DAPHNE, jenama kasut yang terkemuka dari Tanah Besar China kini di Sunway Pyramid, Petaling Jaya. Gedung terbaharu ini memperagakan koleksi kasut terbesar Musim Bunga/Panas 2013 dan tas tangan yang menyerlahkan setiap wanita menjadi ikon gaya tersendirinya.
Gedung utama itu direka khas bagi memaparkan konsep jenama DAPHNE yang menyerlahkan ‘approachable fashion’ pada penggemarnya. Gedung tersebut menggambarkan tenaga mesra, feminin, berinspirasi dan beramah melalui ronamerah jambu yang sama dengan logo DAPHNE.
Keluasan butik 1,381 kaki persegi, dibahagikan pada bahagian-bahagian tertentu yang menampilkan pelbagai koleksi kasut—untuk upacara khas seperti perkahwinan, parti, terdapat juga sepatu klasik dan selesa. Boleh juga dipadankan dengan tas-tas tangan yang cukup bergaya dan mendamba perhatian.
DAPHNE yang mewakili gaya dengan kualiti tinggi dan selesa dipakai direka khusus untuk memenuhi kehendak setiap wanita pada setiap masa.
“Dengan sokongan Magnifiques Solutions Sdn Bhd kami berbangga dapat beroperasi di Malaysia, yang cukup terkenal sebagai penganjur festival kasut antarabangsa serta dapat menawarkan pelbagai pilihan kasut yang berkualiti dan bergaya kepada kaum wanita,” ujar Eddie Chen (En. Chen Ying Chieh), Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, DAPHNE INTERNATIONAL HOLDINGS LIMITED pada acara perasmian tempoh hari.
“Keputusan kami untuk menubuhkan DAPHNE di Malaysia menandakan tekad berterusan untuk berada di pasaran yang baru dan mengembangkan jenamanya. Ia sejajar dengan matlamat kami untuk memposisikan DAPHNE sebagai jenama yang berada di ambang tertinggi fesyen dengan bertumpukan kepada keselesaan dan perkhidmatan yang baik,” kata En. Chen lagi.
Berlandaskan kepada konsep jenama DAPHNE, terutamanya ‘Approachable’, ‘Enhanting’ dan pelbagai pilihan, DAPHNE akan memaparkan koleksi Musim Bunga/Panas 2013 yang direka khusus dengan kombinasi elemen fesyen dan gaya hidup untuk mencipta kasut bergaya yang mudah didapati oleh setiap wanita.
DAPHNE, pengeluar kasut terkemuka bangga dengan kepentingan yang diberikan terhadap setiap langkah dalam proses mereka kasut. Kakitangannya merupakan tunjang belakang terhadap inovasi yang canggih terus menyediakan kasut yang selesa setanding dengan fesyen terkini kepada pelanggan.
DAPHNE kini mempunyai lebih daripada 4000 peruncit yang tersebar di sekitar Tanah Besar China dan kini menuju ke pasaran antarabangsa. Pelanggan yang mengunjungi DAPHNE akan menikmati pengalaman membeli-belah unik ketika mereka membuat pilihan dari pelbagai jenis kasut dan tas tangan yang direka khusus memenuhi cita rasa mereka.
Kunjungi DAPHNE di Lot G1. Tingkat Bawah, Pusat Membeli Belah Sunway Pyramid, Petaling Jaya.









