Ramadan tiba lagi. Sebulan mulia yang sering ditunggu-tunggu dan dirindu. Ketika ini ikatan persaudaraan terjalin lebih erat. Pada Ramadan inilah kita mula merancang untuk berbuka puasa bersama-sama. Tuntutan kerja membataskan waktu, tidak apa jikalau hanya setahun sekali bertemu di bulan mulia ini.
Semestinya anda mula merancang, di manakah paling selesa hendak berbuka. Paling dekat dengan destinasi masing-masing. Paling penting adalah menu paling enak sekali. Sama ada berbuka bersama keluarga, rakan sekerja atau sahabat handai, memang juadah pelbagai variasi menjadi pilihan utama. Saya ada sembilan restoran terpaling hebat dan dijamin memenuhi selera anda.
SELERA WARISAN KAMPUNG
Pilih malam Ramadan anda dengan berbuka di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) dan jadilah orang pertama yang mendaftar. Percaya atau tidak, sebanyqak 300 juadah disajikan untuk pilihan anda. Nasi Kandar Saddam pun ada. Paling sedap tidak terkata adalah aneka masak Lemak Kuning. Sedap sungguh dimakan dengan nasi putih panas-panas dan aneka kerabu dan sambal.
Menu Selera Warisan Kampung yang disediakan semestinya enak-enak belaka. Sebagai ‘early bird’ anda dapat harga istimewa RM108. Bagi anak-anak dan warga emas, tempahlah dengan harga RM73. Harga tempahan biasa adalah RM128.
Bawa seisi keluarga atau raikan seisi pejabat, klien atau perjumpaan sahabat ke WTCKL dan rasai sendiri kemeriahan suasana.
MERENTASI TRADISI: SAJIAN DULU DAN KINI, DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE
Hidangan paling enak, Pulut Sotong, menjadi rebutan. Itulah keistimewaan berbuka yang ada pada Ramadan di DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside. Percayalah, anda pasti ulang makan. Jangan lambat kerana pasti cepat habis.
Sesuai dengan tema ‘Merentasi Tradisi: Sajian Dulu dan Kini’, variasi hidangan disediakan sangat memuaskan hati. Ada aneka hidupan laut, Bubur Lambuk Kampung Baru, aneka didihan Sup Utara, Kambing Panggang Rempah Sangai dan banyak lagi.
Tempahlah segera sebelum terlambat. Sahur bufet pun disediakan di sini. Nikmati sajian seisi keluarga.
AROMA NUSANTARA
Aroma Nusantara menghidangkan segala macam sajian sedap. Semestinya di Sedap Restaurant Pullman KLCC. Seperti tahun-tahun sebelumnya, terdapat tambahan makanan disediakan di ruangan luar bangunan. Antara menu disediakan adalah Sultan Lamb Shank, Ayam Panggang Bazooka, Gear Box, Fried Oyster dan banyak lagi. Menu disajikan segar-segar kesemuanya.
Bagi memulakan kemeriahan menyambut Ramadan, tempah segera tempat anda. Anda boleh tempah sekarang sehingga 1 Mac 2024. Ada sahur bufet juga tau.
MERENTASI TRADISI: SAJIAN DULU DAN KINI, HILTON GARDEN INN PUCHONG
Garden Grille turut meraikan Ramadan dengan sajian ‘Merentasi Tradisi: Sajian Dulu dan Kini’. Bermula 14 Mac sehingga 7 April, semestinya berbuka di sini memuaskan hadi anda. Buatlah tempahan segera untuk menjamu selera bersama keluarga.
Gandingan sajian klasik dan baharu disediakan. Terdapat Kambing Golek, Pecal Salmon Percik Mangga Muda, Nasi Buluh, Telur Itik Lemak Mewangi dan banyak lagi. Tempahlah segera untuk tempat anda.
MERENTASI TRADISI: SAJIAN DULU DAN KINI, DOUBLETREE BY HILTON KUALA LUMPUR
Bagi anda yang pejabat terletak disekitar Kuala Lumpur boleh memasukkan Makan Kitchen di dalam senarai berbuka puasa anda. Bagi penggemar Kambing Golek, Sup Kawah Meletop dan Australian Beef Shank Kerutup, bolehlah berbuka di sini.
Rai Ramadan penuh cita rasa sezaman dari menu Melayu, Cina dan India. Semestinya ibarat anda mengembara jauh. Percayalah, Makan Kitchen pasti tidak mengecewakan anda!
SELERA SERAMBI 2024
Jenguk restoran Lesung di Fairfield Kuala Lumpur untuk berbuka puasa. Selera Serambi 2024 semestinya kena dengan selera kampung anda. Nikmati Temerloh Patin Tempoyak. Pemenang! Antara menu enak di sini, Kambing Kurma Hang Jebat, Sambal Udang Petai, Dukun Sup Tulang dan banyak lagi.
Bagi penggemar satay, perapan dagingnya sangat enak dan lembut di makan. begitu juga pemanis mulut yang sedap-sedap belaka. Andai bawa anak-anak, mereka pasti suka. Bermula 14 Mac sehingga 7 April, buatlah tempahan segera!
NOSTALGIA KG BARU
Nook di Aloft Kuala Lumpur menawarkan hidangan Nostalgia Kg Baru bersama AzfarHeri. Paling enak di sini adalah pilihan Shell Out Station. Mesti tak menyesal. Ada banyak lagi menu pilihan Azfar berinspirasi resipi neneknya Kalsom seperti bubur kacang hijau, pucuk ubi dan petai, sambal tempoyak Kalsom dan banyak lagi.
Bermula 13 Mac sehingga 8 April 2024, aneka sajian dihidangkan dari kambing bakar berempah, nasi lemak kukus pintu gerbang, sup periuk dan banyak lagi.
Buat tempahan hari ini!
CITA RASA KAMPUNG
Siapa rindu Ramadan di kampung. Berbuka puasa di 5 Wells Restaurant, tingkat 2 Courtyard Setia Alam bertemakan ‘Citarasa Kampung’ bermula 12 Mac sehingga 8 April 2024 dari pukul 6.30 petang – 10.30 malam.
Nikmati Goreng-goreng, Satay, Kebab, Kerabu-kerabu, Roti John, Kuih Raya dan variasi Rendang bersama nasi impit, ketupat dan lemang. Kalau hendak menjamu kakitangan anda, inilah tempat paling sesuai.
KAMPUNG NELAYANKU
Bagi anda yang menggemari tradisi dan nostalgia, The Westin Hotel Kuala Lumpur adalah tempat paling sesuai untuk mengimbau kenangan berbuka di kampung halaman. Ada Lala Buloh Masak Pedas, Ikan Keli Cili Hijau dan paling sedap Siput Sedut Masak Cili Api.
Bermula 14 Mac sehingga 7 April, nikmati buka puasa Ramadan al Mubarak penuh tradisi dan nostalgia di The Living Room, The Westin. Menu istimewa dari kampung nelayan akan dipersembahkan dan semuanya enak-enak belaka. Nikmatilah dan segera buat tempahan!