Semalam bersengkang mata menemani kakak menunggu kelahiran cucu pertamanya. Seronok kami berkampung di penjuru ruang legar bilik bersalin. Hendak masuk tidak dibenarkan kerana jam sudah menunjukkan angka 12 malam. Saat itu juga kakitangan di Hospital Ampang menjemput kami meraikan Hari Ibu. Mereka sesama sendiri memotong kek dan menyediakan beberapa sajian ringkas. Aw, so sweet!
Menjelang 1.30 pagi kami menerima berita kelahiran bayi lelaki. Bertambahlah ahli keluarga kami yang sedia besar ini. Tanggal 10 Mei pastinya diraikan setiap tahun. Happy Birthday! Semestinya buat anak buah saya, ini pengalaman sulung buatnya. Cucu sulung kakak nombor dua saya dari anak sulungnya. Anak sulung lelaki yang rancangnya diberi nama Adam. Tidak dinafikan setiap kelahiran tidak mengira anak sulung, kedua, ketiga dan seterusnya memberi banyak makna pada ahli keluarga.
Menyedari hakikat ikatan ibu dan anak sebagai hubungan semula jadi paling erat, jenama lampin pakai buang no 1 Malaysia, Drypers melancarkan kempen Moms of Malaysia untuk menyampaikan mesej kepada ibu-ibu seluruh negara bukan sekadar meraikan peristiwa besar, tetapi juga menghargai detik-detik harian bersama anak. Dalam erti kata lain, setiap hari ialah Hari Ibu!
“Setiap ibu ada definisi tersendiri bagi detik hebat bersama bayi mereka. Ia adalah interaksi unik antara ibu dan anak yang menjadikan sesuatu detik itu begitu bermakna. Tugasan harian penting seperti memandikan bayi atau menukar lampin adalah peluang untuk saling bercinta dan belajar bersama. Inilah teras kempen Drypers Moms of Malaysia,” kata Pengarah Pemasaran SCA Hygiene Marketing Malaysia Sdn Bhd, Evelyn Chan.
Bagi menghargai pelanggan setianya, Drypers menubuhkan kelab online Drypers Baby Club pada 2014 dengan keahlian meningkat sebanyak 100,000 ahli semuanya. Kelab ini adalah satu-satunya komuniti seumpamanya dan dijangkakan ahli akan meningkat setiap tahun.
Ibu bapa boleh menyertai Drypers Baby Club dengan mendaftarkan diri secara online di laman www.drypers.com.my atau daftar sahaja semasa acara kempen berlangsung.
Sesuai buat ibu bapa baru yang sedang belajar menjaga bayi, ahli-ahli akan berkongsi tip dan saling menasihati untuk menjadi ibu bapa terbaik. Ahli juga bakal menikmati program ganjaran Drypers Point Shop yang membolehkan mereka mengutip mata menerusi pembelian produk Drypers dan kemudian menebusnya dengan alat mainan menyeronokkan dan berbentuk pendidikan.
Pelancaran juga menyaksikan penyokong Drypers Moms of Malaysia dan bakal ibu, Elaine Daly berada di atas pentas bersama selebriti ibu, Aishah Sinclair dan Dr Jezamine Lim Iskander untuk berbual mesra mengenai detik dan pengalaman berharga dilalui mereka sepanjang bergelar ibu.
Seiring semangat kempen, 200 foto berserta judul yang merakamkan aksi ibu-ibu Malaysia berkongsi detik istimewa bersama bayi mereka turut dipaparkan di atas pintu gerbang masuk berbentuk hati.
Ibu-ibu digalakkan membawa si kecil mereka dan menyertai aktiviti dianjurkan sepanjang acara Drypers Moms of Malaysia, termasuk menaiki belon untuk anak kecil dan aneka permainan lain yang menawarkan peluang memenangi pelbagai hadiah Drypers. Pelanggan yang membeli produk Drypers juga layak menerima pelbagai hadiah menarik, termasuk menyertai sesi fotografi khas bersama anak mereka.
Maklumat lanjut mengenai kempen Drypers Moms of Malaysia boleh diperoleh di laman Facebook Drypers Malaysia, https://www.facebook.com/DrypersMY