PENULIS: NADYA
Amazfit, jenama global peranti pintar di bawah Zepp Health, secara rasmi memperkenalkan Amazfit Cheetah 2 Pro, jam pintar prestasi tinggi terbaharu yang direka khusus untuk pelari marathon.

Dibangunkan dengan fokus kepada persediaan latihan jangka panjang, jam ini membantu pelari mengekalkan konsistensi menerusi gabungan pemantauan larian, latihan kekuatan dan analisis pemulihan dalam satu sistem lengkap. Dengan falsafah bahawa kejayaan marathon dibentuk melalui disiplin latihan harian, Cheetah 2 Pro hadir sebagai teman latihan yang menyokong prestasi dari awal persediaan hingga ke garisan penamat.
Menampilkan reka bentuk premium yang ringan tetapi tahan lasak, Cheetah 2 Pro dibina menggunakan bingkai titanium Gred 5 serta kaca sapphire tahan calar, menjadikannya kukuh tanpa menambah beban pada pergelangan tangan. Ia turut dilengkapi skrin AMOLED 1.32 inci yang terang untuk paparan data lebih jelas dalam pelbagai keadaan cahaya. Menurut duta Amazfit dan pelari marathon profesional, Rory Linkletter, jam ini membantu pelari memberi fokus kepada aspek penting seperti rentak larian, pemulihan dan disiplin latihan sambil kekal selesa dipakai sepanjang sesi mileage tinggi.
Bukan sekadar jam larian biasa, Cheetah 2 Pro menawarkan pelbagai ciri latihan pintar termasuk Zepp Coach, yang menyediakan pelan latihan diperibadikan untuk jarak 3KM sehingga marathon penuh, selain integrasi dengan platform popular seperti Strava, Runna, TrainingPeaks dan Intervals.icu. Jam ini juga menyokong metrik lanjutan seperti VO? max, running power, lactate threshold, pace tracking dan analisis gaya larian, membolehkan pengguna memahami prestasi dengan lebih mendalam serta membuat keputusan latihan yang lebih bijak.
Untuk ketahanan maksimum, Cheetah 2 Pro hadir dengan GPS dual-band berketepatan tinggi serta hayat bateri sehingga 31 jam penggunaan GPS dan 20 hari penggunaan harian. Ia juga dilengkapi lampu suluh dwi-mod untuk membantu pelari ketika sesi awal pagi atau malam. Di Malaysia, Amazfit Cheetah 2 Pro dibuka untuk pra-tempahan bermula 11 Mei 2026 sebelum pelancaran rasmi pada 14 Mei 2026, dengan hadiah eksklusif berupa T-shirt Amazfit dan pengering rambut sementara stok masih ada. Produk ini boleh didapati menerusi laman web rasmi Amazfit serta platform seperti Shopee, Lazada dan TikTok Shop.








COMMENTS ARE CLOSED