Share

Tahun ini banyak perkara tidak terduga berlaku yang diluar jangkaan saya sama sekali. Rezeki 2015 agaknya apabila novel pertama saya lahir pada bulan hari jadi saya iaitu April. Padahal saya hanya fokus menulis untuk majalah, skrip drama dan iklan TV. Paling terkesan adalah drama Fajar Di Bukhara ini yang akhirnya diadaptasi ke dalam bentuk novel. Saat menulis entri ini novel Fajar Di Bukhara baru sahaja enam hari di Pesta Buku Antarabangsa, PWTC. Seperti bermimpi dirasakan!

Menulis nakshah Fajar Di Bukhara ke bentuk novel tidak sukar bagi saya kerana saya memang penulis majalah malah bercita-cita asal mahu menjadi novelis. Cerpen-cerpen saya sering diterbitkan di dalam majalah sejak dulu. Cuma belum berkesempatan menghasilkan novel sendiri kerana kesibukan kerja sebagai. Setelah kembali bebas dari dunia penerbitan (saya bukan lagi editor majalah), barulah impiannya itu tercapai. Saya kini menyertai Hong Leong Group, begitupun akan tetap menulis karya-karya yang berkualiti, berilmiah dan memberi pengajaran kepada pembaca/penonton.

Novel Fajar Di Bukhara amat istimewa kerana dekat dengan hati saya dan saya jamin pasti mampu menyentuh hati semua pembaca dan penonton. Saat mendapat sinopsis daripada penerbit iaitu Aquila Emas, saya mudah sahaja merangka jalan ceritanya 13 episod ini kerana kisahnya dekat dengan diri saya sendiri. Setelah itu pihak RTM menyarankan ditambah lagi sehingga 26 episod keseluruhannya.

Fajar Di Bukhara menerapkan kisah cinta wanita berusia dengan lelaki 15 tahun lebih muda. Saat Humairah positif dan memberi contoh kisah cinta dan contoh perkahwinan Siti Khadijah dan Rasulullah, dia ditertawakan semua orang. Betapa kesalnya dia kerana bukankah seluruh kisah Rasulullah, isteri-isteri serta sahabat Rasul adalah contoh untuk umat manusia? Bukan sekadar berkahwin empat sahaja perlu dicontohi.humairah

fahim

citra

Jadi sayabanyak menerapkan contoh-contoh lain yang sering disisihakan masyarakat kerana terlalu mengikut hokum alam. Contohnya soal ‘Anak ikan’ kah dilabelkan kepada lelaki yang lebih muda yang berdampingan dengan wanita berusia. Bagaimana pula label perkahwinan Rasulullah dan Siti Khadijah?

Watak Fahim pula melambangkan peribadi lelaki yang tidak malu mengaku kesalahan dan bertanggungjawab membetulkan kesilapan selain saat taat kepada ibunya. Citra pula seorang wanita yang terlalu baik peribadinya dan setia dengan hatinya. Semestinya kisah Humairah, Citra dan Fahim diharapkan mampu mengubah persepsi negatif di kalangan masyarakat terhadap cinta perbezaan usia dan sebagainya.

Penceritaan berlatarbelakang Uzbekistan dan Malaysia ini turut menyelitkan beberapa hadith yang diriwayatkan Imam Bukhari RA yang lahir di bumi Bukhara. Sambil membaca, Jun akan datang pula pembaca boleh menonton Fajar Di Bukhara di kaca TV (bulan Ramadan) dan berpeluang menyertai kuiz dan bakal memenangi hadiah-hadiah lumayan termasuk tiket penerbangan ke Uzbekistan.Sekitar majlis pelancaran dan perjanjian penerbitan novel Fajar Di Bukhara.

syarizan Aquila Emas

puan rohaida october

Pada 23 April 2015, bersempena dengan Minggu Pesta Buku Antarabangsa di PWTC, pihak produksi Aquila Emas dengan usahasama dengan October@Aksara Aira Media telah melancarkan novel yang diinspirasikan dari penerbitan drama TV Fajar Di Bukhara.

Menurut Pengarah Urusan Aquila Emas, Syarizan Md Isa, penerbitan novel yang diterjemahkan dari cilem cereka atau drama TV adalah perkara lazim di luar Negara. Namun begitu dalam konteks industry penulisan kreatif di Malaysia, ianya masih baru dan jarang dilakukan.

“Hasrat menerbitkan novel ini muncul kerana penerbitan drama TV ‘Fajar Di Bukhara’ merupakan projek istimewa pernah diterbitkan Aquila Emas. Setelah berbincang dengan Puan Rohaida dan Puan Ramzul Hani dari October, mereka bersetuju untuk menerbitkan dan memasarkan novel Fajar Di Bukhara.”

penulis Marini Mat Zain

penulis

“Saya dan penerbit eksekutif Zizan Nin amat berterima kasih kepada pihak October kerana telah merealisasikan hasrat kami untuk menerbitkan novel Fajar Di Bukhara. Saya juga berterima kasih kepada penulis novel dan skrip drama TV Fajar Di Bukhara iaitu Marini Mat Zain kerana telah bertungkus lumus menyiapkan naskhah tersebut dalam tempoh yang terhad,” katanya lagi.

Menurut Zizan Nin pula, penerbitan novel ini amat signifikan kerana idea asal dan konsep penceritaannya adalah cetusan idea daripadanya dan Syarizan. “Idea penceritaan Fajar Di Bukhara tercetus pada 2011. Akhirnya dapat direalisasikan dalam bentuk drama TV serta novel pada 2015. Ianya adalah satu komitmen dan usaha yang panjang dan berterusan untuk mengharungi halangan dan cabaran yang dilalui selama ini,” sambung Zizan Nin lagi.

Aquila Emas n October

sesi bertemu pembaca PWTC

bersama pembaca 2

Pihak October pula yakin novel ini akan mendapat sambutan dan sokongan dari peminat novel tanah air. Detik 1 Mei sesi bertemu penulis dan pelakon berlangsung di Pesta Buku Antarabangsa, PWTC.

“Kami berterima kasih kepada Aquila Emas kerana sedia bekerjasama dan memberi peluang kepada October menerbitkan novel Fajar Di Bukhara ini. Kami berharap usahasama ini akan berterusan untuk beberapa novel lagi,” kata Rohaida Abdul Rahman, Pengurus Besar October.

Novel Fajar Di Bukhara kini boleh didapati di semua kedai buku terpilih di Kuala Lumpur dan Selanor. Pembaca juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa dengan penyertai kuiz yang terdapat di dalam novel.

Drama bersiri Fajar Di Bukhara pula akan dilancarkan pada 29 Mei 2015 dan bakal dihadiri penaja utama seperti Uzbekistan Airways, The Federal Kuala Lumpur dan banyak lagi. Pelakon membintagi drama bersiri 26 episod ini terdiri daripada Maria Farida (Humairah), Azrel Ismail (Fahim), Ainul Aishah (Citra), Sasha Saidin (Jasmine) dan Zizan Nin (Duan). Juga memperkenalkan Aziza Halilova sebagai Nargiza, pelakon dan penyanyi dari Uzbekistan.