Share

Semestinya berita baik buat kita wanita yang serik menggunakan alatan dandanan rambut. Apa tidaknya, kerap menggunakan pengering, penggulung dan pelurus rambut akan membawa kerosakan pada rambut. Tetapi Philips menemui formula hebat yang luar biasa. Apakah rahsianya?

Kerap menggunakan haba panas pada rambut boleh mengakibatkan rambut jadi rosak. Takkan nak ke salun kerap sangat untuk membuat rawatan rambut. Sedangkan niat di hati hendak berjimat cermat. Lagi pula kesibukan bekerja dan untuk bersama keluarga membataskan diri untuk kerap ke salun.

Produk hero pada malam itu.

Produk hero pada malam itu.

IMG_3825

Setiap kali menggunakannya pula, rambut jadi kusut. Lalu, kamu menolak untuk menggunakan tiga alatan wajib ada ini. Sudahnya alatan dandanan rambut kamu sekadar jadi pameran di meja solek atau disimpan sahaja di dalam laci.

Mengikut satu kajian, 80% isi rumah memiliki pengering rambut dan alatan yang lain-lain juga. Saya sendiri memilikinya setiap satu. Oh, penggulung rambut saya ada dua. Percaya atau tidak saya juga mengalami masalah rambut jadi kering dan tidak rapi selepas menggunakan penggulung rambut terutamanya.

Gulung ke bawah untuk dapatkan rambut beralun cantik.

Gulung ke bawah untuk dapatkan rambut beralun cantik.

Kira dalam hati 15 saat lamanya untuk mendapatkan rambut berombak cantik.

Kira dalam hati 15 saat lamanya untuk mendapatkan rambut berombak cantik.

Kamu juga oleh mengagak dengan menyentuh tahap kepanasan rambut sebelum dilepaskan.

Kamu juga oleh mengagak dengan menyentuh tahap kepanasan rambut sebelum dilepaskan.

Apabila menerima undangan Philips saya sangat teruja untuk melihat produk KeraShine ini. Dari penerangan ringkas, rangkaian produk dandanan ini memiliki keistimewaan tersendiri. Kamu boleh berdandan cantik dan sekali gus memelihara kesihatan rambut. Kehadiran kombinasi teknologi ionik menjadikan rambut kamu cantik digayakan manakala penambahan lapisan keratin pula menjadikan rambut cantik, sihat dan bebas kekusutan.

Pada acara memperkenalkan rangkaian produk KareShine ini, aktiviti berdandan diadakan untuk kami masing-masing mencuba sendiri tiga produk ini terutama penggulung rambut berus atau Philips KeraShine Heating Styling Brush (RM199) yang sangat mudah digunakan ini. Philips KeraShine Straightener (RM169) dan Philips KeraShine Dryer (RM169) pula pasti melengkapi alatan dandanan rambut kamu.

Harga di bawah RM200 mampu dimiliki semua. Saya tak akan tunggu untuk mencubanya sendiri di rumah. Semestinya saya akan berkongsi pengalaman menggunakan KareShine bersama kamu semua pada entri akan datang. Rangkaian Philips KeraShine ini boleh dibeli di Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery, dan kedai elektrik berdekatan kamu juga di www.blipmy.com .