Share

PENULIS: NADYA

DoubleTree by Hilton kembali lagi dengan Buffet Ramadan yang menawarkan pelbagai hidangan menarik merangkumi Masakan Melayu, India, Cina dan variasi lain yang pasti memikat selera. Pengunjung bakal menikmati kepelbagaian juadah yang disediakan dengan sentuhan istimewa chef berpengalaman.

Antara menu yang wajib dicuba termasuk Kambing Panggang Perapan Mongolia, Kaki Lembu Bakar Rempah Sangai, Gearbox Sup, Tom Yam Kelapa serta Nasi Daging Kerisik Utara yang sesuai sebagai pembuka selera. Untuk pencuci mulut pula, jangan lepaskan peluang menikmati hidangan berasaskan durian seperti Durian Éclair, Durian Panna Cotta dan Durian Onde-Onde yang pasti memikat hati pencinta durian.

Jika anda inginkan suasana berbuka puasa yang selesa sambil ditemani alunan live band, DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside adalah pilihan yang tepat. Ruang makan yang luas, suasana yang tenang serta hidangan yang enak menjadikan pengalaman berbuka lebih bermakna pada bulan Ramadan yang mulia.

Nikmati juga tawaran harga istimewa untuk tempahan awal (early bird) bagi anda yang ingin meraikan detik berbuka puasa bersama keluarga, rakan sekerja atau orang tersayang. Buffet Ramadan di DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside semestinya menjanjikan pengalaman kulinari yang memuaskan dan berbaloi.