkan khusus bertemu kami dalam pelancaran The Little Red Food Truck yang dibawakan oleh Mission Foods Malaysia yang terkenal mengeluarkan flatbreads dan tortilla chips. Semestinya lima resipi ini terbit menggunakan produk Mission Foods iaitu wraps dan naan.

IMG_2930 IMG_2929 IMG_2928

Lima menu enak ini terdiri dari Laksa Fried Chicken Wrap dengan Pineapple Salsa, Beef Bulgogi Kimchi Wrap, Coconut Prawn Wrap dengan Spicy Tamarind Mayonnaise, Lamb Shank Rendang dengan Sweet Radish Achar dan Roast Carrot Hummus dengan Avocado Wrap buat mereka yang vegetarian.

Anak kelahiran Malaysia ini memenangi Masterchef Australia musim kedua dan mendatap rating tontonan paling tinggi sehingga hari ini. Kini menjadi hos rancangan sendiri di SBS, Destination Flavour dan memiliki tiga buku best-selling—Two Asian Kitchens, Asian After Work dan Adam’s Big Pot.

IMG_2918 IMG_2936 IMG_2933

“Saya biasa dengan sajian Malaysia malah masih ada keluarga menetap di sini. Semestinya projek ini sangat mengujakan. Saya mentakrifkan sendiri rasa sebenar sajian klasik di Malaysia. Saya yakin warga Malaysia boleh menerima kelainan rasa yang saya terapkan ini,” ujarnya penuh yakin.

Wraps atau naan keluaran Mission Foods pula antara produk wajib ada di rumah. Dalam bulan Ramadan ini mudah untuk kamu menyediakan menu sahur yang ringkas, balut dan sedia untuk makan. Boleh dibeli di trak makanan sama.

Brand Manger of Mission Foods for Asia Pacific_Randall Tan and Master Chef Adam Liaw Looking Excited in the New Truck  copy Master Chef Adam Liaw Smiles Happily with the Team Behind the Little Red Food Truck The Little Red Food Truck_Ready to make its rounds for 15 June 2015 copy

Saya paling suka Lamb Shank Rendang dengan Sweet Radish Achar, rasanya sangat.. sangat… sangat.. yummeh… Untuk mencuba lima menu enak ini, dapatkan jadual trak makanan ini di www.facebook.com/missionfoodsmalaysia okay. Nanti beritahu yang mana satu kesukaan kamu?