Panjang cerita saya dengan Jakel dan berkunjung ke Jakel Mall membangkitkan beberapa kenangan. Saya belajar menjahit dengan emak guna kain Jakel. Pernah juga mendandan Aaron Aziz pada sesi fotografi Billboard Astro sempena Hari Raya menggunakan persalinan Jakel. Hari ini saya di Jakel Mall ini kerana acara Gempak Raya Bersama Jakel 2015.
Meriah sungguh perkarangan Jakel Mall, Persiaran Capsquare, KL ini diserbu pengunjung. Bermula pada 13 Jun telah diadakan diskaun besar-besaran sehinggalah 16 Julai 2015. Ada juga pemberian Baju Melayu Percuma buat 500 pelanggan terawal tetapi tertakluk pada terma dan syarat.
Hari ini pula, 20 Jun, lebih istimewa kerana Jakel Mall menerima kunjungan dutanya Aaron Aziz, Rozita Che Wan dan Nabil Ahmad. Upin dan Ipin juga ada koleksi pakaian mereka sendiri hadir dengan sahabat mereka Rykarl dan Mia Sara.
Sementara menantikan kehadiran tamu-tamu istimewa ini, pengacara dan pelawak Dee sempat beramah mesra dengan pengunjung yang setia menunggu. Memang hari ini harga menjunam akan diumumkan sendiri oleh duta-duta yang hadir. Harga istimewa itu hanya akan ditawarkan selama 10 sehingga 15 minit sahaja setelah pengumuman dibuat. Sebelum itu, Jakel turut bermurah hati memberi hadiah kepada pengunjung yang berjaya memberi jawapan pada soalan-soalan diberikan Dee.
Kehadiran tetamu istimewa memeriahkan lagi suasana. Aaron Aziz kacak berbaju Melayu kuning, Cik Ta manis dengan baju kurung moden hijau lengkap dengan hijab Ariani dan Nabil Ahmad tampil berbaju melayu dua tona serba merah.
Rozita Che Wan menyuntik ilham buat 39 rekaan baju kurung yang dipasarkan Jakel. Aaron dan Nabil juga memberikan ilham buat baju Melayu mereka yang kini juga berada di Singapura dan Indonesia. Permintaan menggalakkan ini memberi isyarat Jakel kini semakin mara.
Setiap tahun Jakel akan meningkatkan kualiti produksi dengan mencari material terbaik. Jahitannya pula lebih halus dan teliti. Material digunakan pada tahun ini lebih sejuk sepanjang hari dan tidak menyerap peluh. Ternyata sesuai untuk disarung pada Hari Raya saat sibuk menyambut tetamu atau berkunjung ke rumah terbuka.
Hari ini cukup bertuah buat pengunjung yang mendapat harga junam daripada Aaron Aziz. Baju Melayunya yang berharga RM299 diturunkan sehingga RM150 untuk tempoh 15 minit. Selain itu, pelanggan yang membeli-belah hari itu diberi kesempatan bertemu secara eksklusif dengan duta-duta Jakel di sesi tandatangan.
Mereka baru sahaja pulang bertemu pelanggan Jakel di Kota Bharu, Kelantan dan akan meneruskan tour mereka ke Johor dan Shah Alam. Kalau bertuah, kamu juga berpeluang menikmati pengalaman kami hari ini di Jakel Mall, KL. Apa salahnya membuat persiapan awal agar kamu lebih fokus untuk menikmati Ramadan sepenuhnya.
Memang puas berkunjung ke Jakel Mall, kerana semua yang dicari ada di sini. Lantai bawah ada fabrik washable, fabrik baju melayu, fabrik polos, fabrik polyester, baju melayu siap, sarong batik, kain pelikat, telekong dan sejadah. Naik ke tingkat satu ada banyak fabrik seperti sutera washable, baju melayu, songket, kapas bercorak, manik, viscose, sutera bercorak dan sampin tenun.
Naik tingkat dua untuk cari fabrik sut dan kemeja, sampin songket, fabrik linen, baju kemeja siap, fabrik berjenama, sutera Itali, songket tenung Terengganu, fabrik baju melayu, renda Perancis, batik eksklusif Terengganu, border lace, bermacam sutera dan banyak lagi yang boleh dikatakan syurga kepada pereka fesyen.
Tingkat tiga pula meletakkan fabrik Lycra, varian pilihan langsir dan hiasan dalaman, perabot dan aksesori buat langsir. Naik tingkat lima ada pakaian siap lelaki dan wanita, lagi baju kurung, jubah dan baju melayu. Untuk seri kediaman di Hari Raya boleh lah ke tingkat lima yang menempatkan permaidani dan perabot.
Dengan matlamat ‘Satu Cabang, Satu Negara’ kini Jakel Trading memiliki 20 cawangan diseluruh Malaysia. aJangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Jakel berdekatan kamu. Betul lah, ingat kain ingat Jakel.










































