Share

Lebaran bakal menjelang seminggu lagi, apakah persediaan kamu menyambutnya? Selain berpakaian serba baharu, solekan juga perlu dititikberatkan. Kalau boleh solekan biarlah mampu kekal sepanjang berkunjung ke rumah terbuka. Memperkenalkan Wholly Deep Liner Marker dan Peri’s Ink dari Peripera.

Orang kata paling-paling malas hendak bersolek atau mungkin dalam keadaan tergesa-gesa, tetapi masih mahu kekal kelihatan berwajah sempurna, dua alat solek ini wajib kamu ada. Celak dan gincu bibir! Dalam keadaan hendak cepat kamu perlu mengoles krim pelembap atau krim CC yang nipis. Kemudian lukis celak mata dan sapu nipis gincu dibibir. Itu pun sudah memadai dan kamu sedia untuk pergi.

ELEGAN RAYA

 

Wholly Deep Liner Marker Peripera

Mengekalkan celak di mata selepas berkelip-kelip sepanjang hari dengan berpeluhnya lagi, memang sukar. Bentuk mata juga memainkan peranan. Kalau kamu bermata sepet dan dalam tidak punya kelopak mata, memang satu cabaran buat kamu hendak mengekalkan celak di mata. Kamu pasti kecewa dan rasa nak lukis celak menggunakan marker dakwat kekal agar celak tahan lama.

1. Terang, Jelas & Mirip Garis Marker

Ternyata Wholly Deep Liner Marker umpama jawapan kepada harapanmu itu. Aplikasi mudah kerana ianya celak yang berbentuk mata marker halus. Semestinya lebih mudah, selesa dipegang saat melukis dan pergerakannya sungguh licin kerana hujung berusnya yang elastik atau mudah lentur. Jadi lebih mudah juga buat kamu yang baru hendak belajar memakai celak.

2. Powerful Sweat, Kalis Air, Mudah Dilukis & Dicuci

Solekan mata kekal selama 24 jam selain teksturnya mudah untuk dicuci. Kamu tidak lagi perlu gusar hendak menggosok mata sekuat-kuatnya untuk menanggalkan solekan. Hanya sapuan lembut sudah cukup menanggalkan Wholly Deep Liner Marker ini.

3. Lebih Menonjol & Jelas Hitam Bercelak

Keadaan itu kerana Wholly Deep Liner Marker mengandungi ekstrak Henna. Selain itu celak ini juga mengandungi Gardenia Blue, Gardenia Yellow, Ekstrak Safflower, Ekstrak Daun Moarda Didyma , Ekstrak Daun Peppermint dan Ekstrak Rosemary.

Setelah mengenakan celak, oleskan gincu ke bibir dan semestinya kamu memilih gincu yang paling berkualiti dan tahan lama. Sememangnya tuntutan hidup kita sehari-hari yang semakin sibuk dan mengejar waktu, gincu bibir yang direka untuk kekal lama sangat diperlukan. Peri’s Ink ternyata lebih ringan sehingga kamu bagaikan tidak memakai sebarang gincu dibibir. Walaupun kamu telah makan, minum dan berbual-bual dengan teman, bibirmu kekal munggil, merah merona dan kelihatan lembap seolah-olah baru memakai gincu.

ELEGAN RAYA di

Menangi Hadiah Elegan Raya Bersama Peripera

Kami mencari 3 pemenang hadiah Wholly Deep Liner & Peri’s Ink bernilai RM 106 setiap seorang

Jangan lepaskan peluang untuk memenangi produk Peripera dengan cara berikut;

  1. Like Elegan fan page di facebook.com/eleganblog
  2. Like Peripera facebook di pautan facebook.com/periperamalaysia
  3. Share entri ini di media sosial kamu—Facebook & twitter
  4. Nyatakan kepada saya kenapa kamu mahu menang (tidak lebih 15 perkataan)?
  5. Isi maklumat peribadi kamu (nama penuh, e-mel) di ruangan borang mesej di bawah.

Siapa cepat dia dapat dan pemenang akan diumumkan menerusi e-mel.

Sila isi borang di bawah ini.

[contact-form-7 id=”2605″ title=”Contact form 1″]