PENULIS: NADYA
Musim panas terasa lebih istimewa apabila setiap helaian pakaian bukan sahaja selesa dipakai, tetapi turut membuatkan kita tampil lebih yakin dan mudah menerima pujian.
Meneruskan kempen Love That yang diperkenalkan pada Mei lalu, Marks & Spencer (M&S) kembali dengan koleksi musim panas terbaharu yang meraikan gaya effortless, keselesaan dan kegembiraan dalam menerima serta memberi pujian. Daripada hujung minggu yang santai, sesi makan tengah hari yang panjang hingga acara bersama insan tersayang, koleksi ini direka untuk melengkapi setiap momen musim panas dengan pilihan fabrik semula jadi yang breathable, tekstur menarik dan siluet timeless yang mudah digayakan dari siang hingga malam.
Bagi wanita, koleksi musim panas M&S menampilkan gabungan gaya feminin dan santai yang sesuai untuk pelbagai acara. Linen Blend High Waisted Belted Shorts (RM229.90) menjadi antara pilihan menarik untuk gaya musim panas kerana potongannya yang tailored tetapi tetap relaxed. Ia mudah dipadankan bersama kemeja atau knitwear ringan untuk penampilan kasual yang kemas. Sementara itu, Round Neck Midaxi Tiered Dress (RM249.90) hadir dengan siluet berlapis dan potongan midaxi yang memberikan pergerakan serta gaya effortless, sesuai untuk brunch, percutian atau acara santai menjelang petang. Untuk suasana malam pula, Satin Cowl Neck Lace Insert Midi Slip Dress menawarkan sentuhan lebih elegan dengan fabrik satin yang fluid dan perincian lace feminin.
Untuk lelaki, M&S mengetengahkan gaya musim panas yang menggabungkan keselesaan, fabrik ringan dan penampilan yang refined. Antara pilihan utama ialah Pure Linen Garment Dye Shirt (RM299.90) yang dipadankan bersama Linen Blend Chino Shorts (RM199.90), menghasilkan gaya santai yang tetap kemas untuk percutian, seaside escape atau hari cerah di bandar. Koleksi ini turut menampilkan Knitted Short Sleeve Shirt, yang memberikan sentuhan tekstur dan siluet kontemporari untuk melengkapkan gaya dari aktiviti siang hingga rancangan makan malam. Dengan penggunaan linen dan fabrik breathable, setiap helaian direka untuk memberikan keselesaan tanpa mengetepikan gaya.
Menerusi Love That, M&S terus meraikan kuasa sebuah pujian kecil dan hubungan yang tercipta daripadanya. Koleksi M&S Summer 2026 membuktikan bahawa gaya yang paling mudah sering menjadi pilihan yang paling kerap kita capai—daripada linen staples hingga dress feminin dan pakaian kasual yang versatile. Jika anda sedang mencari summer fashion yang selesa, timeless dan mudah digayakan, koleksi terbaharu M&S ini sememangnya wajar diberi perhatian. Temui gaya musim panas pilihan anda di M&S secara dalam talian dan di butik terpilih.






