Share

Produk terbaharu di pasaran! Dapatkan di kedai konsep pertama dunia Estée Lauder dibuka di Sunway Pyramid. Mimpi setiap gadis pasti menjadi kenyataan di #beautyplayground ini.

PROVOCATIVE CAMPAIGN Sensasi Fashion “It” girl dan social media, Kendall Jenner, menjadi bintang kempen NEW Knockout Eye Collection. Kendall’s dark and richly pigmented defined eyes matched with a bold lip turn up the drama take center stage, embodying the femme fatale – she is a complete knockout.

Availability: New Estée Lauder Knockout Eye Collection boleh didapati di semua kaunter Estée Lauder dan www.esteelauder.com.my

 

 

Double Wear Extreme Zero Smudge All Effects Mascara

DOUBLE WEAR EXTREME ZERO-SMUDGE ALL EFFECTS MASCARA, RM106

NEW DOUBLE WEAR INFINITE WATERPROOF EYELINER, RM95

NEW LIMITED EDITION SUPERNOIR SHADOW & LINER IN BLACKEST BLACK, RM90

PURE COLOR ENVY SCULPTING EYESHADOW 5-COLOR PALETTE, RM180

#throwback 2015

IMG_6445

Menggabungkan keseronokan, inovasi dan tawaran menarik, Pasukan Impian yang terdiri daripada pakar kecantikan berdedikasi dalam mengubah dan meningkatkan kecantikan ke peringkat seterusnya. Dikelilingi oleh unsur-unsur It Girl dan wajah Estée Lauder – Kendall Jenner, #beautyplayground menjanjikan yang terbaru bagi setiap musim.

Kedai ini telah dilancarkan pada 26 November oleh Paul Slavin, Managing Director of Estée Lauder Malaysia Sdn. Bhd. Jessy Kim, Senior Director, Sales & Brand Development for Estee Lauder Asia Pacific dan Katrina Liew, Brand General Manager of Estée Lauder Malaysia. Pelancarannya cukup bergaya, diikuti dengan lawatan di sekitar kedai dan solekan ilham Kendall Jenner oleh Leo Wong, Jurusolek Estée Lauder Global.

20151126_113340 20151126_114546 Chill with Kendall Jenner - And check out her favourites
“Kami amat berbangga untuk memperkenalkan kedai konsep pertama di dunia yang dikhususkan untuk millennial, yakni generasi masa kini. Ianya tidak mengejutkan apabila Malaysia dipilih sebagai lokasi pertama di dunia kerana golongan belia di sini membawa pengaruh besar kepada negara, yakni tempat yang paling sesuai untuk memulakan #beautyplayground Estée Lauder. Kami juga telah memilih Kendall Jenner, idola muda yang merupakan inspirasi belia sebagai konsep kedai. Kami berharap agar peruncitan melalui pengalaman yang interaktif, tertumpu dan disesuaikan dengan individu dapat memacu kesetiaan jenama di kalangan belia,” kata Paul Slavin, Pengarah Urusan Estée Lauder Malaysia di majlis pelancaran tersebut.

“Setiap aspek bagi kedai ini direka khas untuk memenuhi keperluan generasi milennial yang penuh bersemangat dan asyik dengan kehidupan. Contohnya, pusat membeli-belah Sunway Pyramid menjadi pilihan kami kerana ianya terkenal di kalangan pelajar-pelajar kolej. Sementara itu, mereka yang melawat kedai juga dapat melihat bagaimana kecantikan bersaling kait dengan gaya hidup. Ia merupakan tempat selesa bagi seorang wanita dan rakan-rakannya untuk mencuba penampilan terbaru musim dalam suasana yang santai dan menyeronokkan,” tambahnya lagi.

Glam Up - For beauty lovers and color addicts Get Polished - With an interactive menu of nail art, one can play around with nail and lip colors for a polished finish Glow On - Get the right skincare for beautiful, bright and radiant skin

Wanita yang melangkah ke dalam #beautyplayground akan melalui transformasi di enam perhentian menarik. Perhentian yang pertama – “Glow On”. Di sini, anda boleh berbicara dengan pakar kecantikan terlatih dari “Pasukan Impian” untuk mengetahui rahsia kulit cantik dan kanvas sempurna sebelum beralih ke bahagian solekan, “Glam Up”. Di sini, wanita boleh mencuba pelbagai rona untuk mencipta gaya yang unik untuk diri mereka.

Kemudian, mereka boleh beralih ke “Get Polished” untuk melengkapkan penampilan mereka dengan melihat inspirasi seni kuku, mencuba rona penggilap kuku Estée Lauder, serta rona bibir. Wanita juga boleh mengecas telefon pintar mereka ketika melalui transformasi mereka. Di “Mix & Mingle”, mereka juga boleh mencuba wangian-wangian terbaru atau melihat idea hadiah terbaik.

Strike a Pose - Change your selfie backdrop in an instant (1) Introducing Estee Lauder #BeautyPlayground Mix and Mingle - It's time to spritz and get your gifts

Setelah bersiap, mereka boleh berhenti seketika di “Strike a Pose” untuk mengambil selfie berlatarbelakangkan dinding digital untuk memperlihatkan penampilan mereka bagi hari tersebut. Dinding digital itu membolehkan wanita memilih latar belakang dari pilihan yang ada untuk menggambarkan perasaan atau gaya mereka bagi hari tersebut.
Ia tidak berakhir di situ. Bermain dan berseronok di #beautyplayground merupakan perjalanan yang tidak berkesudahan. Di “Chill with Kendal Jenner”, anda boleh mengetahui penampilan dan gaya terbaru Kendall Jenner, serta produk kecantikan kegemarannya dengan iPad yang disediakan. Bukan itu sahaja, demonstrasi solekan bertema oleh Pasukan Impian akan berlansung setiap hujung minggu untuk terus memberi inspirasi.

Untuk meraikan pembukaan #beautyplayground Estée Lauder, 100 pelanggan pertama pada 27 November menerima beg tote eksklusif oleh pereka terkenal Amerika, Opening Ceremony. Pelanggan yang membeli sebanyak RM200 dan ke atas pada 28 November pula menerima lima produk Estée Lauder bersaiz kecil dalam beg eksklusif daripada Opening Ceremony.

Strike a Pose - Change your selfie backdrop in an instant (2) Strike a Pose - Change your selfie backdrop in an instant (3)kendall jenner

Perjalanan ini tetap berterusan walaupun selepas kedai ditutup. Laman sesawang Estée Lauder boleh diakses sepanjang hari di www.esteelauder.com.my. Ianya memaparkan pelbagai promosi menarik, serta berita eksklusif Kendall Jenner pada platform penerbitannya, The Estée Edit. Kecantikan tidak pernah semudah ini, jadi alamilah keseronokan di #beautyplayground Estée Lauder dan www.esteelauder.com.my.