Share

PENULIS: FAIZAL YUNOS

Ramai di kalangan kita lebih selesa memilih rona natural sebagai  latar bagi ruang kediaman. Ia bukan sahaja ever green malah mudah pula disuai padan dengan rona lain . Terutama apabila kita berhajat untuk menukar hiasan dan kemasan lembut kediaman sempena hari istimewa. Hari raya misalnya! Jadi tidak perlulah cat keseluruhan kediaman saban tahun. Anda hanya tukar aksesori dan kemasan lembut. Tapi apakah katagori rona natural yang boleh kita pilih? Minggu ini kita tinjau warna Warm Newtral.

Bercakap soal Warm Newtral kita sudah pasti akan terimbas akan suasana semulajadi hangat. Rona bumi keperangan yang mewah dan indah membangkitkan seri ruang kediaman anda. Pentingnya Warm Newtral juga adalah bagi menampilkan mood mewah, elegan dan klasik tetapi masih ada elemen sezaman atau kontemporari.

“Lihat hamparan padang Savannah di Afrika. Biasan rona perang rona tanah liat kering, pasir dan debu. Kemudian lihat pula kulit binatang liarnya seperti singa, zirafah, gading gajah  dan kijang. Begitu juga lalang serta rumput kering kekuningan dengan biasan yang tersendiri. “

Inspirasi alam semula jadi seperti ini diolahkan oleh pereka bagi mencetuskan rangkaian warna semulajadi hangat atau warm newtral. Anda yang selesa tema Nusantara, Ethnik, Timur Tengah, Moden Kontemporari, Mediterranean atau Amerika Latin, sememangnya cocok untuk memilih rona Warm Newtral. Cuma terpulang pada anda biasan yang mana menjadi pilihan hati.

CUIT-CUIT: Minggu depan kita ke dunia semulajadi dingin. Sediakan baju panas anda!