PENULIS: NADYA
Safi Malaysia mengambil inisiatif untuk menghasilkan penyelesaian yang menggabungkan perlindungan sunscreen dengan keselesaan dan kelembutan serum, menjadikan rutin penjagaan harian daripada sinaran matahari lebih mudah, selesa dan menyeronokkan.
Safi Perfect White 3X Advance Watery Light Serum Sunscreen diperkaya dengan 100X Vitamin C daripada buah Kakadu Plum dan Niacinamide untuk keberkesanan pencerahan yang lebih tinggi, membantu mengurangkan bintik hitam, kekusaman serta hiperpigmentasi.
Rangkaian ini boleh didapati di semua farmasi dan peruncit kecantikan terkemuka termasuk Watsons, Guardian, dan kedai dalam talian seperti TikTok, Shopee dan Lazada.
Ramai pengguna sering mengabaikan penggunaan sunscreen kerana formulasi asalnya yang tebal, melekit atau berat pada kulit. Oleh itu, Safi Malaysia mengambil inisiatif untuk menghasilkan penyelesaian yang menggabungkan perlindungan sunscreen dengan keselesaan dan kelembutan serum, menjadikan rutin penjagaan harian daripada sinaran matahari lebih mudah, selesa dan menyeronokkan.
Memperkenalkan inovasi terbaharunya, Safi Perfect White 3X Advance Watery Light Serum Sunscreen SPF 50+ PA++++. Menyedari keperluan wanita di Malaysia yang sentiasa terdedah di bawah sinaran matahari, Safi Malaysia telah mencipta inovasi baharu iaitu sunscreen dan primer, 2 dalam 1 berbentuk serum yang menjadikan perlindungan harian daripada sinaran matahari lebih mudah dan selesa.
“Di Safi Malaysia, kami percaya pada usaha untuk memperkasa wanita agar tampil yakin dan cantik dengan kulit semula jadi mereka melalui inovasi yang dipercayai serta diperakui halal,” kata Puan Kazlina Kassim, Pakar Jenama & Tinjauan di Safi Malaysia.
“Kami sedar ramai pengguna mengabaikan penggunaan sunscreen kerana merasakan ia berat atau melekit, sedangkan perlindungan daripada sinaran matahari amat penting untuk kulit yang sihat dan berseri. Oleh itu, kami memperkenalkan Safi Perfect White 3X Advance Watery Light Serum Sunscreen, sunscreen 2 dalam 1 pertama kami yang juga berfungsi sebagai serum dan primer, melindungi, mencerahkan dan melembapkan kulit dengan tekstur seringan udara, membantu setiap wanita melangkah keluar dengan penuh keyakinan di bawah sinaran mentari.”
Safi Perfect White 3X Advance Watery Light Serum Sunscreen, merupakan perlindungan sinar UV yang berbentuk serum pertama daripada Safi, melangkaui rutin penjagaan kulit harian yang biasa dengan keistimewaan berikut:
- 3X Kuasa Pencerahan dengan 100X Vitamin C daripada Kakadu Plum dan Niacinamide untuk membantu mengurangkan tompok hitam dan kekusaman.
- 8X Kuasa Hidrasi dengan Asid Hyaluronik bagi mengunci kelembapan, menegangkan garis halus dan menyegarkan kulit.
- Keselesaan Sepanjang Hari dengan tekstur ringan berasaskan air yang tidak melekit dan tidak terasa berat pada kulit.
- Formula Mesra Solekan yang juga berfungsi sebagai primer bagi memberikan kemasan kulit yang lebih licin dan berseri.
Bijak memilih produk penjagaan kulit semestinya mampu merawat wajah lebih berseri. Cubalah Safi Perfect White 3X Advance Watery Light Serum Sunscreen hari ini agar masalah kulit dapat dirawat sebaiknya.








COMMENTS ARE CLOSED