Tak perlu kajian, memang jelas kalau berperang dengan kelemumur kita paling sakit hati. Cuci sebersih mana pun dengan syampu apa sekalipun, sehari selepas itu pastinya bertaburan salji putih di atas bahu. Oh, memalukan mata memandang.
Betulkah apa yang didengar saya ini? Syampu jenama Clear mampu membantu kita mengucapkan selamat tinggal pada kelemumur yang tersembunyi di antara celah rambut mahupun di hujung bahu yang menjejaskan penampilan.
Telah diperkenalkan wajah baru untuk Clear Women dan Clear Men dengan kempen menggalakkan pengguna untuk tampil lebih berani dan berkeyakinan ketika berada dikhalayak ramai. Terbukti dengan kajian saintis Unilever yang kelemumur sebenarnya mampu memberi impak negatif terhadap keyakinan diri.
Ya, keadaan ini telah memberi masalah kepada sembilan daripada 10 orang tidak mengira lelaki atau wanita. Lalu macam-macam cara mereka lakukan untuk menyembunyikan masalah ini. Hendak bergaya pun terhad dan didapati mereka akan mengenakan pakaian lebih terang atau bersembunyi dengan memakai topi.
“Kami percaya setiap orang mempunyai potensi dalam diri mereka yang boleh ditonjolkan, dan apabila kelemumur menjadi masalah utama yang melemahkan tahap keyakinan diri, ia tentunya menganggu prestasi untuk mengembangkan potensi diri anda. Sasaran CLEAR adalah untuk memotivasikan para pengguna supaya lebih berani berdepan dengan segala cabaran dengan yakin tanpa merasa terganggu dengan masalah kelemumur kerana CLEAR mampu menyuburkan kulit kepala untuk perlindungan berterusan termasuk menghalang kemunculan semula kelemumur,” kata Phoenix Ho, Pengurus Jenama Penjagaan Rambut, Unilever Malaysia.
Sedikit ilmu mengenai kulit kepala perlu diketahui kamu agar lebih memahami dari mana datangnya kelemumur. Lapisan kulit kepala boleh terjejas dengan tekanan psikologi dan persekitaran yang membenarkan pertumbuhan kulat yang dikenali juga Malassezia. Kulat ini gemar membiak di permukaan kulit kepala, melemahkan sistem ketahanannya dan kemudian menyebabkan sel kulit mati gugur secara tidak normal. Keadaan inilah kita kenal sebagai masalah kelemumur.
Memanglah berlambak di pasaran syampu yang fokus untuk mengatasi masalah kehadiran kulat Malassezia ini tetapi teknologi Clear yang terbaru ini bagaimanapun mampu memberikan kesan bukan sekadar mengatasi masalah kelemumur, tetapi membantu pengguna mendapatkan rambut dan kulit kepala yang lebih subur untuk perlindungan berterusan.
Institut kajian kulit kepala di Paris, Perancis, menjalankan kajian selama 15 tahun lamanya dan mendapati teknologi terbaru Clear adalah rangkaian produk penjagaan rambut yang paling komprehensif. Malah syampu Clear telah terbukti keberkesanannya secara klinikal. Jadi kamu semua tak perlu ragu-ragu lagi.
Menemuan formula baru ini membawa kepada pengaktifan lapisan perlindungan kulit kepala secara semula jadi selain membantu menghalang pertumbuhan semula kelemumur. Clear memahami keperluan yang berlainan untuk rambut lelaki dan wanita, dan telah memfomulasikan penyelesaina secara spesifik dalam mengatasi masalah rambut mereka.
Sebaliknya, kulit kepala lelaki lebih cenderung dengan masalah kelemumur kerana cara hidup yang berbeza, dan persekitaran. Dalam aspek fisiologi, kulit kepala lelaki lebih banyak menghasilkan sebum dan lebih cenderung kehilangan protein berbanding wanita. Pakar Kulit Kepala CLEAR Unilever telah menghasilkan formulasi spesifik untuk kaum lelaki dalam membantu mereka mengatasi masalah ini.
Cristiano Ronaldo begitu sinonim dengan jenama CLEAR Men dan sering ditonjolkan dalam kebanyakan kempen dan iklan produk ini selama 6 hingga 7 tahun. Miranda Kerr, peragawati terkenal antarabangsa, juga menonjolkan sifat berkeyakinan yang dikagumi ramai, and oleh itu beliau telah dipilih sebagai wajah baru untuk rangkaian produk CLEAR Women.
Shaheizy and Juliana merupakan aktor dan aktres berbakat dan popular tempatan dan tidak hairanlah mereka mendapat kepercayaan untuk dilantik sebagai Ejen Berkeyakinan CLEAR untuk memberi inspirasi keyakinan kepada pengguna.
Kedua-dua personaliti ini cukup dikenali dengan kejayaan dan minat mereka dalam bidang yang diceburi, Shaheizy dan Juliana menggalas tanggungjawab untuk memberi inspirasi kepada pengguna agar tidak menjadikan masalah kelemumur sebagai penghalang utama untuk mencapai impian mereka.
Menerusi pelancaran ini CLEAR dalam misi untuk menjana keyakinan dan memberi inspirasi kepada pengguna agar mereka tidak lagi menyembunyikan potensi diri kerana mengalami masalah rambut. CLEAR telah melancarkan inisiatif di peringkat dunia untuk meraih 2 juta pengguna yang berikrar untuk kembali berkeyakinan menerusi penggunaan syampu CLEAR.
Kempen ini juga telah dilancarkan di Malaysia, di mana CLEAR mencabar pengguna-pengguna tempatan untuk membuat ikrar yang sama. Bermula dari 12 Mei hingga 12 Julai, pengguna boleh melayari laman web https://www.clearmalaysia.com/bareitall/ , memuat naik imej terbaik mereka di dalam ruang yang disediakan dan menghantar penyertaan sebagai ikrar mereka untuk menjadikan syampu anti-kelemumur CLEAR sebagai rejim harian.
Rangkaian CLEAR terbaru kini boleh didapati di semua farmasi, pasaraya dan kaunter jualan di seluruh negara













COMMENTS ARE CLOSED