PENULIS: MAXEVAN
Syarikat ini telah melancarkan beberapa aktiviti baharu yang menyokong inisiatif sedia ada termasuk tawaran produk edisi terhad untuk membantu membiayai rawatan kanser payudara di Ethiopia dan menyumbang kepada program kedermawanan global.
Sebagai peneraju dan pencipta dalam kategori produk kecantikan bulu mata, bulu kening dan rambut yang canggih, RevitaLash(R) Cosmetics bermula dengan kisah dimana seorang suami memberikan hadiah sebagai tanda kasih kepada isterinya tercinta yang menghidap kanser payudara. Hari ini, syarikat yang diketuai oleh pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Michael Brinkenhoff, M.D., terus menghargai warisan mendiang isteri Dr. Brinkenhoff.
Kebetulan pula Pengasas Bersama RevitaLash(R) Cosmetics, Gayle Brinkenhoff, juga telah didiagnosis dengan kanser payudara metastatik pada usia 32 tahun. Pasukan ini berdedikasi untuk memperluaskan jalinan kasih sayang dan sokongan kepada mereka yang terjejas akibat penyakit ini melalui inisiatif Pink Program tahunannya.
Pink Program 2022 memberi fokus terhadap usaha-usaha menyokong Inisiatif Kanser Payudara Ethiopia yang dinamakan City of Hope. Program ini telah melakukan pemeriksaan dan rawatan kanser payudara yang diwujudkan untuk wanita Ethiopia, wilayah yang pada masa ini mempunyai kadar kematian tertinggi di dunia.
Inisiatif ini akan membantu membiayai program rintis pendidikan kejururawatan bagi melatih 20–30 orang jururawat, dengan hasrat untuk meningkat dan berkembang menjadi program latihan untuk jurulatih di 12 buah negara Afrika sub-Sahara, yang akhirnya bakal menjangkau kira-kira 360 orang jururawat.
Program ini akan turut ditumpukan kepada pembangunan kapasiti patologi dengan matlamat untuk menambah baik diagnosis dan rawatan kanser payudara oleh para juruteknologi makmal dan penyedia perkhidmatan yang memproses serta menganalisis tisu. Ia juga untuk memperkasakan rawatan kanser payudara di sebuah hospital di Hawassa, Ethiopia, yang memberikan perkhidmatan kepada 23 juta orang.
“Melalui pengembangan Pink Program pada tahun ini, kami berbesar hati kerana berpeluang memberikan impak yang lebih besar berbanding sebelum ini. Sebagai sebuah jenama global di lebih 70 buah negara, penting bagi kami membantu dalam mengubah keadaan pesakit kanser payudara di Ethiopia dengan kesan serupa yang turut dirasai di seluruh dunia,” kata Dariel Sidney, Naib Presiden Kedermawanan yang juga merupakan anak perempuan sulung kepada Gayle Brinkenhoff.
Katanya lagi sebagai sebuah aktiviti amal yang unik di hati, seluruh keluarga RevitaLash Cosmetics bersemangat untuk memperbaiki secara langsung, kehidupan mereka yang menghadapi diagnosis yang sukar dan akhirnya membasmi kanser payudara. Melalui kerjasama dengan organisasi yang luar biasa seperti City of Hope, pihak mereka dapat bersama-sama berusaha untuk merealisasikan visi yang dikongsi bersama, tentang dunia tanpa kanser payudara.
Mulai 1 September hingga 31 Oktober 2022, produk yang memenangi anugerah ini akan diletakkan ke dalam sarung tangan berwarna merah jambu premium bagi meraikan aktiviti amal tersebut. Untuk setiap jualan Pink Sleeve RevitaLash(R) Advanced (3.5mL/2.0mL) dan RevitaBrow(R) Advanced (3.0 mL), syarikat akan mendermakan $2 kepada Simposium Kanser Payudara City of Hope tahunan serta yayasan kanser payudara lain di seluruh dunia dengan jumlah derma maksimum sebanyak $140,000.
City of Hope ialah salah sebuah organisasi rawatan dan penyelidikan kanser yang terbesar di Amerika Syarikat. Tawaran edisi terhad ini boleh didapati di spa, salun dan peruncit khusus terpilih serta secara dalam talian di revitalash.com, bermula 1 September.
SUMBER: RevitaLash Cosmetics & PR Newswire