PENULIS: NADYA
Kolaborasi fesyen yang dinanti-nantikan akhirnya tiba—UNIQLO berganding bahu dengan pereka wanita terkenal dari Denmark, Cecilie Bahnsen, untuk koleksi Spring/Summer 2026 yang penuh sentuhan romantik dan elegan.
Dilancarkan pada 22 Mei, koleksi ini membawa nafas baharu kepada konsep LifeWear dengan gabungan gaya feminin yang lembut serta keselesaan yang menjadi identiti UNIQLO.
Mengangkat tema “Shapes of Poetry”, koleksi ini menampilkan rekaan yang menggabungkan kehalusan seni Cecilie Bahnsen dengan material berkualiti tinggi yang sinonim dengan UNIQLO. Setiap helaian direka untuk dipakai setiap hari, dengan fokus kepada keselesaan tanpa mengorbankan gaya. Elemen ikonik seperti motif bunga, lengan kembang, serta perincian frill dan shirring menjadikan setiap pakaian tampak moden tetapi tetap timeless.
Lebih menarik, kolaborasi ini turut memperkenalkan koleksi pertama Cecilie Bahnsen untuk kanak-kanak perempuan. Diinspirasikan daripada pengalaman beliau sebagai seorang ibu, koleksi ini menampilkan rekaan comel seperti gaun, T-shirt dan skort yang praktikal serta selesa dipakai. Ia juga direka agar boleh dipadankan bersama koleksi dewasa, mewujudkan gaya sedondon yang manis antara ibu dan anak.
Secara keseluruhannya, kolaborasi UNIQLO dan Cecilie Bahnsen ini berjaya menyatukan elemen feminin moden dengan fungsi harian. Dengan penggunaan fabrik seperti kapas berkualiti tinggi dan material elastik, setiap rekaan bukan sahaja cantik dipandang, tetapi juga praktikal untuk gaya hidup seharian. Koleksi ini pastinya menjadi pilihan buat mereka yang ingin tampil anggun dengan sentuhan romantik dalam gaya harian.










COMMENTS ARE CLOSED