Share

Semasa usia masih muda remaja atau memang dilahirkan kulit sedia cantik, semua perkataan tegang, anjal dan putih itu hanya sipi-sipi dipendengaran. Tetapi akhir-akhir ini dah usia bertambah setahun lagi dan percutian pulau jadi hobi terbaru, barulah tahu hendak mengambil berat soal kulit tubuh.

nivea

Okay, semasa di pulau losen perlindungan UV paling berkuasa tinggi digunakan. Balik ke rumah kamu jangan fikir matahari di kepala sehari-hari memanah kulitmu itu tidak memberi apa-apa kesan. Bagaimana pula kamu memelihara kulit tubuh sehari-hari?

Baru-baru ni saya menerima bingkisan Nivea dan undangan ke majlis perasmian kempen terbaru Flaunt it. Fair and Firm yang betujuan mencipta kesedaran bahawa bukan pakaian yang digayakan perlu diberi keutamaan sebaliknya kulit yang cerah dan tegang juga turut membantu memberi imejan penampilan terbaik.

IMG_1915

Oh, dan cerah tu tidaklah bermaksud menukarkan kulit hitam jadi putih melampau tetapi orang kata mengembalikan kesegaran kulit kamu yang terdedah pada sinar mentari. Cerah kulit lah sikit. Tetapi ia mengandungi Vitamin C dengan 95% ketulenan bagi membantu menjadikan kulit cerah dalam tempoh 14 hari. Kini anda boleh mendapatkan kulit yang lebih cerah dan tegang menerusi satu aplikasi sahaja.

Paling penting rangkaian Nivea Whitening & Firming Body baharu menggabungkan teknologi penegangan Q10 Nivea ke dalam formulasinya. Q10 merupakan koenzim kepunyaan kulit yang hebat. Ia memastikan pembekalan tenaga kepada sel kulit, membantu dalam proses antikedutan, antioksidan dan menggalakkan tenaga sel bagi memberikan ketegangan kepada kulit.

Nivea (21)

“Sejak lebih 100 tahun, kami sentiasa berada di barisan hadapan dalam inovasi penjagaan kulit dan berterusan berkongsi kepakaran yang menjadi kelebihan kami iaitu dengan penciptaan solusi penjagaan kulit badan bagi memenuhi keperluan pengguna yang kian berkembang. Pelancaran rangkaian Body Care baharu ini di Malaysia menandakan satu lagi kejayaan terhadap pencapaian inovasi yang membanggakan serta buat para pengguna kami!” ujar Pengurus Serantau Beiersdorf Malaysia & Singapura, Ng Hock Guan.

 

Pertunjukan fesyen menampilkan aksi model memperagakan busana cut-out sebagai simbolik fesyen dan kecantikan berjalan seiringan. Kemuncak acara adalah penampilan Adam Saaks, diterbangkan dari Amerika Syarikat untuk membuat persembahan secara langsung. Adam Saaks terkenal dengan persembahan potongan baju dengan gelaran The Master Shredder dan Adam Scissor Hands.

Nivea (5)

“Saya amat berbesar hati kerana diberi peluang menjadi sebahagian daripada kolaborasi unik ini. Saya juga percaya bahawa adalah penting bagi wanita untuk berasa yakin dengan kulit mereka. Apabila mereka meyakini diri dan kulit masing-masing, maka terciptalah penegasan terhebat yang mampu menghidupkan apa jua fesyen yang digayakan. Kulit yang cerah dan tegang sangat penting dalam menonjolkan helaian cut-out,” jelas Adam saat diminta untuk berkongsi pendapatnya berhubung kolaborasi unik di antara kulit yang cerah dan tegang bersama fesyen cut-out.

Untuk keterangan dan maklumat lanjut berkenaan kempen ini, para pengguna bolehlah melayari laman Facebook NIVEA Malaysia di https://www.facebook.com/mynivea atau saluran YouTube NIVEA Malaysia bagi menonton perjalanan Kempen Flaunt It. Fair & Firm melibatkan Adam Saaks, Yasmin Hani dan Emely Poon di https://www.youtube.com/user/MalaysiaNIVEA. Rangkaian NIVEA Whitening and Firming kini boleh didapati di semua farmasi, pasar raya besar, pasar raya, pasar mini dan kedai runcit terpilih di seluruh negara.

NIVEA whitening & Firming Range

RANGKAIAN NIVEA WHITENING & FIRMING KINI TERDAPAT DALAM 3 PILIHAN:

Rangkaian NIVEA Extra White Firming Body

–           NIVEA Extra White Firming Body Serum 70ml dijual pada harga RM9.50

–           NIVEA Extra White Firming Body Serum 180ml dijual pada harga RM20.90

–           NIVEA Extra White Firming Body Serum 320ml dijual pada harga RM25.90

–           NIVEA Extra White Firming Body Lotion 125ml dijual pada harga RM10.50

–           NIVEA Extra White Firming Body Lotion 250ml dijual pada harga RM18.90

–           NIVEA Extra White Firming Body Lotion 400ml dijual pada harga RM25.30

 

Rangkaian NIVEA Instant White Firming Body

–           NIVEA Instant White Firming Body Serum 70ml dijual pada harga RM9.50

–           NIVEA Instant White Firming Body Serum 180ml dijual pada harga RM20.90

–           NIVEA Instant White Firming Body Serum 320ml dijual pada harga RM25.90

–           NIVEA Instant White Firming Body Lotion 100ml dijual pada harga RM10.50

–           NIVEA Instant White Firming Body Lotion 200ml dijual pada harga RM18.90

–           NIVEA Instant White Firming Body Lotion 400ml dijual pada harga RM25.30

 

Rangkaian NIVEA Anti-Age Firming Body

–           NIVEA Anti-Age Firming Body Serum 70ml dijual pada harga RM9.50

–           NIVEA Anti-Age Firming Body Serum 180ml dijual pada harga RM20.90

–           NIVEA Anti-Age Firming Body Serum 320ml dijual pada harga RM25.90