Aroma dari Bath & Body Works semestinya mengundang ketenangan buat kamu yang sentiasa stress dengan kehidupan sehari-hari. Semestinya kamu mendambakan terapi paling mudah dengan menghidu bauan paling enak. Yang mana satukah idaman kalbu?
Koleksi Sweet South Scents merangkumi semua untuk tubuh, tangan dan kediaman. Tubuhmu pastinya mewah dengan wangian feminin Georgia Peach & Sweet Tea, Sheer Cotton & Lemonade dan Sweet Magnolia & Clementine.
Manjakan jemari mu pula dengan Watermelon Lemonade, Georgia Peach, Southern Lemon Chiffon, Savannah Mint Julep, Magnolias & Mimosas dan Bourbon Street Buttercream. Pastinya memelihara tangan kerana seharian bekerja dan di rumah juga kita sering memasang penghawa dingin yang membuat kulit lebih kering.
Okay, pulang ke rumah pula kamu pasti mahukan kediaman segar sentiasa. Tambah cantik dengan lilin dengan aroma yang menyenangkan dari kuntuman buga. Rangkaian ini memaparkan koleksi seperti Lilac Blossom, Praline Pecan Cobbler, Watermelon Lemonade, Beautiful Day, Honeysuckle Sundress, Georgia Peach, Bow Ties & Bourbon dan Veranda Garden.
Koleksi wangian terdapat terhad di Bath & Body Works dengan rangkaian harga RM9 – RM105. Untuk lokasi kedai sila layari http://valiram.com/bath-body-works/store-locator/ hari ini.

















