Share

PENULIS:MAXEVAN

Resorts World Cruises ialah sebuah jenama pelayaran mewah yang baru ditubuhkan, kaya dengan warisan Asia. Menawarkan gaya hidup dinamik pelayaran peribadi dengan pengalaman antarabangsa yang pelbagai. Ia bertujuan untuk mentakrifkan semula pengalaman pelayaran dengan menyediakan pelbagai tawaran yang menarik dan unik, pelbagai jenis penginapan, termasuk penginapan mewah bertaraf dunia.

Dengan sukacitanya dimaklumkan, sejak 18 Julai 2022, bermulanya pelabuhan dwi pertama di rantau antara Singapura dan Pelabuhan Klang. Kurang daripada sebulan selepas kapal ini beroperasi, Resorts World Cruises telah menerima lebih 40,000 tempahan tetamu yang disahkan sehingga akhir tahun ini.

Pelayaran pergi-balik untuk 3 Malam ini semakin popular dalam kalangan pelancong khususnya yang berlepas dari Malaysia. Pelayaran 3 malam akan melalui Kapal Genting Dream dari Pelabuhan Klang ke Pulau Pinang dan pelayaran 2 Malam pula dari Pelabuhan Klang ke Singapura  Pelayaran 3 Malam mewakili lebih 50% tempahan yang akan berlepas dari Pelabuhan Klang.

 

Tawaran Resort Wolrd Cruise

Selain Pelayaran 3 Malam ke Pulau Pinang dan Singapura yang berlepas setiap hari Isnin, para pelancong juga boleh memilih pelayaran 2 Malam pergi dan balik ke Singapura yang berlepas dari Pelabuhan Klang. Pelayaran ini berlepas pada setiap hari Khamis dan Sabtu, dan pakej bermula daripada RM 599.00 untuk setiap orang, tertakluk kepada terma dan syarat. Resorts World Cruises juga akan menawarkan pelayaran sehala, yang merupakan salah satu alternatif kepada perjalanan udara dan darat untuk berjuta-juta pelancong antara ke Singapura dan ke Kuala Lumpur.

Kapal persiaran Genting Dream, ‘A Resort Cruising at Sea’ menyediakan pelbagai tawaran menarik yang telah termasuk sebahagian daripada tawaran dan pakej pelayaran, seperti, makan malam percuma sepanjang hari yang menampilkan hidangan berkonsepkan antarabangsa dan Asia, serta penyediaan sudut snek kegemaran untuk dinikmati sepanjang hari.

 

Sebagai Kapal Pesiaran ‘Mesra Halal’ yang mengikuti Standard OIC/SMIIC* Pertama di Dunia, pengembara atau pelancong Muslim akan mendapat akses kepada makanan dan minuman yang halal, khusus di restoran The Lido, yang turut menyediakan masakan vegetarian dan Jain. Ruang solat juga turut disediakan di atas kapal untuk kemudahan tetamu yang beragama Islam.

Tawaran inklusif lain yang menarik juga disediakan untuk tetamu termasuk persembahan pentas antarabangsa yang menakjubkan dan tayangan filem di teater Zodiac berkapasiti 1,000 tempat duduk, taman tema air di laut dengan kolam dan 6 gelongsor air, laluan tali dan ziplines, ‘rock climbing’, penyediaan aktiviti rekreasi untuk seisi keluarga dan banyak lagi.

Resorts World Cruises juga menawarkan pelbagai jenis pilihan penginapan yang menarik di atas kapal dengan perkhidmatan terbaik mengikut kelasnya yang tersendiri. Antara pilihan penginapan yang disediakan menampilkan, Interior Staterooms, Oceanview, Balcony staterooms dan suite mewah, “The Palace” – ‘sebuah kapal-dalam-kapal’ bertemakan peribadi dengan kemudahan eksklusif, termasuk perkhidmatan butler tersendiri selama 24 jam dengan gaya Eropah.

Para tetamu yang menaiki Resorts World Cruises boleh merasai percutian yang selamat dan selesa, kerana aspek keselamatan dan kesejahteraan para tetamu dan anak kapal adalah menjadi keutamaan dalam setiap pelayaran. Semua kru dan tetamu pelayaran diwajibkan untuk menerima vaksin COVID-19 sepenuhnya untuk melindungi kesihatan diri dan semua penumpang, . Sehari sebelum berlepas, para tetamu juga perlu menjalani Ujian Pantas Antigen (ART) di pusat atau klinik perubatan yang bertauliah sebelum menaiki kapal dan berlayar.

Kenyataan pemiik Resorts World Cruises

 

Encik Michael Goh, Presiden Resorts World Cruises

Presiden Resorts World Cruises, Encik Michael Goh, amat gembira dengan sambutan positif yang menggalakkan daripada pasaran Malaysia dan teruja untuk melihat begitu ramai rakyat Malaysia yang memilih untuk berlayar bersama Genting Dream dari Pelabuhan Klang. Ramai rakyat Malaysia mengambil peluang dan memanfaatkan kemudahan akses untuk menerokai percutian pelayaran tersebut.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia, pihak berkuasa tempatan, rakan perniagaan dan rakan industri pelancongannya di atas sokongan yang berterusan dalam mempromosikan Pelabuhan Klang sebagai salah satu pelabuhan (‘homeport’) dan juga sebagai destinasi unggul.

Resorts World Cruises telah menerajui untuk memilih Pelabuhan Klang sebagai salah satu pelabuhan asalnya. Ianya akan terus memainkan peranan penting dalam memberi sumbangan ke arah pertumbuhan kedua-dua sektor pelancongan pelayaran tersebut samada domestik mahupun serantau.