Pantas waktu berlalu tingga kurang lebih dua minggu lagi untuk meraikan hari Lebaran. Perjalanan pulang ke kampung pun sudah dirancang. Tiket penerbangan, kereta api atau bas juga sudah dibeli. Mana yang mahu pulang memandu, kenderaan pun sudah diselenggara. Baju Raya?
Saat merancang pulang ke kampung pasti kenangan zaman kanak-kanak mengimbau kembali di ingatan. Bagaimana kemeriahan menyambut Aidilfitri bersama teman sekampung, riuh dengan tawa riang. Suasana sebegitu dihadirkan semula dalam koleksi Baru Raya terbaru gandingan Emma Ma’embong, Liyana Jasmay dan pereka fesyen Melinda Looi.
“Sudah menjadi impian semua gadis mahu mereka koleksi pakaiannya sendiri. Saya sangat teruja apabila Melinda Looi mempelawa saya bekerjasama mereka koleksi Baju Raya, lebih-lebih lagi ianya kerja amal,” ujar Emma Ma’embong dengan koleksinya yang digelar emel x Emma Maembong.
Sentimen sama ditunjukkan Liyana Jasmay yang telah mengenali Melinda Looi sekian lama dengan koleksinyanya dinamakan Emel x Liyana Jasmay.
“Sejak dahulu, Hari Raya mengembalikan ingatan kepada teman-teman yang teruja dengan perjalanan mereka pulang ke kampung. Jadi saya sering mengaitkan Raya dengan perjalanan (journey). Kedatangan Raya pada saya adalah sambutan penuh warna—Dengan warna-warni kampung, bunga, kanak-kanak, ketupat dan pakaian,” ujar Melinda Looi.
Dengan kombinasi Journey dan Colours, kempen kali ini membawa kita semua mengimbau kenangan lalu. Berlatarkan balon udara dan kemah Swiss Dream Circus, bertepatan sekali dengan tema koleksi kali ini yang penuh keseronokkan dan penuh warna.
Koleksi kali ini mengenengahkan art deco, rona metalik dan lines dengan sentuhan selebriti dan pereka fesyen. Liyana Jasmay dengan tona pastal, memperlihatkan pretty pinks, baby blues, lilac dan kelabu lembut. Emma pula memilih warna lebih menonjol seperti hijau, merah, coklat dan ungu.
Tempahan telah dibukan 19 May lalu dan boleh juga dibeli di www.zalora.com.my , www.zalora.sg , www.lazada.my, www.fashionvalet.com dan juga di www.emelbymelindalooi.com …Boleh juga berkunjung ke butiknya yang terletak di Bangsar.





























