PENULIS: MAXEVAN
Kenali Kaimirra Tutan
Kaimirra Tutan merupakan jenama barang kemas mewah yang berpangkalan di Toronto, Kanada yang diasaskan pada 2010.
Selaras dengan misi jenama tersebut iaitu membantu pelanggan meraikan kemewahan, Kaimirra Tutan juga menyediakan khidmat rundingan peribadi dan rekacipta khas barang kemas untuk menepati cita rasa unik setiap pelanggannya.
Jenama mewah dari Kanada ini, telah melancarkan koleksi barang kemas sulungnya iaitu Ammolite, yang menampilkan permata eksklusif di lokasi pembukaan. Kaimirra Tutan berhasrat untuk meraikan satu-satunya batu permata organik pelbagai warna di dunia menerusi reka bentuk unik dan abadi melalui khidmat rekacipta khas yang menyemarakkan rasa pemilikan sebenar kepada pelanggannya.
Butik Kaimirra Tutan, memberi gambaran visual kepada setiap pelanggannya terhadap barangan kemas mewah dan berkualiti tinggi yang terletak di tingkat dua Centre Court Midvalley Megamall. Butik mewah ini direka khas untuk melambangkan kemewahan ala Mesir dan mempamerkan barisan barangan kemas buatan tangan yang mengagumkan. Permata Ammolite besar dan belum dipotong menunjukkan bentuk asal fosil Amonit juga turut dipamerkan di butik mewah ini.
Rekaan barangan kemas terunggul Kaimirra Tutan telah ditempatkan di bawah Couture Collection. Koleksi ini menampilkan kepingan emas yang direka istimewa untuk menyerlahkan batu permata eksklusif sesuai untuk para pelanggan yang mendambakan kelainan. Fine Jewellery Collection menampilkan barisan barang kemas mewah unik yang rumit rekaannya. Selain versatil ia juga sesuai digayakan sama ada di tempat kerja ataupun di majlis.
Jewellery Collection pula mempamirkan rekaan-rekaan yang menonjolkan permata Ammolite dalam reka bentuk ringkas dan minimalis. Rekaan dari koleksi ini akan menambahkan keanggunan serta memberi fleksibititi kepada pemakainya.
Permata Ammolite jenama mewah ini diperoleh daripada lombong di Bearpaw Formation, Kanada, yang menjangkau Alberta hingga ke Saskatchewan, dan dilombong secara mesra alam.
“Kami telah bekerjasama dengan Korite, pengeluar ammolit komersial terbesar di dunia, untuk mendapatkan permata ammolite semula jadi untuk rekaan kami dengan cara yang mampan dan beretika,” kata Damien Foo, Pengarah Urusan Kaimirra Tutan.
“Sejak penubuhan kami pada 2010, ibu pejabat kami dan rakan kongsi, serta kurator berpakaran tinggi di Kanada telah berhempas pulas untuk mendapatkan permata Ammolite tulen dengan kualiti terbaik untuk pelanggan kami. Pada tahun ini, kami akhirnya dapat mempersembahkan hasil usaha kami kepada pelanggan melalui rekaan-rekaan eksklusif yang melambangkan gaya hidup mewah,” tambah Encik Foo.
Pelanggan boleh melangkah masuk ke butik untuk meninjau barangan kemas Kaimirra Tutan, jenama itu juga menyediakan pengalaman yang lebih istimewa melalui laman web mereka. Para pelanggan boleh membuat temujanji peribadi, untuk mencuba sendiri pengalaman mengenakan rekaan yang ada dan juga membuat tempahan rekaan khas khusus untuk diri mereka.
Dapatkan maklumat lanjut tentang permata Ammolite dan koleksi-koleksi barang kemas Ammolite Kaimirra Tutan dengan lawati Kaimirra Tutan di butik mereka, di Instagram, Facebook, atau di www.kaimirratutan.com
SUMBER MEDIA: KAIMIRRA TUTAN