Rentetan kejayaan besar edisi pertama kempen kesihatan ‘Move Your Body’, Watsons Malaysia melancarkan ‘Move Your Body – Zumba’ yang bakal berlangsung di Pulau Pinang Ahad, 7 Jun 2015.
Watsons Malaysia mengambil langkah menggalakkan warga Malaysia untuk menjalani kehidupan sihat. Kali ini gerak tari Zumba menjadi pilihan untuk senaman, menghilangkan kalori, meningkatkan kadar metabolisma dan kesihatan.
Karnival akhir acara ini bakal berlangsung di Padang Kota Lama, Pulau Pinang (7 Jun 2015) dengan kegiatan Hot Air Ballon, permainan menyeronokkan, adanya badut, hadiah lumayan dan banyak lagi.
Begitupun banyak lagi aktiviti diatur bermula 30 April sehingga tiba pada tarikh acara akhir melibatkan penyampai radio MY FM. Sebuah video muzik ‘Move Your Body-Zumba’ dengan guru tari Zumba Deno Au bersama penyampai Jack Lim dan Jeff Chin boleh kamu lihat di laman moveyourbody.com.my. Web eksklusif ini dibina untuk tontonan kamu.
Watsons Malaysia juga menawarkan hadiah dengan pembelian melebihi RM80 dalam satu resit. Cruiser MY FM juga akan bertemu publik dan mengajar rentak Zumba. Tiket boleh dibeli 30 April – 7 June 2015.
Kempen ini mendapat sokongan MY FM, Zumba Fitness, jenama Alcon, Appeton, Bausch & Lomb, Blackmores, Brands, Bye Bye Fever, Centa, Cetaphil, Ebene, Essentiale, Flavettes, Gaviscon, Horleys, Kinohimitsu, Kordel’s, Naturalle, Pharmaton, Redoxon, Salonpas, Sanctband, Scholl, Scott’s, Timo, Total Image dan Watsons Brand. Untuk keterangan lanjut layari www.facebook.com/watsonsmalaysia/www.Moveyourbody.com.my