Share

Selain melawa untuk kepuasan sendiri atau menawan hati si dia, kamu juga boleh menyumbang sesuatu untuk menjaga kebajikan wanita dan kanak-kanak di seluruh dunia. Mulakan dahulu di Malaysia bersama Mary Kay.

Sejak 2008 lagi Mary Kay telah membantu mengubah nasib wanita dan kanak-kanak di seluruh dunia menerusi program Beauty That Counts. Tahun ini Mary Kay menyambung tradisi dengan menampilkan dua pengilat bibir NEW limited-edition Beauty That Counts NouriShine Plus Lip Gloss, dua warna Create Change dan In Harmony.

IMG_2610

Kempen ini turut diadakan di Malaysia bermula 16 Mei sehingga 15 Julai 2015. Sebanyak RM3 akan di ambil dari setiap belian pengilat bibir ini dan akan didermakan dan Mary Kay berbangga dapat bekerjasama dengan HOPE Malaysia dan Suriana Welfare Society untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik terutama kanak-kanak yang terhimpit di dalam kemiskinan.

Diharap kanak-kanak ini menerima pendidikan berkualiti dan menjalani kehidupan lebih terjamin setanding dengan masyarakat sekitar. Program berbakti kepada masyarakat ini diadakan adalah sebagai penghormatan kepada Pengasas jenama ini, Mary Kay Ash sendiri yang mempunyai satu falsafah—Before you ever receive the wonderful treasures of a happ life, you must first give.

IMG_2618

Jadi hubungi Beauty Consultant masing-masing untuk membeli pengilat bibir berharga RM58  ini dan jadilah sebahagian individu yang budiman. Pilih mana satu atau beli kedua-duanya sekali —- In Harmony: Cafe au Lait berputar dengan Cream & Sugar dan Create Change: Pink Sateen berputar dengan Berry Tart.

Khasiatnya pula luar biasa, pantas melembap bibir, lembut, melindungi bibir juga memberi kilauan luar biasa. Diperkaya dengan kandungan antioxidant-rich complex yang mewah dengna vitamin dan mineral. Jangan terlambat kerana pengilat bibir ini terhad di pasaran.