PENULIS: NADYA
UNIQLO bakal melancarkan koleksi baharu Tournament Polo Shirts yang direka khas untuk Duta Jenama Globalnya, Adam Scott, sempena pencapaian luar biasa beliau menjadi pemain golf kedua dalam sejarah yang berjaya membuat 100 penampilan berturut-turut dalam kejohanan utama (majors).
Koleksi ini akan mula dijual di semua cawangan terpilih UNIQLO dan laman web rasmi uniqlo.com bermula 15 Jun 2026. Telah diperkenalkan bersempena penyertaan Adam Scott dalam U.S. Open Golf Championship 2026 di New York, salah satu daripada empat kejohanan golf paling berprestij di dunia. Sebagai penghormatan kepada pencapaian bersejarah tersebut, UNIQLO menawarkan dua versi baju kejohanan iaitu rekaan khas dengan logo UNIQLO dan Adam Scott, serta versi tanpa logo.
Menurut Adam Scott, UNIQLO DRY-EX Polo Shirt merupakan antara item kegemarannya sejak sekian lama kerana menggabungkan penampilan yang kemas dengan keselesaan optimum. Fabrik yang menyerupai tekstur rajutan memberikan sentuhan premium, menjadikannya sesuai dipakai bukan sahaja ketika bermain golf malah dalam pelbagai situasi harian.
Diperbuat daripada material DRY-EX yang menyerap peluh dan cepat kering, polo ini turut menampilkan rekaan lengan dan bahagian ketiak yang direka khas untuk memudahkan pergerakan. Ditawarkan dalam empat warna iaitu kelabu muda, coklat, navy dan hitam, koleksi ini membuktikan komitmen UNIQLO dalam menghasilkan pakaian LifeWear yang menggabungkan fungsi, keselesaan dan gaya moden untuk aktiviti sukan serta kegunaan harian.






