PENULIS: NADYA
Bayangkan berada jauh di tengah hutan atau mendaki gunung selama beberapa hari tanpa perlu terlalu bimbang tentang bateri smartwatch yang kehabisan kuasa. Itulah kelebihan yang dibawakan oleh Amazfit T-Rex Dual Solar, jam tangan pintar lasak terbaharu yang menggabungkan paparan AMOLED berwarna dengan teknologi pengecasan solar dua sisi. Diperkenalkan oleh Amazfit, jenama peranti boleh pakai pintar global milik Zepp Health, model ini direka khusus untuk pengembara, pendaki dan peminat aktiviti luar yang memerlukan ketahanan bateri serta ciri navigasi ketika berada jauh daripada sumber elektrik. Menurut Amazfit, T-Rex Dual Solar merupakan smartwatch AMOLED pertama di dunia yang menampilkan sistem pengecasan solar dari bahagian hadapan dan belakang jam.




