Share

Berdandan dengan teman-teman sangat menyeronokkan. Bersolek dan berdandan sambil bertanyakan tip solekan kepada jurusolek profesional, banyak info dikutip sepanjang hari itu. Memang bersesuaian dengan tema hari itu, Beauty in Action, semestinya acara dua hari itu sangat bermanfaat buat semua.

IMG_2326

IMG_2289
Acara Guardian Beauty In Action Kembali Lagi. Sepanjang dua hari, lebih seribu tiket telah terjual. Sambutan hangat ini menunjukkan wanita kini lebih mengambil berat untuk kelihatan menawan. Guardian ternyata gembira kerana berada di landasan yang betul dalam berinteraksi dengan pembelinya. Masuk lapan tahun Guardian Malaysia menganjurkan acara ini, ternyata wanita sentiasa dahagakan maklumat terbaru mengenai trend kecantikan dan kesihatan.

IMG_2290 IMG_2337

Menurut Pengarah Operasi Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Ricky Soon, sesibuk manapun wanita, mereka pasti menjaga kecantikan dan kesihatan. Oleh itu, Guradian menyenaraikan bantuan dari pakar kesihatan dan kecantikan untuk berkongsi tip dengan wanita di luar sana bagaimana untuk kelihatan cantik.

IMG_2333

IMG_2285 IMG_2319
Tiket boleh didapati dengan hanya membuat belian RM10 di dari mana-mana produk Guaridan. Kemudian nikmati solekan dari MakeUp Puzzle dan penggayaan rambut dari A Cut Above. Setelah itu bolehlah beraksi di depan kamera profesional. Acara di pentas pula tidak kurang hebat kerana ada demo daripada jurusolek perunding yang berkongsi tip mekap Musim Panas, malam glam, kasual Ahad dan makan malam romantik.