PENULIS: NADYA
Pernah tak anda rasa rimas dengan cuaca panas terik Malaysia sambil telefon pula kehabisan bateri semasa menunggu pengangkutan awam?
CUKTECH secara rasminya telah melancarkan tiga peranti gaya hidup pintar terbaharu di Malaysia yang direka khas untuk menyelesaikan masalah ini secara serentak. Barisan peranti ini merangkumi kipas mudah alih gred tinggi CUKTECH CP Turbo Fan Plus serta dua pengecas pantas berprestasi tinggi iaitu CUKTECH 6 Ultra Charger dan CUKTECH 10 Ultra Charger. Direka khas untuk memenuhi keperluan harian rakyat Malaysia yang aktif, barisan peranti ini menggabungkan kecekapan teknologi canggih seperti motor tiga fasa, teknologi Gallium Nitride (GaN), dan paparan pintar untuk memberi keselesaan serta kemudahan maksima sewaktu bekerja, melancong, atau berulang-alik.
Sesuai dengan iklim tempatan yang panas dan lembap, CUKTECH CP Turbo Fan Plus hadir sebagai penyelamat utama apabila anda perlu berada di luar bangunan. Kipas inovatif ini dikuasakan oleh motor brushless tiga fasa yang mampu berputar sehingga 30,000 rpm untuk menghasilkan kelajuan angin sehingga 11 meter sesaat, lengkap dengan tetapan BOOST mode untuk sejukan serta-merta. Kelainan utama peranti ini terletak pada rekaan berbilang fungsi (modular magnetic); modul bateri 10,000mAh bukan sahaja mampu menguasakan kipas sehingga 37 jam, malah boleh ditanggalkan untuk dijadikan power bank dengan pengecasan pantas sehingga 33W melalui port USB-C.
Bagi mereka yang kerap bekerja di luar atau mengendalikan banyak peranti digital, CUKTECH 6 Ultra Charger menawarkan penyelesaian pengecasan yang amat praktikal. Pengecas padat berasaskan teknologi GaN ini berupaya menyalurkan kuasanya sehingga 100W menerusi dua port USB-C dan satu port USB-A, membolehkan anda mengecas komputer pekena, tablet dan telefon pintar secara serentak dari satu soket dinding sahaja. Pengalaman pengguna turut ditingkatkan dengan paparan pintar HD 0.96 inci yang boleh dipusingkan 180 darjah untuk memaparkan status pengecasan secara masa nyata, di samping keserasian protokol yang luas merangkumi peranti Apple, Samsung, Xiaomi, dan Huawei.
Melengkapkan barisan produk ini ialah CUKTECH 10 Ultra Charger, sebuah pengecas prestasi tinggi berkuasa maksimum 120W yang direka untuk pengguna tegar peranti berbilang (multi-device). Mempunyai empat port pengecasan (tiga USB-C dan satu USB-A), pengecas seberat 239g ini mampu membekalkan pengecasan pantas sehingga 100W untuk komputer riba. Ciri paling menonjol pada peranti ini adalah skrin paparan pintar TFT 1.57 inci serta ketersambungan Bluetooth yang boleh dihubungkan terus ke aplikasi Mi Home, memudahkan pengguna memantau suhu, voltan, dan prestasi pengecasan secara terus dari telefon pintar mereka.
Ketiga-tiga peranti baharu ini kini boleh didapati di pasaran Malaysia menerusi stor rasmi CUKTECH di Shopee dan sesi Shopee Live. Sempena pelancarannya, CUKTECH CP Turbo Fan Plus ditawarkan pada harga promosi RM193 (harga asal RM199), manakala CUKTECH 6 Ultra Charger dan CUKTECH 10 Ultra Charger masing-masing dijual pada harga promosi RM145 (harga asal RM149) dan RM183 (harga asal RM189). Tawaran harga istimewa ini sah selama sebulan dari tarikh pelancaran rasmi, menjadikannya peluang terbaik untuk anda menaik naik taraf kelengkapan gajet harian anda pada harga yang berbaloi.








COMMENTS ARE CLOSED